INAYA sudah peluk bantal kemas-kemas. Kalau ikut cadangan asal, dia rasa dia nak tidur dengan Inara. Dia tak sanggup mahu sekatil dengan Nufail. Macam mana kalau Nufail menodai seorang Inaya? Inaya geleng kepala. Dia terlalu suci untuk semua ini! Manakala Nufail sudah pandang gadis yang sudah bergelar isteri itu hairan. Tak tahu pula ada kad lain selain kad pengenalan. Seorang dia pun boleh buat gila. Tak payah susah-susah ajak orang lain.
Mudahnya menjadi Inaya.
"Bantal tu kau nak bawa pergi mana?" Tegur Nufail. Gaya Inaya seolah anak kecil terjaga tengah malam sebab takut tidur seorang diri. Senang kata, sebab takut hantu.
"I tak nak tidur dengan you." Nufail sudah pasang riak wajah jengkel. Apa drama sangat minah ini pun dia tak tau. Dia ingat Nufail tak semenggah sangat ke pakai terkam saja anak orang tanpa izin? Nufail lelaki budiman okay.
"Tak payah buat drama sangat, Maleeqa. Kau tidur aje sebelah aku. Aku tak kacau kau pun." Habis saja ayat terakhirnya. Nufail palingkan tubuh ke kanan katil. Betul-betul membelakangi Inaya. Inaya berfikir sejenak. Takkanlah Nufail nak tipu kan? Setelah yakin dengan pendapat sendiri, perlahan-lahan Inaya naik ke katil. Tubuh dibaringkan betul-betul di hujung katil. Nufail mengeluh perlahan. Dia dapat agak Inaya begitu jauh darinya bila tak terasa lansung tilam di sisinya ke bawah tanda seseorang sedang naik ke katil.
Tahulah dia Inaya berada di hujung katil sampaikan tak terkesan mana pergerakan Inaya atas katil tersebut. Terus Nufail pusing tubuh. Separuh badan diangkat sedikit dan ditongkat menggunakan lengan kiri. Tanpa sebarang amaran, lengan kanannya merangkul pinggang Inaya mudah. Menarik gadis itu mendekat. Belum sempat Inaya mahu jerit, Nufail sudah tekap jari telunjuknya ke bibir Inaya.
"Diam. Aku nak tarik kau ke tengah sikit. Ada kejap lagi bini aku jatuh katil sebab takut dengan suami sendiri," ucap Nufail perlahan turut terselit sama dengan bebelan singkat.
Inaya sudah kemam bibir. Belum apa-apa dia dah tuduh suami sendiri bukan-bukan. Hm, bakal-bakal ahli nerakalah ini cepat fitnah suami sendiri.
Nufail baringkan tubuh semula. Lengan diletak di atas dahi. Nufail diam merenung siling bilik Inaya. Tabiat Nufail. Bila dia berfikir, dia akan baring dan tenung siling. Sejak kecil lagi dia berperangai begitu. Kadang-kadang, bila dia termenung macam inilah dia terus dapat ilham. Inaya turut senyap di sisi Nufail. Masing-masing lebih selesa mendiamkan diri. Ralit dalam dunia sendiri.
"Kenapa kau tak ada kawan?" Soalan itu terpancul dari mulut Nufail tanpa sedar. Inaya tersenyum nipis. Dia ingat Nufail takkan tanya memandangkan sejak semalam lelaki itu lebih selesa berdiam diri. Siap minta adiknya menemani Inaya siang tadi.
"Penting ke ada kawan?" Soalan dibalas soalan. Nufail angguk. Menjawab soalan Inaya tanpa suara.
"Kenapa you rasa penting?" Soal Inaya lagi. Dia mahu tahu perspektif Nufail tentang 'kawan'. Padahal dia tahu, Nufail sejenis orang yang sangat menghargai persahabatannya. Lihatlah, polaroid lama sejak zaman sekolah yang Inaya jumpa dahulu pun dia masih simpan. Dalam pejabat Nufail, bingkai gambar Nufail dan rakan-rakannya pun ada menghiasi meja kerja Nufail.
"Kawan dengan keluarga tak sama. Masing-masing ada nilai tersendiri. Keluarga memang kita dah rapat sejak kecil. Kawan? Kau tak rasa unik ke bila kita rapat dengan stranger, lama-lama rasa macam keluarga?" Nufail toleh ke arah Inaya. Riak wajah gadis itu kosong. Seperti lansung tak tersentuh bila dia sebut pasal kawan.
"Tak. Kadang-kadang, kawan yang kita anggap keluarga itu jugalah anggap kita musuh." Jelas Inaya pula. Memberi pendapat tersendiri. Inaya... sudah tawar hati mahu berkawan dengan sesiapa pun.
"Aku tak nafikan itu. Manusia takkan lari daripada sifat hasad dengki seseorang. Sebab itulah wujudnya kawan yang anggap kita musuh. Tapi itu bukan tiket untuk kau terus tak berkawan dengan sesiapa." Terang Nufail pula. Dia dapat agak Inaya pernah dikhianat oleh rakannya suatu ketika dulu. Sebab itulah gadis ini lansung tak mahu jalinkan hubungan persahabatan lagi. Dia faham. Perasaan itu sakit. Bila kita ikhlas mahu berkawan, tapi kawan itu anggap kita sebagai satu saingan. Bukankah sepatutnya seorang rakan itu sentiasa doakan kejayaan sahabatnya? Jatuh bangun bersama. Dan tak jadikan rakan itu sebagai musuh kerana mahu berjaya sama-sama.
