12

8.8K 292 0
                                        

BUNYI mesin ventilator samar-samar masuk ke dalam gegendang telinga Nufail. Jari cuba digerakkan. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Serentak cahaya silau masuk ke dalam kornea mata. Dia dapat rasa alat bantuan pernafasan melekap di muka. Nufail bingung. Dia... masih hidup? Dia sangka sudah habis sisa waktu di dunia ini. Tapi perancangan tuhan berkata sebaliknya. Nufail memanjatkan rasa syukur dalam hati.

"Pael! Kau dah sedar?" Nufail angguk perlahan. Ternyata Aryan sedang menunggu dia sedar. Segera Aryan tekan butang di sisi katil Nufail. Memanggil doktor bertugas. Alat bantuan pernafasan dibuang. Nufail rasa rimas.

Siap diperiksa rapi oleh doktor bertugas. Ruang itu kembali sepi. Hanya tinggal Nufail dan Aryan berdua dalam wad itu. Kedua-duanya senyap. Masing-masing beri ruang. Tiba-tiba Nufail rasa serba salah. Sepatutnya dia tak patut luahkan perasaan dia terhadap isteri Aryan. Pastilah Aryan rasa marah. Kalau dia jadi Aryan pun dia bengang kalau kawan sendiri sukakan isteri dia.

"Aku-" belum sempat Nufail mahu bercakap. Aryan sudah pintas dahulu.

"Terima kasih. Aku tahu dengan ucapan terima kasih pun tak cukup nak balas budi kau. Tapi terima kasih sebab sanggup korbankan diri kau untuk selamatkan Arya." Aryan menunduk. Nufail tak patut berada di atas katil itu sekarang. Patutnya dia. Nufail dah banyak tolong dia jagakan Darya.

"Kau tak marah aku?" Tanya Nufail pula. Keningnya sudah bertaut rapat. Kenapa Aryan ini tak reti nak marah orang? Kadang-kadang, Nufail rasa geram. Aryan tak pernah luahkan rasa amarah dia.

"Untuk apa aku nak marah kau, Pael? Sebab kau suka Arya? Macam itu?" Tanya Aryan balik. Marahkan Nufail sebab sukakan Darya? Begitu? Nufail terdiam. Dia tak tahu mahu respons apa. Macam-macam perkara sedang bermain dalam kepala.

"Aku faham. Kau pun manusia. Perasaan itu fitrah kita sebagai manusia. Dia selalu ada dengan kau kan, Pael? Malah, kau kenal dia lagi lama daripada aku kenal aku. Mustahil perasaan suka tu sikit pun tak ada. Lagi-lagi bila aku minta tolong kau jagakan dia. Mesti lagi kuat kan rasa suka tu bila kau sentiasa ada dengan dia?" Aryan tersenyum nipis. Bahu Nufail ditepuk lembut.

"Aku minta maaf sebab dah susahkan kau selama ni. Sepatutnya tanggungjawab aku untuk jaga dia. Tapi aku lepas dekat ka-"

"Yan. Aku ikhlas buat semua tu. Aku dah redha awal-awal kalau aku ditakdirkan pergi sebab selamatkan dia sekalipun. Bukan salah kau. Aku yang rela korbankan diri untuk kawan-kawan aku." Ucap Nufail. Dia ikhlas buat semua itu.

"Yang jahat itu, mak dia. Bukan dia. Kau fahamkan maksud aku sekarang? Kenapa aku pilih untuk terus berjuang supaya aku dapat bersama dengan dia. Arya baik. Dia kuat. Dari dulu lagi dia selalu mengadu dekat aku. Dia penat dengan aturan keluarga dia, dengan keadaan dia dekat sekolah dulu. Tapi kau tengok, dia survived. Dia kuat juga lalui kehidupan harian dia. Dia tetap senyum untuk aku, untuk kawan-kawan dia. Sampaikan ada masa, aku terlupa dia sedang berperang dengan masalah dia sendiri. Her charm comes for her kindness and the way she makes everyone feel special." Aryan tersenyum tanpa sedar ketika bercerita tentang Darya. Nufail nampak Aryan begitu bahagia setiap kali menceritakan tentang Darya.

Sejak dulu.

