6

6.9K 272 0
                                    

INAYA apungkan diri dalam air. Kali ini, dia ikut saranan Nufail. Dia hanya berendam dalam kolam renang rumah agam keluarganya. Mata dipejam erat. Kepala jauh fikirkan Nufail. Dia suka tenangkan diri ketika waktu malam. Lebih-lebih lagi selepas sahaja tamat sesi latihan tarian. Sesekali kaki digerakkan sedikit. Sekadar sokongan tubuh agar kekal terapung. Kata-kata Nufail siang tadi perlahan-lahan menyusup masuk ke dalam kepala.

"Dancing show? It sucks for a bad guy like me, aurora..."

"Very very bad."

Sekali lagi, pipi Inaya menghangat. Cara Nufail mengungkap setiap patah perkataan. Sungguh menggoda jiwa dan raga Inaya.

"Argh!" Inaya terjerit kecil. Tubuhnya mula jatuh ke dasar kolam. Semua salah Nufail! Kepala tak henti memutarkan ayat Nufail tadi. Tubuh menjadi tak fokus. Serentak nafas Inaya tak teratur sehingga dia tak dapat apungkan diri. Rules number one. Kalau mahu apungkan diri dalam air. Seseorang itu harus tenang. Rileks. Bila darah mengepam akibat rasa gemuruh. Inilah hasilnya.

Satu tabiat Inaya. Dia suka mengenakan gaun tiap kali berendam dalam kolam. Jarang sekali dia mahu kenakan pakaian renang. Oh, bukan jarang. Memang tak pernah. Pada malam Nufail jumpa dia pun, dia kenakan gaun putih gaya Korea. Tabik hormat kepada Nufail kerana masih positif ada manusia dalam tasik tersebut. Biasanya orang lain sudah lari.

Sebab itu Inaya sangat berani.

"Inaya," panggil satu suara itu. Inaya pejamkan mata. Telinga dipasang. Seolah mengerti, wanita itu cangkung di sisi kolam. Memerhati anak bongsunya masih berdegil mahu berendam dalam kolam pada malam-malam buta ini. Puan Maria kemudiannya melepaskan keluhan singkat. Anak ini terlalu degil. Jika kakak dan abangnya masing-masing memilih doktor dan arkitek sebagai kerjaya tetap. Inaya pula berdegil mahu menjadi penari.

Puan Maria mengerti. Itu semua bergantung pada minat anak-anaknya. Tapi Inaya... sampai bila mahu menari? Takkanlah sampai gadis itu sudah berkahwin dia masih mahu menari? Apa pula kata suami nanti. Puan Maria risau. Dia tahu, dia dan suaminya terlalu manjakan Inaya. Tapi dia dapat rasa kasih sayang dia kepada anak-anak mereka semua sama rata. Hasilnya, bukan atas paksaan anak pertama dan keduanya berjaya menjadi doktor dan arkitek.

"Mummy nak cakap apa? Kenapa mummy diam?" Soal gadis itu polos. Entah bila dia sudah berdiri dalam kolam menghadap Puan Maria.

"Dah hampir pukul 12 malam, Inaya. Naik." Ujar Puan Maria ringkas. Puan Maria kini bangun. Tangan mencekak pinggang. Tanda amaran halus kepada Inaya apabila gadis itu masih kekal berada dalam kolam.

"Mana daddy, mummy?" Sambil menuju ke tangga kolam. Ringan mulut Inaya menyoal. Puan Maria angkat bahu. Tak tahu di mana keberadaan suaminya. Suaminya kerap 'hilang' beberapa kali dalam sebulan. Bila ditanya, jawapan lelaki itu pasti berkerja di luar kawasan. Outstation. Puan Maria malas mahu bertanya lebih. Selagi tak ada apa-apa merosakkan hubungan mereka sekeluarga. Dia baik-baik sahaja.

"Mummy..." Puan Maria sudah angkat kening. Meleret semacam sahaja suara si anak bongsu itu. Selalu kalau suara pun lembut begitu, pasti ada apa-apa mahu diminta. Ataupun ada soalan aneh dia mahu tanya. Dia sudah masak dengan perangai Inaya.

"How do you realize that you love daddy?" Puan Maria rasa mahu tercekik liur sendiri. Sungguh tak ada seorang pun anak-anaknya pernah tanya soalan seperti itu. Tiba-tiba hari ini, Inaya ibarat melepaskan bom. Tak ada salam. Tak ada angin, tak ada ribut. Dia boleh tanya macam mana Puan Maria sedar dilamun cinta dengan suami. Puan Maria mendekati Inaya. Automatik belakang tapak tangan dilekap pada dahi gadis itu.

Tak demam.

"I'm serious, mummy. Inaya cuma nak tau!" Bentak Inaya. Puan Maria melepaskan keluhan pendek. Dalam kepala bermacam-macam persoalan muncul. Inaya mana pernah kisah soal percintaan. Nak perkenalkan lelaki dekat dia pun tak pernah.

