34

9.8K 323 8
                                        

MESEJ Tuan Irsyad direnung lama. Inaya mengeluh perlahan. Dia sangka, dengan mengadu kepada Tuan Irsyad, lelaki itu akan berpihak padanya. Akan tetapi, Tuan Irsyad meminta dia bersabar dengan bapa mertuanya sendiri. Nak saja dia bertanya kepada Tuan Irsyad. Mengapa Tuan Nuqman menggelar dia sebagai anak pembelot. Namun dia tahankan saja. Dia tak mahu serabutkan fikiran Tuan Irsyad dengan masalah kecil dirinya sendiri.

Sudah dua minggu dia tinggal di sini. Elok sahaja Puan Hanisa dan Nufail lesap dari pandangan. Pasti Tuan Nuqman akan sindir Inaya. Bermacam-macam. Semua serba tak kena. Biasalah, menantu tak direstui. Inaya tabahkan hati.

Nufail berpesan, apa sahaja ujian dari tuhan. Usah dipersoalkan.

Buat seketika Inaya terfikir. Dia diuji kerana tuhan sudah tak sayangkan diakah? Selama ini tak pernah laksanakan kewajipan dia sebagai umat Islam. Islam sekadar di atas kad pengenalan. Untung saja Nufail sudi mengajarnya bermula daripada awal. Wudhuk, bacaan al-Fatihah, bacaan dalam solat dan juga pergerakan dalam solat. Pada mulanya Inaya agak kekok. Namun, lelaki itu mengajar dia dengan sabar.

Dan kerana Inaya masih tak mahir dengan surah-surah lazim, Nufail sendiri dengan rela hati menjadi imam buat Inaya.

"Kamu ini memang tak pernah terfikir nak tutup aurat ke? Menyusahkan anak aku pula mahu tanggung dosa kau. Baik lagi Lydia yang jadi bini Nufail." Inaya pejam mata sesaat. Kenapa disaat dia mahu berubah menjadi lebih baik pasti akan ada insan seolah mahu mematahkan semangatnya?

"Lydia?" Rasanya Inaya tak salah dengar lagi. Tadi Tuan Nuqman ada sebut nama perempuan lain. Tuan Nuqman ketawa perlahan. Seolah mengejek Inaya.

"Lydia Irdina. Cantikkan nama bakal menantu perempuan aku? Dialah calon isteri yang selayaknya untuk Nufail." Balas orang tua itu lagi. Jelas mahu sakitkan hati Inaya. Mentang-mentang Nufail dan Puan Hanisa tiada di rumah. Lelaki itu pergi menemani ibunya untuk pemeriksaan kesihatan bulanan di klinik.

"Apa kurangnya Inaya untuk anak abah?" Soal Inaya tenang. Tuan Nuqman sudah geleng kepala. Terasa lucu dengan soalan Inaya.

"Kamu tak faham lagi? Kamu itu anak Irsyad! Aku benci pembelot. Jadi, aku akan bencikan anaknya sekali." Lantang lelaki tua itu bersuara. Inaya pula sudah menghela nafas. Selagi dia tak tahu kenapa perkataan pembelot itu diguna pakai untuk Tuan Irsyad. Selagi itulah dia serabut memikirkan semua ini.

"Kamu itu penari, Inaya. Aurat kau lansung terdedah sana sini. Jauh berbeza daripada Lydia. Hairan juga aku, takkanlah Irsyad tak ajar anak dia menutup aurat." Kali ini, didikan Tuan Irsyad pula dipersoalkan. Inaya ketap gigi. Kenapa bapa Nufail ini begitu lancang dengan setiap kata-katanya?

"Abah!" Tegur Inaya. Dia cukup pantang bila ibu dan bapanya turut terpalit sama dengan dia sendiri.

"Naik. Kejap lagi Lydia akan datang ke sini. Aku tak mahu dia tahu anak aku sudah berkahwin dengan kamu." Arah Tuan Nuqman mudah.

Masuk sahaja ke dalam bilik. Inaya menghempas tubuh ke atas katil. Inaya merenung siling bilik. Fikiran menerawang jauh memikirkan nama yang disebut Tuan Nuqman tadi. Apa istimewanya gadis itu? Kenapa Tuan Nuqman begitu berharap gadis itu menjadi isteri Nufail? Inaya cemburu. Walaupun pada mulanya perasaan dia terhadap Nufail sudah hilang. Namun, sekarang Nufail bergelar suaminya.

Dan, Inaya wajib cintakan suami sendiri iaitu Nufail.

Lydia Irdina.

Sebaris nama itu seolah menghantui fikiran Inaya sejak tadi. Inaya rasa tercabar dengan kejadiran perempuan asing itu. Mana boleh Nufail berkahwin dengan perempuan itu! Nufail milik Inaya seorang sahaja biarpun dalam tempoh enam bulan ini.

"Maleeqa," tepat pada masa. Nufail sudah balik. Inaya bangun daripada baring. Dia hanya memandang Nufail yang sedang menyusun jam tangan dan dompetnya ke atas meja solek. Kemudian, jejaka itu memandang Inaya semula.

"Kau dah solat?" Tanya Nufail. Inaya geleng kepala. Memang dia tengah tunggu Nufail balik pun.

"Pergi ambil wudhuk dulu." Arah Nufail mudah. Terus Inaya lari masuk ke tandas. Sebelum Nufail membebel kalah mak nenek! Baik dia pergi dulu. Sepatutnya Nufail suruh dia solat dahulu kalau lelaki itu pulang lewat. Cuma Inaya lebih selesa solat berjemaah dengan Nufail. Dia suka dengar setiap surah dialunkan Nufail. Bacaan datang daripada suara parau itu tenang menusuk ke hati Inaya.

"Assalamualaikumwarahmatullah,"

"Assalamualaikumwarahmatullah." Usai beri salam. Tangan ditadah bagi bacaan doa. Dengan kusyuk, setiap bacaan Nufail diaminkan Inaya.

"Ya Allah Ya tuhanku. Kau ampunilah dosa-dosaku juga isteriku, Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Aku ini hamba yang tamak, Ya Allah. Aku tamakkan perhatianMu. Aku juga memohon perlindunganMu. Kau lindungilah aku, lebih-lebih lagi isteriku Inaya Maleeqa, Ya Rabbi. Hanya Kau tempat kami berlindung." Sejak dia mengahwini Inaya. Nufail mula sedar satu perkara.

Dia perlu utamakan dan lindungi ahli keluarga kecilnya. Mungkin dulu dia tak faham, kenapa Aryan begitu lama berdoa setiap kali selepas solat. Namun, saat dia bergelar suami. Dia sudah faham. Jika bukan kepada Tuhan yang Maha Esa, dengan siapa lagi dia mahu bergantung?

Dia pernah utamakan orang lain. Namun itu atas dasar sayang sebagai rakan dan cinta. Tetapi kali ini, perasaan tanggungjawab itu muncul sebagai ketua keluarga.

"Berikan aku kekuatan, untuk membimbing keluargaku ke syurga, Ya Allah. Aku merayu, aku merupakan hamba yang khilaf. Jika aku berbuat salah, Kau gerakkanlah hati isteriku untuk membetulkan aku, Ya Allah." Inaya tersentuh. Tak putus-putus Nufail selitkan dirinya sekali dalam doa lelaki itu. Saat doa habis dibaca, telapak tangan disapu ke muka. Nufail berpaling ke belakang. Seperti biasa, Inaya menyalam lembut tangan Nufail. Tak lupa juga dengan Nufail tunduk mencium dahi Inaya.

"Arden..." Panggil Inaya sebaik sahaja telekung dibuka. Nufail berdehem. Tanda menyahut panggilan Inaya.

"Siapa Lydia?" Serentak, raut wajah Nufail berubah.

"Macam mana kau kenal dia?" Hairan. Dia mana pernah sebut apa-apa tentang Lydia. Kisah dia dan Lydia, sudah berzaman habis. Kali terakhir dia berjumpa wanita itu pun ketika majlis bertandang Aryan dan Darya.

"I terdengar aje." Tipu Inaya. Nufail menghela nafas. Dia pun tak mahu merahsiakan apa-apa perkara daripada isterinya sendiri. Nufail tahu, kepercayaan itu kunci sesebuah perhubungan.

"Dia... ex girlfriend aku. Tapi itupun zaman sekolah dulu. Biasalah, budak lagi. Bercinta pun suka-suka. Dah bosan, kita orang putus." Terang Nufail pula.

"Kalau you kahwin dengan dia, macam mana?" Soal Inaya lagi.

KTAK!

Dahi mulus Inaya selamat dijentik Nufail. Inaya sudah berkerut sambil menggosok dahinya. Apa kuat sangat Arden jentik ni!

"Jangan merapu, Maleeqa. Aku dah cakapkan? Selama aku hidup ini, isteri aku ada seorang sahaja iaitu Inaya Maleeqa. Tak ada yang lain. Nak hadap kau seorang aje pun dah buat aku pening kepala. Inikan pula yang lain." Bebel Nufail perlahan. Dia yakin, kalau dia berpisah dengan Inaya sekalipun, dia takkan berkahwin sudah biarpun seumur hidup. Cukuplah hanya seorang sahaja isteri dia.

Tok! Tok! Tok!

Inaya dan Nufail toleh ke arah pintu yang diketuk. Laju sahaja Nufail melaung 'kenapa'.

"Achik, abah suruh turun." Lansung senyuman Inaya mati. Pasti 'bakal menantu kesayangan' Tuan Nuqman sudah sampai.

Ayuh, jangan mengalah Inaya!

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang