5

7.2K 295 6
                                    

KEINGINAN Inaya mahu campak lelaki di depan dia sekarang sangatlah tinggi. Patut dia tak pernah berminat dengan lelaki banyak mulut. Merimaskan. Dia dah banyak cakap. Lepas itu kalau pasangannya nanti turut sama banyak cakap. Siapa mahu dengar siapa? Awal-awal lagi Inaya sudah pangkah lelaki bernama Riyaz ini. Nufail jauh lebih menarik. Personaliti Nufail lebih menawan. Hehe.

"You memang bisu ke, Nyx?" Tanya lelaki itu. Dia menongkat dagu. Wajah Inaya ditatap penuh minat. Siapa sahaja tak suka tatap wajah persis bidadari di hadapan mereka? Dia pun tak mahu lepaskan peluang. Rezeki.

"Jadinya rumor you bisu dengan lelaki betullah, kan?" Soal Riyaz lagi. Entah kenapa dia suka dengan sikap sombong Inaya. Buatkan dia rasa tercabar. Sebagai lelaki, dia sukakan cabaran. Dan cabaran dia sekarang adalah Inaya. Riyaz Rafeeq boleh dikatakan playboy berjaya. Bapa dia merupakan COO syarikat gah ini. Tak hairanlah dia ada akses besar untuk sesuka hati keluar dan masuk pejabat.

Tubuh Inaya automatik ke belakang bila jari Riyaz naik mahu menyentuh rambutnya yang terjuntai. Belum sempat dia mahu marah, satu suara lain sudah mencelah dulu.

"Jangan kacau dia, Riyaz." Inaya sudah lari bersembunyi melindungi diri di belakang tubuh Nufail. Riyaz gatal! Inaya benci lelaki gatal. Memandangkan tubuh Nufail dua kali ganda lebih besar daripada Inaya. Tubuh kecil Inaya sudah terhalang dari pandangan Riyaz. Riyaz sudah angkat kening. Puas dia tanya Nyx yang gadis itu mahu berjumpa dengan siapa. Namun sebab Nyx terlalu 'bisu'. Soalannya tak berjawab sejak tadi.

Rupanya mahu jumpa Nufail. Tch!

Inaya tepuk bahu Nufail dari belakang. Meminta lelaki itu rendahkan tubuh sedikit. Dia tak sampai mahu bisik ke telinga Nufail. Terpaksa tebalkan muka. Pada mulanya Nufail tak mahu. Bila wajah gadis itu semakin keruh. Dia turutkan saja.

"You jangan sebut nama I depan dia tau? Orang luar tak tahu nama I," pesan Inaya. Nufail toleh ke arah gadis itu bersama wajah datar. Dah kenapa pula dia kena ikut cakap perempuan ini? Ada faedah ke? Riyaz pula sudah terkebil-kebil memandang Nufail dan Nyx di hadapannya. Mereka ada apa-apa hubungan ke? Selain wanita yang dikenali sebagai rakan baik Nufail iaitu Darya. Tak pernah lagi dia nampak Nufail berinteraksi dengan mana-mana perempuan. Eiyana itu pun hanya sebab dia berkerja dalam syarikat ini.

"Kau kenal Nyx ke, Pael?" Soalnya hairan.

"Hm." Pendek sahaja Nufail balas. Dia tak berminat nak panjangkan perbualan pada ketika ini. Nufail berjalan menuju ke pejabat. Inaya pula sudah sembunyi senyum. Arden kata dia kenal kita! Tak lama kemudian, Inaya mengekori langkah Nufail. Sama juga dengan Riyaz. Bagus. Nufail sekarang tak ubah seperti seorang ayah sedang bawa anak-anak ke bilik!

"Kau nak apa datang sini?" Tanya Nufail kepada Inaya. Inaya kemam bibir. Patut ke dia bagi tiket persembahan tarian dia kepada Nufail sekarang? Sudi ke lelaki ini datang?

Perlahan-lahan, dia sua sekeping tiket ke arah Nufail. Riak wajah Nufail masih beku. Natang apa pula dia tercicir kali ini? Sepasang mata gelap itu membaca setiap aksara tertulis atas sekeping tiket tersebut. Inaya pula masih menunduk. Jantung berdegup kencang. Walaupun dia tahu Nufail akan tolak jemputannya.

