INAYA tersandar lemah pada dinding. Wajahnya tak bermaya. Dia penat menjerit. Meminta diri dilepaskan. Namun, hampa. Tiada siapa mendengar. Seolah suaranya terbang dibawa angin. Inaya mendongak memandang lubang tingkap di bahagian atas dinding. Tinggi. Sememangnya dia tiada harapan mahu melepaskan diri. Entah berapa lama dia terperangkap di sini. Dia tak tahu.
Yang pasti, separuh mati jiwa Inaya merindukan Nufail.
Tanpa sedar, air mata Inaya jatuh ke pipi. Sepatutnya dia dengar kata Nufail. Berkali-kali Nufail menegah dia keluar tanpa lelaki itu. Tapi dia degil. Akhirnya, makan diri. Dia diculik. Pasti Nufail kecewa dengan dirinya. Inaya terasa seperti dia sudah derhaka kepada Nufail. Bersungguh Nufail melindunginya. Tetapi Inaya membiarkan dirinya diculik sewenang-wenangnya.
Trust no one.
Kenapa dia berdegil tak mahu dengar pesanan serba ringkas itu?
Berkali-kali Nufail tekankan. Jangan mudah terperdaya dengan sesiapa. Lihatlah sekarang. Dia percayakan Lara. Sampaikan hari ini, Lara masih mengkhianati kepercayaan dia. Lara sendiri bawa dia ke sini. Inaya memegang perut yang sedang berkeroncong. Hanya sekali sehari saja dia diberi makan. Inaya benci penipu. Pengkhianat. Lara tak layak digelar kawan.
Hubby... Maleeqa rindu.
Walaupun Nufail tak ungkapkan guna kata-kata. Inaya tahu, lelaki itu sayangkan dia. Nufail bukan jenis lelaki bermulut manis semata. Nufail buktikan dengan perbuatannya. Jika Nufail membenci Inaya, dia takkan lindungi Inaya sejauh ini. Makan pakai Inaya semua cukup. Nufail tak pernah abaikan nafkah bulanan. Nufail bertanggungjawab penuh. Sebagai seorang suami.
Pintu dikuak dari luar. Ternyata Lara sedang masuk bersama sepinggan pasta. Sejak hari dia diculik, dia tak pernah nampak kelibat Lara. Makanan semua dihantar oleh orang lain. Lara menutup pintu rapat. Tanpa dijemput, Lara duduk bersila di hadapan Inaya. Inaya berpaling ke tepi. Lansung tak mahu memandang raut wajah perempuan itu. Tak ada siapa tahu betapa kecewanya Inaya apabila Lara mengkhianati kepercayaannya.
"I-"
"Aku geli dengan I-you daripada mulut kau." Potong Inaya. Wajah Inaya kosong tak berperasaan.
"Aku sayang kau sebagai kawan, Inaya." Luah Lara. Dia faham jika Inaya membencinya. Memang dia layak dibenci. Inaya tersenyum senget. Sayang? Kawan?
"Khalid... dia mula tertarik pada kau masa hari audition tarian balet." Lansung tiada gelaran bapa diberi kepada lelaki tua itu. Lara benci. Lelaki tua itu mana pernah beri dia kasih sayang seorang ayah. Sejak kecil, dia hanya dipergunakan Dato' Khalid. Lelaki itu berpangkar dato'. Namun dia dan ibunya hidup susah. Dia berpeluang merasai kehidupan senang pun ketika dia mula bekerja. Dato' Khalid kejam.
Inaya sudah kerutkan dahi. Sungguh dia tak faham. Kebenaran apa pula ini?
"Makin dekat kita berdua, makin mudah Khalid mahu dapatkan kau melalui aku. Aku dah cuba lindungi kau, Inaya. Aku terpaksa sebarkan fitnah dekat satu sekolah. Biar kau pindah jauh dari kami. Aku tak nak kau terus rapat dengan aku, Inaya." Terang Lara. Lidah Inaya kelu. Manakala Lara pula sudah tersenyum tawar. Bertahun dia tahan rasa bersalah ini.
"K-kenapa..."
