THE Théâtre de Chaillot. Ianya sebuah teater yang terletak di Palais de Chaillot di 1, place du Trocadéro di arondisemen ke-16 Paris. Ia juga berdekatan dengan Menara Eiffel. Dewan ini merupakan dewan konsert terbesar di Paris. Dan disinilah Inaya akan mengadakan persembahan akhir sebagai seorang penari perofesional bertaraf dunia sebelum dia bersara daripada dunia seni tarian.
Inaya meletakkan tangan di dada. Rasa debar tak henti menguasai diri biarpun sudah bertahun dia berada dalam industri seni ini. Inaya memandang biasan dirinya yang sudah siap disolek ke dalam cermin.
Smile, Nyx. Smile.
Katanya dalam hati. Antara salah satu cara untuk dia menambah keyakinan buat diri sendiri. Inaya tersenyum indah apabila memikirkan Nufail berada di kerusi paling hadapan berhadapan dengan pentas tariannya. Inaya betul-betul memilih tempat Nufail di bahagian tengah. Agar senang dia bertentangan mata dengan suaminya.
"Hey, Nyx. It's your time to shine. For the last time," panggil guru balet Inaya. Sanggup dia terbang pulang ke kampung halaman semata mahu memberi semangat buat Inaya. Pada mulanya, dia agak berat hati apabila menerima berita yang anak didiknya itu mahu menamatkan kariernya sebagai penari. Namun, dia hormatkan keputusan Inaya. Gadis itu sudah buat dia cukup bangga dengan pencapaiannya. Tak terucap dengan kata-kata bagaimana Inaya mengharumkan nama dia biarpun sebagai jurulatih.
"Merci, mon professeur. (Thanks, my teacher.)" Ucap Inaya ikhlas. Tubuh wanita itu didakap erat. Tanpa tunjuk ajar yang diberi, dia takkan dapat sampai ke tahap ini.
Wanita itu tersenyum, sebelum tangan Inaya dipimpin. Membawa gadis itu menuju ke tempat di mana dia perlu bersedia sebelum muncul di tengah pentas.
Beralih pula kepada Nufail. Tajam sepasang mata gelap itu meliarkan pandangan ke sekeliling. Mahu memastikan keselamatan Inaya. Hatinya tak tenteram apabila memikirkan tentang keselamatan Inaya. Bagi Nufail, keselamatan Inaya adalah segala-galanya bagi dia. Nufail telan liur apabila tekak mula terasa kering. Suhu dalam dewan besar ini begitu dingin walaupun ribuan orang berada dalam dewan.
Seisi dewan serta-merta gelap. Lampu dipadam bagi menfokuskan spotlight di atas pentas. Suara riuh-rendah para penonton mula hilang dibawa angin. Nufail sudah fokus pandang ke hadapan apabila lagu 'Unstoppable' yang dinyanyikan oleh Sia mula bergema di ruangan besar tersebut.
I'll smile, I know what it takes to fool this town
Inaya muncul di tengah pentas apabila spotlight ditala ke arahnya. Inaya memulakan persembahan dengan lembut. Seperti sedang menyembunyikan perasaan sebenar di sebalik senyuman. Langkahnya begitu elegan dan perlahan. Inaya berusaha untuk kelihatan tenang di hadapan ribuan penonton.
I'll do it 'til the sun goes down, and all through the night time
Gerakan Inaya semakin kuat. Mungkin dengan langkah yang lebih luas, menggambarkan kesungguhan dan komitmen Inaya terhadap seni tarian, tak kira siang dan malam. Inaya memilih lagu ini sebagai muzik latar persembahan terakhirnya kerana lagu ini melambangkan perjalanan Inaya sebagai penari dan juga turut menggambarkan mesej perpisahan kepada para peminatnya.
I'm unstoppable, I'm a Porsche with no brakes
Inaya melakukan pergerakan lebih dinamik. Penuh tenaga. Dia melompat dan berpusing dengan lebih cepat. Mencerminkan kekuatan dan keyakinan diri yang tak terhenti. Nufail telan liur. Walaupun dia tak faham setiap maksud langkah tarian balet. Dia terasa meremang. Tarian Inaya penuh emosi sehinggakan dia dapat merasainya.
I'm invicible, yeah, I win every single game
Setiap langkah Inaya menjadi lebih tegas. Menunjukkan keupayaan Inaya untuk menang dalam setiap cabaran yang dihadapi sepanjang perjalanan dia sebagai penari.