Yearly Event
Nyx Live Dancing Show
Date & Time: 15th April @ 9 p.m
Ticket No: 0001
Seat No: A010

Perempuan ini jemput dia hadir ke persembahan tarian? Biar betul! Nufail nak jejak kaki ke persembahan teater pun tak pernah. Inikan pula pentas tarian. Bagi dia semua itu membosankan. Banyak lagi kerja lain dia boleh buat selain buang masa tertidur di situ. Nufail pandang Inaya yang sedang menunduk. Disebabkan Inaya lebih rendah daripada dia. Apa dia nampak sekarang ini hanyalah puncak kepala Inaya. Jelas rambut gadis itu berwarna perang.

Riyaz seakan tertarik dengan sekeping kertas yang dipegang Inaya terus mendekati mereka berdua.

"Weh, Pael! Kalau kau tak nak bagi aku! Tiket free kut. Dahlah Nyx yang bagi!" Riyaz meloncat teruja. Nufail sudah mendengus. Terlupa pula ada monyet terlepas dalam pejabat ini. Sepatutnya dia halau Riyaz awal-awal. Senang sikit dia nak tolak jemputan Inaya. Dia tenung Inaya yang sedang dongak memandangnya. Gadis itu geleng perlahan. Dia tak mahu Riyaz pergi. Aura buaya lelaki itu terlalu kuat!

"Tak payah." Tiket tersebut Nufail ambil sebelum diselit ke dalam poket. Dia tunduk sedikit ke tepi telinga Inaya. Tak mahu Riyaz dengar isi perbualan mereka berdua.

"Maleeqa, balik. Sebelum aku bagi tiket ni dekat monyet tu. Tolong balik. Lagi satu, aku tak janji akan datang. Dancing show? It sucks for a bad guy like me, aurora..." Nufail basahkan bibir yang terasa kering.

"Very very bad, aurora." Inaya teguk liur kesat. Kenapa kata-kata Nufail itu penuh dengan amaran? Aura dingin lelaki itu menambahkan lagi perasaan gemuruh dalam diri Inaya. Pipinya menghangat. Inaya berdehem.

"O-okay," gadis itu tergagap. Kemudian dia ke belakang satu tapak apabila merasakan jarak mereka terlalu dekat. Wangian Versace Eros EDT menusuk ke rongga hidung. Bau minyak wangi yang dikenakan Nufail terlalu... seksi. Lutut Inaya hampir lembik. Tanpa sebarang ucapan, sekali lagi Inaya berdesup keluar tinggalkan pejabat Nufail. Nufail tegakkan tubuh semula. Pandangan aneh Riyaz diabaikan.

"Kau nak apa datang sini?" Sambil itu, blazer disarung ke tubuh. Tika dia keluar tadi dia hanya mengenakan kemeja sahaja. Tak mahulah terlalu obvious dia dari pejabat.

"Macam tak biasa aku datang melawat sepupu aku sendiri." Seloroh Riyaz. Dia melabuhkan punggung ke atas sofa. Empuk.

"Kau bukan datang melawat. Kau datang bawa bala," sindir Nufail.

"Eh, macam mana kau kenal Nyx?" Sungguh Riyaz pelik.

"Entah."

"Kau tau tak Nyx tu susah gila nak bergaul dengan lelaki. Sampaikan ada artikel kata dia tu bisu dengan kaum lelaki. Kau dua alam ke, Pael?" Serentak. Riyaz mendesis sakit apabila sebatang pen tepat mendarat di dahi. Hasil balingan Nufail. Nufail tersenyum puas hati. Itulah makan dia bila mulut tak makan saman. Kacak-kacak macam ini kena cop dua alam. Bodoh ke apa?

"Sebab ada spesies buaya darat macam kau. Mana budak tu maunya." Nufail yakin gadis itu jauh lebih muda daripada dia.

"Aku rasa nak try Nyx lah, Pael." Ujar Riyaz lagi. Dia dah jatuh suka dengan gadis tadi. Garang, tapi comel. Walaupun raut wajah gadis itu cukup beku. Masih terserlah kecantikan dan kecomelan gadis itu tiap kali wajahnya berkerut semasa berbisik dengan Nufail.

"Aku nak tengok juga dia layan ke tak buaya jadian macam kau. Asalkan kau jangan buat bukan-bukan sudah." Bukan apa. Dia tahu Riyaz ini agak liar. Tanpa sedar dia risau juga bila Riyaz rasa begitu tercabar sehingga sanggup buat bukan-bukan.

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now