"Indeed. Aku sendiri tak pernah tahu dia kena buli masa sekolah dulu." Luah Nufail. Tahulah dia pada ketika ini. Dia sungguh tak layak untuk Darya. Mungkin orang nampak dia sentiasa ada dengan Darya. Tapi orang tak tahu, ada ketika semasa Darya mengalami saat-saat perit dahulu. Aryan yang sentiasa ada dengannya.

Aryan dan Darya, kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain walaupun mereka menyakiti sesama sendiri tanpa sedar. Seorang dengan tanggapan Aryan ini suka larikan diri dengan setiap masalah. Seorang lagi menahan rasa kerana ditakdirkan mencintai anak kepada pembunuh ibu dan bapanya.

"Kau selalu bagitahu aku, yang aku layak bahagia. Tapi hari ini aku nak bagitahu kau juga. Kau pun layak bahagia, Pael. Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Aku yakin, ada juga rezeki kau untuk dirikan rumah tangga nanti. Aku nak tengok kawan aku bahagia juga," ujar Aryan lagi. Perlahan-lahan, Nufail angguk kepala. Dia akan cuba.

"Mana Arya?" Soal Nufail. Senyuman Aryan memudar. Nufail dapat teka. Wanita itu bertindak menjauhkan diri daripada semua orang.

"Aku izinkan dia pergi tenangkan diri buat sementara. Semuanya pahit untuk ditelan dia, Pael. Aku bersyukur dia tak minta aku ceraikan dia. Macam aku buat dulu masa aku putuskan hubungan aku dan dia. Aku cuma mampu berdoa supaya Allah jaga dia. Aku biarkan dia di bawah lindungan Allah." Aryan menghela nafas. Baru dua hari Darya pergi tinggalkan dia. Dia sudah rasa sunyi. Rasa rindu dia terhadap Darya semakin membuak-buak.

Dua hari Aryan menemani Nufail di hospital ketika lelaki itu tak sedarkan diri. Dia dihurung rasa bersalah. Apatah lagi Darya. Wanita itu juga berpesan supaya dia 'mencari' diri sendiri. Aryan terlalu banyak memendam perasaan. Sehingga dia tak mampu untuk luahkan rasa marahnya.

"Dia akan selamat, Yan. Dia reti jaga diri. Kau pun kenal dia, Yan. Dia isteri kau. Dia kawan aku. Aku tahu dia akan balik." Pujuk Nufail pula. Dia tahu Darya takkan pergi lama sehingga bertahun. Wanita itu sedang bawa zuriat Aryan. Pasti dia akan kembali.

"Mak kau ada datang pagi tadi dengan ayah kau. Tapi aku minta dia orang balik. Tak elok orang tua terdedah dengan hospital lama sangat. Nanti kau cakaplah kalau nak dia orang datang semula. Aku boleh ambilkan dia orang kalau kau nak." Aryan cuba ubah topik. Tak mahu terlalu ikutkan perasaan. Nufail geleng tak mengapa. Esok-esok pun boleh. Dia pun tak mahu susahkan kedua ibu bapanya.

"Aqashah... macam mana?" Tanya Nufail. Dia masih tertanya-tanya dengan keadaan abang sulung kepada Darya dan Firash.

"Dalam proses mahkamah. Aku cuba harap mahkamah ringankan hukuman dia. Masa Arya diculik dulu. Rupanya dia yang tolong Arya lari." Jelas Aryan.

"Firash?" Sekali lagi Aryan menghela nafas. Ayden Firash. Amanah Darya buat sementara.

"In the denial phase. Dia masih tak boleh terima Aqashah itu abang dia. Sebab... iyalah kau pun tahu Arya kata dia orang rapat dengan arwah ayah dia orang. Fir tak boleh terima arwah ayah dia boleh kahwin dengan perempuan macam itu. Aku tak tahu nak pujuk dia macam mana. Aku bawa dia duduk dengan aku buat sementara. Kalau kau dah sihat nanti, bolehlah datang tengokkan dia sekali. Dia masih budak, Pael. Usia dia aje 21 tahun. Tapi kau pun tahu... Fir banyak terabai sejak kecil." Aryan jatuh kasihan melihat Firash. Kakak dia pun tak ada bersama dia sekarang.

Nufail melepaskan keluhan panjang. Dia dan Aryan masing-masing menjaga antara satu sama lain.

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang