41

7.8K 249 1
                                    

INAYA melopong tak percaya. Sebuah banglo dalam kawasan perumahan berstrata dipandang penuh minat. Ia kerana rumah di kawasan perumahan ini semuanya mempunyai reka bentuk rumah yang sama. Warna rumah juga semua berwarna putih. Bila dah kata berstrata, sudah tentu kawasan perumahan ini terjaga dengan yuran penyelenggaraan yang agak tinggi. Setiap halaman rumah begitu luas dan bersih bersama rumput karpet yang menghijau. Persis kawasan perumahan di luar negara.

"Ini rumah you ke, Arden?" Soal Inaya.

"Rumah kita." Jawab Nufail pula. Pinggang Inaya dirangkul sebelum dibawa masuk ke dalam rumah.

"Sebelum ni aku renovate interior rumah ni. Sebab itu tak boleh pindah terus." Beritahu Nufail sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam rumah. Inaya tersenyum cerah. Rumah ini nampak 'hidup'. Rata-rata warna dinding dan perabot rumah ini berwarna coklat terang dan juga krim. Cantik. Dan Inaya suka.

"Dapur dekat mana, Arden?" Tanya Inaya lagi. Dia tak sabar mahu lihat kawasan kegemarannya nanti.

Tangan Inaya ditarik sehingga tiba ke suatu tempat di mana terletaknya kitchen island. Nufail menolak pintu gelangsar bereka bentuk moden tersebut sebelum menapak masuk ke dalam suatu ruangan yang turut juga bertemakan warna krim dan coklat namun coklatnya lebih gelap sedikit berbanding ruang tamu. Inaya tekup mulut. Dapur ini terlalu mewah. Hampir saja dia tak percaya. Rasanya dia pernah lihat dapur berupa seperti ini dalam aplikasi Pinterest. Dengan perasaan teruja, Inaya berjalan mengelilingi dapur.

Ada ketuhar gelombang mikro, ada juga ketuhar biasa. Malah, tempat panggang ayam pun ada. Peti ais juga lebih tinggi daripada Inaya. Bukan bersaiz biasa, malah lebar. Pasti bermacam bahan dapur bakal muat ke dalam peti ais tersebut. Inaya menoleh ke arah satu rak terletak di sebelah peti ais. Penuh dengan barangan elektrik untuk membuat kek dan pastri. Terus Inaya pandang Nufail tak percaya. Spontan, tubuhnya meluru ke arah Nufail sebelum tubuh lelaki itu dipeluk erat.

"Thank you, Arden!" Nufail gosok rambut Inaya kasar. Sengaja menyerabutkan rambut isterinya itu. Kemudian, tangan Inaya dipegang sebelum Inaya dibawa naik tangga berhampiran kawasan dapur.

Tak sia-sia dia berkerja sebagai jurutera perisian. Ada baiknya dia berhabis duit untuk keluarganya.

"You nak bawa I tengok bilik tidur kita pula, ke?" Soal Inaya polos.

"Tak, tapi aku rasa kau akan suka juga." Balas Nufail. Sampai sahaja depan pintu suatu bilik. Inaya berdebar. Ada apa di sebalik pintu bercat putih ini? Lalu, Nufail keluarkan kunci dari poket seluar, kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci sebelum pintu dibuka separuh.

"Oh my... " Inaya mati kata. Perlahan-lahan kaki memijak lantai kayu khas untuk sebuah studio tarian. Terdapat juga satu tiang mencecah siling bersama palang dalam bilik tersebut. Dinding bilik itu juga terdapat cermin besar memantulkan refleksi tubuh dia dan Nufail.

"Studio ni... untuk I ke?" Tanya Inaya tak percaya. Nufail sandarkan tubuh pada pintu.

"Takkan aku nak menari pula, aurora." Nufail geleng kepala. Maleeqa... Maleeqa... kita upah orang reka bentuk bilik ini untuk dia, dia boleh tanya pula untuk dia ke bukan.

Inaya menarik tangan Nufail ke tengah studio. Terus Nufail pandang Inaya hairan.

"I nak menari." Kata Inaya.

"Huh?" Bingung. Kenapa Inaya tarik dia ke tengah ini. Menari sajalah. Biar dia duduk tepi atau pergi ke tempat lain dulu.

"I nak you jadi penanda I. I happy sangat-sangat. I want to express my feelings." Luah Inaya. Seulas bibirnya mengukir senyuman manis.

"A-Aku tak reti menarilah," Nufail mula gelabah. Dia berani jamin. Dia bakal jadi kayu bila Inaya ajak dia menari. Paling teruk, dia boleh jadi tiang bergerak!