"Dia tahu kau istimewa. Bila terkantoi aku adalah punca kau pindah sekolah, aku..." jeda. Lara telan liur. Seakan terasa lagi betapa sakit betis dan pehanya dilibas tali pinggang Dato' Khalid. Dia didera tanpa belas kasihan. Dato' Khalid memang manusia bertopengkan binatang! Anak kandung sendiri pun dia dera.
"Aku didera. Tapi aku tak kisah. Asalkan kawan aku selamat." Lara mula kesat air mata yang mula tumpah. Mata Inaya mulai berair. Tuhan, berapa banyak dosa aku kerana telah membenci susuk tubuh tak bersalah ini?
"Aku ingat, dia akan berhenti. Tapi aku silap. Pada masa yang sama, aku tersepit. Kalau aku tak bawa kau ke sini, dia ugut mahu bunuh ibu aku, Inaya. Aku ada dia seorang saja dalam dunia ni."
"Lara, aku... minta maaf." Lara geleng kepala. Inaya tak salah. Dato' Khalid yang tamak. Keji.
"Asalkan kau tahu aku sayang kau. Itu dah cukup. Aku minta maaf sebab selama ini aku sakitkan hati kau. Zati... tinggal aku. Sebab dia tak nak terlibat dalam hal ini. Aku tak kisah. Kau orang memang layak buang aku." Sambung Lara lagi.
"Makan, aku tahu kau lapar." Pinggan ditolak ke arah Inaya. Inaya menunduk.
"Makan, Inaya."
Usai menghabiskan makanan. Inaya menahan Lara daripada pergi. Tanpa sebarang kata, tubuh Lara dipeluk erat. Lara terkedu. Perlahan-lahan, tangan naik memeluk tubuh Inaya semula. Inaya rindukan rakan dia. Cuma sebelum ini, rasa sakit hati dan dendam begitu tinggi. Bahu Lara mulai basah. Inaya melepaskan tangisan dalam diam.
"Aku minta maaf." Ucap Inaya berulang kali.
Pintu dikuak dari luar. Dengan pantas mereka meleraikan pelukan. Kening Lara bertaut. Dia kenal semua orang suruhan Dato' Khalid. Tetapi kenapa wajah ini begitu asing. Lara dapat rasa ada sesuatu tak kena. Suasana di luar bilik kosong ini begitu sunyi tanpa sebarang bunyi.
"Hand that girl over to me." Lara tahu lelaki asing itu memaksudkan Inaya. Benarlah. Lelaki ini bukan orang suruhan Dato' Khalid. Lara menapak di hadapan Inaya. Melindungi Inaya daripada diambil lelaki itu biarpun dia tahu kudratnya tak sekuat lelaki itu. Lantaklah, asalkan dia dah cuba untuk lindungi Inaya!
"She's mine!" Keras Lara. Lelaki itu berdecit kasar. Tangan dibawa ke poket seluar belakang. Jantung Inaya hampir berdegup tika memandang sepucuk pistol pada tangan lelaki itu. Lelaki itu bersenjata! Inaya cuba tolak tubuh Lara ke tepi. Namun, Lara memakukan kaki. Lansung tak beranjak walau sedikit.
"Move, bitch."
"Lara... cukup. Aku... aku okay." Bisik Inaya. Dia tak mahu Lara terlibat lagi. Cukuplah selama ini Lara berkorban untuknya.
Klik!
"Tak boleh! Kau kawan aku! Aku takkan biarkan kau diambil orang." Bentak Lara.
BANG!
"Lara!"
"Argh!"
Bahu Lara ditembak. Lelaki itu tersenyum sinis. Perempuan ini sungguh menyibuk. Tubuh Lara ditolak kasar sebelum tangan Inaya ditarik kuat. Inaya cuba merentap namun lelaki itu lebih kuat. Benci apabila disentuh lelaki. Haram! Lelaki ini memang bukan Islam sudah tentu tak tahu hukum-hakam. Dengan tatu penuh di lengan. Great. Sekarang ini dia diculik oleh lelaki asing ketika dia diculik Dato' Khalid?
Hubby, tolong cepat dapatkan Maleeqa. Maleeqa dah tak kuat.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...