KEDATANGAN Inaya disambut baik oleh Puan Hanisa dan Aisha. Dengan selamba, Nufail ditinggalkan Inaya di belakang bersama beg-beg bagasi mereka. Dengan penuh lagak gadis itu berjalan masuk ke rumah di samping Puan Hanisa dan Aisha. Sempat gadis itu berpaling ke belakang, memberi lambaian dengan lenggoknya ke arah Nufail. Manakala Nufail pula sudah tayang wajah menyampah. Belum apa-apa dah ada aura mem besar.
Nasib kaulah, Nufail. Kau berkahwin dengan diva bertaraf dunia. Bukan cikai-cikai.
"Mana abah, ibu?" Soal Nufail sebaik sahaja mengambil tempat di sofa. Betul-betul bersebelahan Inaya. Memandangkan sofa itu agak kecil. Peha mereka berdua lansung berlaga. Mestilah berlaga dah sofa itu sepatutnya direka khas untuk seorang duduk sahaja. Aisha menjuih bibir. Menyampah tengok abang dia terpaling kahwin. Inaya sudah menjeling Nufail halus. Tahulah mereka berdua berpakat mahu tunjuk kemesraan depan keluarga mereka pun.
Tapi ini macam mengambil kesempatan dalam kesempitan saja!
"Dalam bilik kerja dia. Entah apalah sibuk sangat pun ibu tak tahu. Anak menantu datang sini diabainya," bebel Puan Hanisa. Sudah pasrah dengan sikap suaminya itu. Kuat bekerja. Kerja itu ibarat isteri nombor dua Tuan Nuqman. Komitmen yang diberi Tuan Nuqman sangat tinggi terhadap kerjayanya. Tak hairanlah dia dapat jawatan tinggi dalam institusi polis itu.
"Kamu ni Nufail, dah macam rumah ni tak ada sofa lain! Kesian isteri dah sempit duduk situ." Tergeleng-geleng kepala Puan Hanisa apabila melihat keadaan mereka berdua. Inaya tersenyum kekok. Tolong ibu, marah Nufail lagi. Sokong Inaya dalam hati. Rapat sangat kedudukan dia dan Nufail sekarang. Tahulah dia kecil pun. Tapi beragaklah sikit.
"Biarlah ibu, nak bermesra dengan isteri. Kan Maleeqa?" Pipi Inaya dicubit kuat. Inaya pejam mata sesaat. Pantang mak nenek dia bila orang sentuh muka yang sudah siap bersolek. Nufail memang nak kena! Nasib Puan Hanisa dan Aisha ada di sini sahaja lelaki itu selamat. Kalau tak memang hancur Inaya kerjakan Nufail.
"Jangan cubit pipi I lah!" Marah Inaya biarpun di hadapan Puan Hanisa dan Aisha. Nufail sudah angkat kening berkali-kali. Mengusik. Kemudian, sekali lagi dia ulang perkara yang dia buat tadi. Menambah lagi minyak ke dalam api yang marak seorang Inaya. Serentak, Nufail sudah terkekek ketawa. Dengan muka cemberut Inaya, dahi berkerut. Hidung kembang kempis tahan sabar. Kelakar betul muka budak ini sekarang!
Puan Hanisa sudah tersenyum nipis.
Baguslah kalau anak lelakinya itu sedang bahagia. Nufail mana pernah mahu bergurau sebegitu. Biasanya Nufail umpama tiada perasaan. Mahu tunggu lelaki itu bergurau boleh terbalik dunia. Tapi lihatlah sekarang, galak dia mengusik Inaya. Aisha pula sudah terlopong. Lengan si ibu ditepuk perlahan. Tak percaya dengan apa dilihatnya sekarang. Achik reti begurau, ibu! Mahu saja Aisha jerit di sini juga. Namun, dia tahankan saja.
Penangan Nyx punya pasal!
"Sejak bila kamu sampai, achik?" Suara garau datang dari arah belakang serta-merta menghentikan pertengkaran kecil antara Nufail dan Inaya. Nufail berdehem. Boleh pula dia terlepas laku dekat sini. Kemudian Inaya sudah gigit pipi dari dalam mulut. Inilah dia. Orang yang dia risaukan. Tak lain tak bukan, sudah tentulah bapa mertua dia sendiri. Orang tua itu mana sudi memandang wajahnya semasa hari pernikahan mereka berdua. Tipulah Inaya tak terasa. Apa salah dia terhadap bapa Nufail sehinggakan dia dilayan sebegitu.
"Baru tadi." Balas Nufail pendek. Jangan disangka perbalahan dia dengan Tuan Nuqman belum habis. Tuan Nuqman terpaksa akur dengan keputusan Nufail hanya sebab tak mahu anaknya itu buat kerja gila kahwin lari. Aura seisi ruang tamu itu tiba-tiba terasa dingin. Inaya sudah pandang Nufail pelik. Kenapa suaminya ini sungguh dingin dengan ayah sendiri?
"Kamu pindah masuk sini ke?" Soal Tuan Nuqman seraya mengambil tempat di sisi Puan Hanisa. Inaya dipandang sekilas sebelum matanya dialihkan ke arah Nufail semula. Lekas-lekas Inaya bangun dari duduk, melangkah menuju ke arah di mana Tuan Nuqman berada. Tangan dihulur untuk bersalam. Lambat-lambat Tuan Nuqman menyambut apabila sedar banyak mata memandang ke arah mereka berdua.
"Sementara achik dapat rumah baru. Terpaksa tumpang sini kejap," perkataan terpaksa ditekan Nufail. Dia bukan jenis suami yang akan biarkan isterinya tinggal sekali dengan mertua. Cuma dia terpaksa.
Tak betah berlama di situ, Nufail terus bangun dari sofa. Tangannya mencapai tangan Inaya. Inaya tampak bingung namun dia turut bangun di samping Nufail. Dia nak buat apa ini? Kepala tunduk memandang tangannya yang nampak agak kecil dalam genggaman tangan Nufail. Nampak comel! Lagipun, dia mana pernah bersentuhan tangan dengan Nufail.
"Achik nak bawa Maleeqa naik." Ujar Nufail datar. Dia mana suka berkumpul di ruang tamu bersama Tuan Nuqman begini. Senang kata, hubungan dia dan Tuan Nuqman selalu dingin dan ada saja perkara mahu dibalahkan. Puan Hanisa pun sudah naik pening mahu selesaikan masalah suami dan anak lelakinya. Masing-masing kepala batu!
Nufail terus tarik Inaya pergi. Terkocoh-kocoh gadis itu mengekori langkah besar Nufail. Sempat juga dia lambai Aisha tanda mahu pergi sambil tersengih. Aisha pula membalas senang. Dalam hati, berbakul-bakul kutukan dia beri buat Nufail. Kedekut bini betul! Bukannya kita nak culik isteri dia pun.
"Relay you dengan abah you memang tak baik ke?" Nufail yang baru sahaja kunci pintu bilik mereka berdua terkaku seketika. Obvious sangat ke dia dan Tuan Nuqman sedang melancarkan perang dingin? Kemudian, Nufail berdehem. Membetulkan anak tekak sebelum bergerak ke katil.
"Entah," sambil menjawab persoalan Inaya. Serentak Nufail hempas tubuh ke katil. Lansung Inaya yang sedang duduk di sisinya diabaikan.
"You gaduh dengan abah you sebab I ke?" Inaya membelek kuku-kuku yang berkilat cantik itu. Pura-pura tak terkesan dengan soalan sendiri. Baru sahaja Nufail mahu pejamkan mata, terus terbuka semula. Kepala automatik menoleh ke arah kanan. Memandang tubuh Inaya dari belakang. Bagaimana Inaya tahu? Sedangkan hal itu hanya diketahui dia dan keluarganya saja. Abah... ada cakap apa-apa dekat Maleeqa ke? Fikir Nufail sendirian.
"Kenapa kau tanya macam itu? Abah ada buat apa-apa ke dekat kau?" Laju sahaja Inaya geleng kepala. Dia cuma terfikir saja jika Tuan Nuqman tak sukakan dia sebagai menantu. Dalam diam Nufail sudah tarik nafas lega. Risau juga dia kalau tiba-tiba Tuan Nuqman buat perangai. Bukan dia tak kenal perangai bapanya sendiri.
"I terfikir aje. Sebab dia macam... nak pandang I pun tak sudi. Mana tahu dia ada calon menantu lain sebenarnya untuk you." Terang Inaya lagi. Boleh jadi juga. Biasanya ibu bapa ini tak semua akan biarkan anak-anak mereka hidup dengan pilihan sendiri.
"Sekarang ini aku pilih kau, Maleeqa. Tak ada kau sampai bila-bila pun aku tak kahwin. Tak percaya, kau boleh tanya ibu. Kau nak tanya kawan aku pun boleh. Percayakan aku, Maleeqa. Walaupun aku tak cintakan kau sekarang, kau seorang saja isteri aku sampai bila-bila." Ucap Nufail ikhlas. Inaya terdiam sebentar. Nufail tak sweet, tapi dia bercakap jujur. Dia mengaku dia tak cintakan Inaya sekarang. Sebenarnya, ada jugalah Inaya terasa sikit. Kalau bukan atas dasar cinta dan suka, kenapa Nufail kahwin dengan dia?
Namun, Inaya pendamkan saja.
"Kalau ada sesiapa dalam rumah ini sakitkan hati kau. Cerita dekat aku. Aku tak dayus lagi nak biarkan mental isteri aku terganggu sebab mulut orang." Tambah Nufail lagi. Inaya sekadar balas dengan anggukan. Takkanlah dia terus mahu cakap yang Tuan Nuqman jelas tak sukakan dia. Padahal, baru tiga hari mereka dirikan rumah tangga.
"Kau nak pergi auditorium ke?" Soal Nufail tiba-tiba. Mana tahu dengan hobi Inaya yang satu itu dapat tenangkan hati gadis itu sekarang. Mata Inaya seolah bersinar. Terus dia berpaling memandang Nufail.
"Boleh ke?" Tanya Inaya teruja. Nufail mengangguk perlahan. Kalau itu yang Inaya mahu, dia takkan kongkong. Sebab dia ingat akan suatu fakta.
Isterinya, Inaya Maleeqa adalah Nyx dimata dunia.
![](https://img.wattpad.com/cover/376597288-288-k319957.jpg)
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
Roman d'amourBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...