SEBULAN kemudian, Inaya dibawa ke hospital sekali lagi. Penilaian psikologi perlu dibuat ke atas Inaya kerana dia telah menghadapi insiden yang boleh mengganggu mental dan emosi. Diculik dan terpaksa menyaksikan rakan sendiri mati ditembak di depan mata. Bukan itu sahaja, pengakuan Chloé tentang Tuan Irsyad mati dibunuh kerana dia pun sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada mental Inaya.
Ubat penenang diberi dalam dos yang sedikit sebagai persediaan jika Inaya mengalami serangan panik. Nufail tersenyum nipis. Tak lain tak bukan, sudah tentu doktor mengesyaki gejala PTSD iaitu post traumatic stress disorder sama seperti Darya dahulu. Namun, daripada diagnosis doktor. Inaya tak menunjukkan kesan-kesan negatif buat masa sekarang. Isterinya itu kuat.
"Kita dah boleh balik Malaysia, kan?" Soal Inaya polos. Selama sebulan ini, dia hanya melayan sahaja permintaan Nufail yang mengajak dia melancong. Merata mereka pergi. Sekitar Perancis, Itali, Sepanyol dan juga United Kingdom. Inaya akui, dia suka. Dia mana pernah bersiar-siar di luar negara. Jika dia pergi ke mana-mana negara pun, dia hanya pergi ke auditorium tarian dan hotel sahaja. Tak lebih.
Sebenarnya, Inaya tahu. Nufail sengaja mengajak dia melancong. Mahu mengelakkan dia dihantui insiden tersebut. Pada mulanya, memang dia agak trauma. Akan tetapi, trauma itu tak berpanjangan. Dia sudah lupakan kejadian ngeri tersebut kerana sentiasa ralit menikmati suasana negara-negara lain. Berkat usaha Nufail. Ada juga sesekali dia teringat. Dan dia baik-baik sahaja.
"Boleh. Maleeqa pun dah puas berjalan, kan? Kita kena balik Malaysia. Entah-entah pejabat hubby pun dah berdebu." Seloroh Nufail. Terkelip-kelip mata Inaya memandang Nufail. Nufail... gelarkan diri dia hubby?
"Kenapa pandang hubby macam itu, hm?" Soal Nufail hairan. Hidung Inaya dicuit sekilas.
"H-Hubby... gelarkan diri hubby, hubby?" Nufail menjungkitkan keningnya berkali-kali. Mengusik Inaya yang masih mempamerkan wajah bingung. Pelik sangat ke dia gelarkan diri dia hubby? Inaya tak tahu ke puas dia berlatih di hadapan cermin berkali-kali semata mahu biasakan diri untuk gelar diri dia sebegitu? Kalau Aryan dan Riyaz nampak, tak mustahil dia boleh dijadikan bahan ketawa seumur hidup.
"Pelik eh? Tak apalah. Aku tuka-"
"Tak! Maleeqa suka! Hubby tak payah tukar!" Kalut Inaya memotong percakapan Nufail. Tolonglah jangan tukar aku-kau semula. Nufail nampak seolah suami mithali saja ketika gelarkan diri dia hubby. Inaya rasa mahu cair. Dengan suara parau Nufail lagi.
Kacaknya suami kita!
Nufail membuka pili air di singki. Mereka berdua sedang berada di dapur sekarang. Berkat kesabaran Inaya mengajar Nufail cara memotong sayur yang sebenar. Nufail sudah boleh membantu Inaya di dapur. Sebelum ini, asyik kena halau! Niatnya cuma mahu membantu. Inaya sahaja yang cerewet. Cara potongan sayur pun boleh jadi isu besar.
"Dah balik Malaysia nanti Maleeqa nak buat apa?" Tanya Nufail sambil mencuci sayur. Sesekali sayur yang sudah layu dibuang ke dalam tong sampah. Inaya diam berfikir sejenak.
"Uruskan rumah anak yatim itu aje kut." Kata Inaya. Dia nak buat apa lagi? Dia sudahpun bersara daripada dunia seni. Inaya pun tak terfikir mahu kembali ke dunia itu lagi. Hobi dia, dekat rumah pun boleh buat. Nak bekerja, Inaya tak ada sijil diploma. Jauh disudut hati, Inaya agak kecewa juga kerana dia tak berpelajaran seperti orang lain.
Menyesal pula kerana dia begitu agungkan seni tari dahulu.
"Maleeqa tak terfikir nak sambung belajar atau buat apa-apa ke?" Tanya Nufail lagi. Jika Inaya mahu sambung pengajian, dengan senang hati Nufail boleh tanggung kos pengajian Inaya. Bukannya Inaya mahu buat benda tak elok. Menuntut ilmu pun satu ibadah.
"Hubby malu sebab isteri hubby tak bijak macam perempuan lain ke?" Tanpa sedar, soalan itu meniti di bibir Inaya. Bukan apa, lelaki... mesti impikan seorang isteri yang serba boleh. Bijak. Mempunyai karier. Sudah tentu suatu hari nanti isteri mereka boleh jadi contoh terbaik buat anak-anak. Nufail menghela nafas. Bukan itu maksud dia.
"Hubby tak nak Maleeqa bosan duduk rumah. Hubby suka Maleeqa uruskan rumah, bakal anak-anak kita nanti. Tapi Maleeqa? You are still young. Baru 23 tahun. Dan Maleeqa dah selalu terkurung dalam rumah. Lagipun, menuntut ilmu pun salah satu ibadah." Terang Nufail.
"Maleeqa tak pandai dalam aliran pelajaran semua itu..." lirih Inaya perlahan. Dia mahu. Tapi dengan keputusan sijil SPM dia seolah tak mengizinkan.
"Siapa kata sambung belajar kena ikut aliran biasa aje?" Nufail tersenyum manis. Inaya pula sudah tayang wajah bingung. Apa Arden cuba sampaikan ini? Inaya sudahlah cepat blur. Nufail pula selalu galak sangat menyakat Inaya.
"Sekarang Maleeqa tengah buat apa?"
"Memasak." Jawab Inaya. Keningnya masih bertaut. Tak faham!
"Selalu kalau masa free, Maleeqa buat apa?" Soal Nufail lagi.
"Baking." Dengan mudah Inaya menjawab. Namun, seperti tadi dia masih tak dapat menangkap maksud yang Nufail cuba sampaikan. Nufail jatuhkan kepala. Tangan menongkat pada kabinet dapur. Sabar, Nufail. Isteri kau ini, lurus bendul sikit. Nak menangis, tapi kena sabar. Hailah, isteri...
"Kos kulinari kan ada. Maleeqa boleh ambil kos tu. Hubby nampak Maleeqa ada potensi besar dalam bidang masakan. Ibu pun cakap macam itu. Kalau Maleeqa ambil kos dalam bidang masakan, lepas habis belajar hubby boleh buka kafe untuk Maleeqa. Kalau nak buka masa Maleeqa belajar pun tak apa, cuma penat sikitlah." Ucap Nufail panjang lebar.
Inaya handal membuat kek. Nufail yang tak suka makan kek pun tertarik dengan hasil air tangan Inaya. Kek yang dibuat Inaya tak terlalu manis seperti kafe di luar sana.
Sepasang mata Inaya seolah bersinar. Dia menoleh ke arah Nufail yang bersandar di singki dapur. Suaminya sedang memeluk tubuh sambil menunggu keputusan dia. Kenapa sebelum ini dia tak pernah terfikir? Dalam kepala Inaya sudah terbayang dia menjadi pemilik kafe. Yang pasti, dia mahu namakan kafe dia dengan satu nama!
"Hubby,"
"Ya, Maleeqa sayang." Sahut Nufail.
"Maleeqa nak! Maleeqa nak sambung belajar dan buka kafe. Maleeqa nak namakan kafe itu sendiri boleh, kan?" Inaya tak dapat halang perasaan teruja menguasai diri. Nufail sudah tersenyum puas hati.
"What is it?"
"ArdeNyx Café."
Arden dan Nyx.
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...