Ikhlas dalam persahabatan itu sungguh mudah. Tapi Nufail hairan, kenapa tak semua mampu lakukan perkara tersebut.
"I pernah ada kawan. Dua orang. Kami berkawan sejak di bangku sekolah. Tapi, dua-dua betray I. Jadikan I musuh. I got no choice. I terpaksa cut off dia orang. For my mental health. I tak mahu persahabatan itu jadi semakin toksik. Ada baiknya I blah." Gadis itu bersuara tenang. Seolah kehilangan rakan-rakannya itu lansung memberi kesan dalam hidupnya. Nufail terdiam. Berapa lama Inaya menanggung perasaan kecewa itu sehinggakan dia mampu setenang ini sekarang?
"Mind to share?" Tanya Nufail tanpa sedar. Selama ini, dia mana pernah kisahkan hal orang lain. Cuma hari ini, dia rasa kisah Inaya ini agak menarik.
"I gave them more trust than they ever earned. I pernah dikurung dalam stor sukan. Masa itu ada orang kata semuanya kerja Zati dengan Lara. Tapi I tak percaya. Takkanlah kawan baik sendiri nak kurung I dalam stor kan? Nasib menyebelahi I bila abang Mika jumpa I kat situ. I lupakan hal itu. Tapi itulah, satu hari I terdengar perbualan dia orang. Zati kurung I, sebab boyfriend dia sukakan I dalam diam." Inaya berdecit. Lucu bila diingat kembali. Gara-gara seorang lelaki dia sanggup buat khianat terhadap Inaya.
"Tapi itu bukan salah kau. Salah boyfriend dia," Nufail tak puas hati. Apa bodoh sangat perempuan itu sampai sanggup kurung Inaya dalam stor? Daripada terlentang, Nufail sudah menghadap Inaya. Kepala turut ditongkat. Dia mahu dengar lagi.
"Guess what? I maafkan dia orang. I anggap semua itu hanya sebuah salah faham. I masih layan dia orang sama seperti sebelum-sebelum itu. Sampailah suatu hari, ketika I sampai sekolah. Satu sekolah pandang I jijik. I tak tahu apa salah I. Hairannya, I tak nampak lansung kelibat dia orang berdua. Masa itu I baru 15 tahun. Kejadian itu sebelum I masuk dalam industri seni. Nak dijadikan cerita, tak sempat kelas pertama bermula. Abang Mika datang kelas saya. He was mad. Really, really mad. Dia hulurkan telefon, jelas artikel yang tertulis di blog sekolah terpapar depan mata I." Inaya tersenyum tawar. Masih jelas di ingatan bagaimana Isaac begitu bengang pada hari itu.
"Artikel itu, kata I... pelacur. I jual diri semata mahu masuk ke pertandingan balet. Sebab I lepas audition tersebut. Boleh dikatakan, nak lepas audition itu sangat susah. Tapi I cuba abaikan. I suruh abang Mika keluar. Tapi abang Mika sendiri kemaskan barang-barang I. Heret I balik," cerita Inaya lagi.
Entah bila air matanya berjurai pun dia tak tahu. Bila Nufail mengesat air matanya, baru dia sedar.
"A-aku minta maaf sebab pernah panggil kau... pelacur." Perlahan sekali Nufail menyebut perkataan terakhir. Patutlah Inaya sangat sensitif dahulu. Apa bezanya dia dan orang-orang bermulut busuk itu kalau dia sendiri pun sama saja perangainya?
"Abang Mika betul-betul cari si pelaku tak bernama itu. Nasib saja penulis artikel itu perempuan. Abang Mika tak pukul perempuan, tapi dia sempat gertak perempuan itu. Dan perempuan itu bagitahu, dia diupah Lara. Lara anggap I musuh, bila I pergi jumpa dia. Dia kata sebab I mesti sengaja berkawan dengan dia orang. Biar dia orang nampak tenggelam di sisi I. Mula-mula I tak faham, tapi bila I makin besar. I dah faham," Inaya mengeluh. Keikhlasan dia dalam persahabatan lansung tak dipandang. Malah, dituduh bukan-bukan.
"Kau terlalu cantik, Maleeqa. Your beauty is captivating beyond reason. Dia orang cemburu dengan kau. Sebab kau cantik." Ujar Nufail pula.
"Beauty also can be a dangerous thing, Arden. It's attracting what it never wanted." Pada kala ini, Nufail kembali terdiam. Dalam diam menyetujui kata-kata Inaya yang penuh makna itu. Kecantikan Inaya seumpama bahaya juga buat gadis itu. Kerana cantik, gadis itu dikhianati. Dibenci. Dan sekarang, ada pihak yang mahu menggunakan kecantikan itu demi kepuasan diri.
Dunia terlalu kejam buat Inaya.
"Eiyana boleh jadi kawan kau." Inaya rasa mahu lepaskan ketawa besar. Sesuka hati Nufail saja petik nama orang lain. Entah Eiyana setuju atau tak pun dia tak tahu!
"Tak apalah, I dah rasa cukup. Ada keluarga I, ada penghuni rumah anak yatim. Dan sekarang, I ada suami. Mungkin I boleh percayakan you." Ucap Inaya ikhlas. Sebenarnya, dia selesa dengan Nufail sebab lelaki itu jenis cakap jujur. Nufail sudah kaku.
Inaya percayakan dia sebagai suami?
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...