"You berdiri aje. Please, Arden..." Nufail telan liur. Kenapa Inaya kelihatan sungguh comel pada pandangannya sekarang? Mata dikedip perlahan. Tangan disatukan paras dada. Tak lupa juga bibir mencebik meminta belas kasihan. Kepala turut diangguk perlahan. Berharap Nufail bersetuju dengan permintaannya.

"Boleh ya, Arden?" Tanya Inaya sekali lagi.

"Y-ya." Nufail setuju tanpa sedar. Kemudian kepala digeleng perlahan. Apa kau jawab ini, Nufail? Namun, kerana Inaya lebih dengar perkataan 'ya' sejak awal. Lansung gelengan kepala Nufail diabaikan. Lantas telefon dikeluarkan. Sebuah lagu dipasang Inaya.

Cardigan, Taylor Swift.

Vintage tee, brand new phone
High heels on cobblestones
When you are young, they assume you know nothing

Nufail berdiri tegak di tengah-tengah studio. Kaku seolah patung cendana. Tangan Nufail terbuka, siap menyambut langkah lembut Inaya. Dia pun tak tahu kenapa dia berbuat begini. Semuanya spontan. Manakala Inaya, dengan kaki yang ringan. Dia mula menari di sekeliling Nufail. Tubuh berputar lincah. Sesekali Inaya berputar dan melompat. Namun, setiap kali dia memerlukan sokongan bagi menstabilkan tubuh. Terus dia mendekati Nufail.

But I knew you
Playing hide-and-seek and
Giving me your weekends, I
I knew you
Your heartbeat on the High Line
Once in 20 lifetimes, I

Nufail kekal berdiri tegak, ada ketika dia menyambut setiap gerakan halus Inaya. Dengan setiap langkah Inaya, tarian itu menjadi lebih harmoni biarpun Nufail diam berdiri tegak. Pada masa-masa tertentu, Inaya menyentuh tubuh Nufail lembut. Memutar tubuh di sekitar bahu Nufail. Ada kala Inaya sandarkan tubuh pada dada Nufail.

Mereka diam berdua tak berbicara. Sebaliknya, seolah tarian Inaya menceritakan perasaan gadis itu terhadap suaminya sekarang. Bagaimana dia anggap Nufail sebagai tempat perlindungannya. Tempat di mana Inaya rasa selamat.

But I knew you'd linger like a tattoo kiss
I knew you'd haunt all of my what if's
The smell of smoke would hang around this long
Cause I knew everything when I was young

Tarian diteruskan sehingga ke langkah terakhir. Inaya berhenti berputar. Berdiri di hadapan Nufail. Nafas gadis itu termengah-mengah. Inaya menatap Nufail dalam. Sebelum senyuman kecil terbit pada belahan bibir gadis itu. Manakala Nufail pula sedang tahan debaran dalam hati. Tak tahu apa sebenarnya dia sedang rasakan sekarang. Bersama Inaya merenung tepat ke dalam anak mata gelapnya. Senyuman khas diukir buat dirinya. Terasa dunia seolah berhenti berputar.

"I love you, Arden." Ucap Inaya ikhlas. Suara seolah tak terkeluar dari kerongkong Nufail. Belum sempat dia berkata apa, deringan telefon Inaya mematikan suasana hangat mereka berdua.

"Abang Mika call." Beritahu Inaya. Nufail berdehem. Memberi ruang untuk gadis itu menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, abang Mika?" Sapa Inaya.

"Adik! D-Daddy..."

Dahi Inaya berkerut. Kenapa suara Isaac kedengaran sungguh cemas? Nufail pula sudah perhatikan setiap perubahan wajah Inaya.

"Kenapa dengan daddy?" Inaya mula tak sedap hati.

"Daddy meninggal semasa outstation di Paris... kami semua dekat airport. Adik... beli tiket flight ke Paris terus, okay?"

Telefon serta-merta terlepas dari pegangan Inaya. Nasib sahaja Nufail lebih tangkas, menyambutnya sebelum melekapkan telefon ke telinganya.

"Mika, aku ni."

"Order tiket ke Paris sekarang, Nufail! Daddy dah meninggal."

Panggilan dimatikan.

Nufail merenung Inaya yang tampak sedang mengelamun jauh. Gadis itu tak menangis. Namun pandangannya kosong. Sungguh berbeza dengan riak wajah Inaya awal tadi.

"Maleeqa," panggil Nufail perlahan.

"A-Arden... daddy..." Seolah tersedar, Inaya dongak memandang Nufail. Nufail menarik Inaya ke dalam pelukan. Tak lama selepas itu, dadanya terasa basah. Inaya sedang menghamburkan tangisan senyap tak bersuara.

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now