Dengan lembut, Puan Maria ambil tuala di atas kerusi. Tuala itu kemudiannya diletak atas kepala Inaya. Rambut perang anak gadisnya dikesat dengan penuh kasih sayang. Selepas itu, dia sangkut tuala tersebut ke atas bahu Inaya. Inaya menoleh ke arah ibunya. Selama 23 tahun dia hidup. Dia tak pernah ada teman lelaki.

Bagi dia, kasih sayang yang dilimpahkan keluarga sangat cukup.

Bukan dia mahu kata sesiapa yang ada teman lelaki itu tak cukup kasih sayang keluarga. Sebab kakaknya, Inara pun sudah ada teman lelaki sejak dulu lagi. Cuma Inaya lebih selesa luangkan masa bersama keluarga. Lagipun, kebanyakan lelaki mendekati dia hanya sebab dia Nyx. Mereka kenal Inaya sebagai penari.

Bukan mereka kenal Inaya melalui hati budi gadis ini.

Namun begitu, Arden Nufail berjaya menjentik sekeping hati Inaya. Bayangkan, selalu lelaki lain akan bertindak mengeluarkan ayat-ayat nakal sewaktu nampak dia dalam keadaan basah kuyup. Tapi Nufail tidak. Sebaliknya Nufail suruh dia pulang walaupun ayat lelaki itu kasar.

"Balik. Aku tak nak dengar ada kes rogol malam ni."

"Mummy kenal daddy masa mummy sambung belajar dekat Paris." Puan Maria mula buka cerita. Lengannya sudah memeluk bahu Inaya. Membawa anak gadis itu masuk ke dalam rumah.

"Arwah ibu mummy... half malay and half french. Tak hairanlah rambut Inaya dan Isaac mewarisi dia. Nak dijadikan cerita, mummy protes dengan nenek Inaya. Mummy bertegas nak sambung belajar di luar negara. Nenek Inaya setuju, dengan syarat mummy kena tinggal dengan ibu saudara mummy dekat Paris. Secara tak lansung, mummy berjaya masuk University of Paris." Satu-persatu anak tangga mereka naiki bersama. Menuju ke bilik tidur Inaya.

"Lepastu, apa jadi mummy?"

"Daddy Inaya tua tiga tahun daripada mummy. Kami bertemu dalam flight. Tapi mummy annoying dengan daddy. Siang-siang buta, panas terik. Mummy duduk dekat seat tepi tingkap, dia sesuka hati naikkan tingkap." Inaya ketap bibir. Dia boleh bayang macam mana mummy bergaduh dengan daddy sebab daddynya kuat mengusik!

"Daddy terbang ke sana bukan sebab mahu sambung belajar. Tapi atas dasar kerja."

"Mummy, kejap. Inaya nak tukar baju dulu. Mummy duduk diam-diam." Inaya tolak ibunya duduk di atas katil. Lekas-lekas dia masuk ke tandas. Tubuh disiram sekali lalu. Dia nak cepat! Cerita mummy terlalu menarik. Kemudian jubah mandi disarung ke tubuh. Laju dia keluar dari tandas. Katil dituju.

"Sambung mummy, hehe." Puan Maria geleng kepala. Macam-macam hal lah budak ini!

"Masa itu, mummy dah set dalam kepala. Mummy memang tak nak daddy jadi calon suami mummy. Mummy dingin, tapi daddy banyak mulut." Inaya tersenyum lucu. Nufail dingin, dia banyak mulut!

"Tapi aturan Allah berkata sebaliknya, sayang. Selepas itu, mummy kerap terserempak dengan daddy. Dekat restoran muslim, perpustakaan... literally everywhere!" Puan Maria bercerita dengan penuh emosi. Geram.

"Satu hari, daddy tak datang kacau mummy. Mummy mula rasa sunyi. Mummy mula teringat-ingat daddy. Mummy jadi risau. Entah daddy hidup atau tak." Puan Maria menyelitkan juntaian rambut Inaya ke belakang telinga sambil tersenyum lembut.

"Masa itulah mummy sedar. Mummy dah mula sukakan daddy."

"Perasaan cinta tu mummy... memang datang tanpa disangka ke?" Tanya Inaya.

"Allah boleh jentik perasaan itu hadir ke dalam hati kita bila-bila masa saja, Inaya. The most beautiful kind of love is falling in love at the most unexpected time with the most unexpected person. No forced chemistry, just a pure connection created on its own. Mummy berkeras tak suka daddy, end up keluar tiga ketul kesayangan mummy ini." Puan Maria mencubit pipi Inaya geram.

Budak inilah paling nakal sekali dalam keluarga mereka.

"I think I have fallen in love with Arden, mummy."

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now