I'm unstoppable today, unstoppable today
Inaya mengangkat tangan tinggi ke udara. Dia mahu tunjuk perasaan tak dikalahkan. Bagaimana dia 'menang' tanpa bertanding antara dia, Zati dan Lara. Gerakan Inaya menjadi lebih bebas dan luas untuk menunjukkan kekuatan emosi dan fizikal yang meluap.
I put my armor on, show you how strong I am
Gerakan Inaya dihiasi dengan gerakan tangan seolah memakai baju perisai dengan elegan. Ia menggambarkan perlindungan diri dan kekuatan mental yang dipakai sepanjang perjalanan kariernya. Bagaimana dia dikhianati bekas rakan-rakan baiknya. Semuanya meninggalkan kesan mendalam pada hati Inaya.
I'm so confident, yeah, I'm unstoppable today
Nufail rasa ada yang tak kena. Puas dia memerhati sekeliling. Kedengaran kelakar, tapi tak mustahil Inaya boleh ditembak secara hendap. Tajam mata Nufail mendongak ke setiap lampu yang ada. Juga tingkap bahagian atas dewan teater tersebut. Sehinggalah sepasang mata gelap itu terhenti pada spotlight tepat di atas pentas tempat di mana Inaya sedang berada. Inaya masih mabuk dengan tariannya. Nufail sudah telan liur.
Apabila spotlight tersebut mula bergoyang lebih laju seakan longgar. Pantas Nufail berdiri dari tempat duduknya sebelum berlari sekuat hati. Melompat naik ke atas pentas. Dia meluru ke tubuh Inaya laju.
"Maleeqa!"
Inaya tak boleh tercedera.
PRANG!
Tubuh Inaya didakap erat. Tersentak tubuh Inaya apabila mereka berdua jatuh ke lantai. Sempat Nufail menahan tubuhnya daripada jatuh menghempap Inaya. Mereka berdua sudah jauh dari bahagian tengah pentas. Spotlight besar tadi selamat mencium lantai pentas. Orang ramai mula menjerit risau akan Inaya dan lelaki misteri tersebut. Jantung Nufail mahupun Inaya berdegup kencang. Inaya masih tak dapat menghadam apa yang baru berlaku tadi.
Perlahan-lahan Nufail angkat kepala. Sempat dia membelek tubuh Inaya. Memastikan agar tiada sebarang luka terdapat pada tubuh isterinya. Ya Allah, aku hampir kehilangan Inaya. Nufail berpeluh dingin. Dia masih tak dapat bertenang. Tak terbayang dek akal jika dia terlambat walau sesaat. Pasti darah bakal membanjiri pentas besar tersebut.
"A-Arden..." panggil Inaya perlahan. Dia tak tahu mahu rasa apa sekarang ini. Semuanya berlaku sepantas kilat. Dia tahu dia hampir mati. Tetapi keadaan Nufail sekarang. Lelaki itu sungguh panik tatkala memeriksa keadaannya.
"Hubby... Maleeqa okay." Beritahu Inaya. Lansung mengabaikan para penonton yang lain. Pengawal-pengawal keselamatan mula mengepung mereka berdua. Melindungi mereka daripada sebarang ancaman.
Nufail bangun daripada menindih tubuh Inaya. Rambut diraup kasar. Sempat dia beristighfar dalam hati. Mahu menenangkan diri yang tak tenteram.
"Aku hampir hilang kau, Maleeqa. Aku hampir hilang kau." Berkali-kali Nufail mengulang ayat yang sama. Kepalanya masih menunduk. Sebelum bahu Nufail terhinjut-hinjut menahan esakan. Inaya menyentuh bahu Nufail. Lantas Nufail mengangkat kepala. Wajah lelaki itu basah dengan air mata. Terus Inaya memeluk tubuh Nufail.
"Maleeqa selamat, hubby. Maleeqa selamat." Pujuk Inaya. Muka Nufail tersembam ke bahu Inaya. Melepaskan tangisan. Lansung belakang tubuh yang luka akibat terkena serpihan kaca spotlight diabaikan. Nufail tak rasa sakit. Rasa takut lebih menguasai dirinya.
"Maleeqa ada, hubby."
![](https://img.wattpad.com/cover/376597288-288-k319957.jpg)
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...