60

10.3K 275 6
                                        

GOLDEN Blood. Atau dikenali sebagai darah emas. Merupakan satu jenis darah yang sangat jarang dijumpai dikenali sebagai Rh-null. Ia bermaksud darah tersebut tidak mempunyai sebarang antigen dalam sistem Rhesus. Pada hari ini, hanya terdapat kurang daripada 50 indivindu yang diketahui mempunyai darah jenis ini di seluruh dunia.

Disebabkan keunikan dan kepentingan perubatan darah Rh-null, nilai darah ini amat tinggi dalam konteks pemindahan darah atau penyelidikan perubatan. Seperti semua orang tahu, setiap indivindu mempunyai jenis darah berbeza. Walau bagaimanapun, setiap jenis darah pasti akan ada satu persamaan pada setiap jenis. Ini kerana, dalam setiap sel darah merah manusia terdapat 342 antigen. Iaitu sejenis molekul yang berupaya menggalakkan penghasilan protein antibodi.

Setiap jenis darah seseorang indivindu ditentukan oleh jenis antigen yang ada dalam darah. Terdapat 160 daripada 342 biasanya ditemui pada setiap orang. Selebihnya, mempunyai perbezaan tertentu. Keunikan darah seseorang indivindu ditentukan oleh kandungan antigen dalam darah.

Inaya merupakan salah seorang pemilik darah emas. Ianya diwarisi daripada datuknya, Alexandre. Ketika Inaya dilahirkan, seperti bayi-bayi lain juga pemeriksaan kesihatan dilakukan keatasnya. Dalam ujian darah yang dilakukan terhadap Inaya, doktor mendapati ada sesuatu yang amat ganjil pada kandungan darah Inaya. Inaya lansung tak ada antigen dalam darah. Ini menyebabkan tubuhnya tak dapat menghasilkan antibodi.

Hairannya, Inaya lansung tak menunjukkan sebarang sakit. Seisi keluarga terkejut. Namun, bukan Puan Aurélie. Tubuh tua itu tahu cucu bongsunya mewarisi keunikan tersebut daripada mendiang suaminya. Sempat juga dia berpesan kepada Puan Maria dan Tuan Irsyad agar lindungi Inaya sebaik mungkin.

Inaya tak boleh terluka. Sumber darah Inaya sangat terhad.

Sesiapa sahaja boleh menerima darah Rh-null. Sama seperti darah O. Rh-null merupakan darah paling universal bagi semua jenis kategori darah. Darah ini bersifat neutral. Di mana lansung tiada penolakan kepada penerima ketika transfusi darah dijalankan. Malangnya, dia tak boleh menerima darah sesiapa.

Indivindu yang sudi menderma darah unik ini hanya ada di Brazil, Jepun, China, Amerika Syarikat dan Ireland. Semua darah yang didermakan oleh pemilik Rh-null berada di bank darah khas yang terletak di Paris dan Amsterdam. Kerana itulah, Paris selamat tetapi berbahaya untuk Inaya.

Namun begitu, manusia terlalu rakus. Pemilik darah emas dianggap sebagai objek yang bernilai. Segelintir manusia gila, sanggup mahu membeli indivindu yang memiliki darah emas biarpun secara haram. Pemilik darah emas sungguh tak ternilai. Dalam konteks perubatan juga, ia diharamkan untuk dijual.

Nyawa Inaya terancam. Begitu juga dengan mendiang datuknya mati kerana sikap rakus manusia yang terlalu mengejar duniawi. Indivindu yang mempunyai darah emas boleh dibida dengan harga jutaan dollar.

Inaya mengetap rahang apabila dia dibawa ke satu tempat yang terlihat seperti muzium. Atau lebih tepat sekali, muzium persendirian para bangsawan. Dia tahu kenapa dia dibawa ke sini. Dia bakal dibida tak lama lagi. Lebih mudah difahami, dijual. Ada juga manusia gila mahukan indivindu yang memiliki darah emas untuk dibuat sebagai koleksi.

Dan ada juga demi kepentingan diri, darah emas itu bakal menjadi bahan kajian sendiri ataupun eksperimen gila indivindu tak bertanggungjawab.

"Do not touch me, bastard." Keras suara lunak itu memberi amaran apabila tangannya disentuh oleh orang suruhan manusia yang menculiknya. Inaya berang. Tubuhnya bukan untuk disentuh mana-mana lelaki sesuka hati! Hanya suaminya saja berhak ke atas dia.

Lelaki berbangsa Perancis itu mengabaikan amaran Inaya. Bergerak-gerak tubuh Inaya mahu mengelak daripada disentuh biarpun tangannya terikat kemas. Inaya dibawa ke bilik persiapan. Dia dipaksa duduk di hadapan meja solek. Jelas wajah Inaya mula cengkung. Dia hanya makan makanan yang diberi Lara pagi tadi kerana gusar sekiranya makanan yang disediakan entah siapa ini tak halal.

"Eat." Inaya ketap bibir. Jangan harap!

Sekurang-kurangnya, sewaktu dia diculik Lara. Status makanannya terjamin.

Inaya bagaikan direbut banyak pihak termasuklah Dato' Khalid. Mula-mula dia berada di markas Dato' Khalid. Dan sekarang dia berada di muzium persendirian.

"Three hours left for before the bidding starts." Ujar lelaki itu datar. Inaya mencerlung tajam lelaki tersebut. Aku bukan untuk dijual lah, bodoh! Aku bukan barang. Bentak Inaya dalam hati. Tenaga disimpan sebaik mungkin.

"I'm a human, stupid. I'm not for sale." Lelaki itu angkat bahu. Sungguh menjengkelkan Inaya. Inaya rasa seperti mahu debik wajah lelaki tersebut. Kalau dah kata bangsa penjajah. Memang bodohlah jawabnya! Ops, Inaya tolak tepi bagi arwah nenek dan datuknya. Maksud Inaya, lelaki di hadapannya sekarang.

Seorang wanita masuk ke dalam bilik solek itu. Inaya sekadar memerhati. Manakala lelaki itu pula menyandarkan tubuh pada pintu. Wanita itu ditugaskan untuk mendandan Inaya sebelum Inaya dibawa ke pentas bidaan.

"Please do her makeup. Master wanted her to look so elegant when the bidding was done." Arah lelaki tersebut. Langkah diatur mendekati Inaya. Tangan dilalukan ke arah selendang Inaya yang sudah comot melitupi kepala.

"And this stupid hijab..."

"Take it off." Sakit matanya apabila melihat perempuan cantik ini bertudung. Berderau darah Inaya. Rata-rata orang Perancis, memang Islamphobia. Racist. Agama Islam dipandang sebagai suatu ancaman. Lelaki itu tak mahu nilai bidaan Inaya berkurang walau sedikit pun gara-gara tudung tersebut.

"Over my dead body, motherfvcker!" Sebelah kening lelaki itu terangkat.

"But you're not dead yet." Ejek lelaki itu.

Krak!

Selendang Inaya direntap kasar. Inaya rasa mahu menangis. Namun, dia tahankan saja. Dia tak boleh nampak lemah! Walaupun Inaya malu dengan tuhan. Berkali-kali Inaya beristighfar dalam hati. Memohon ampun kepada tuhan agar diampunkan dosa-dosanya pada ketika ini. Tak lupa juga dia meminta agar dosa Nufail digugurkan. Dia tak mahu Nufail tanggung dosanya kerana dia tak bertudung sekarang.

"See, you' re even prettier without that damn hijab." Kata lelaki itu lagi. Inaya ketap bibir. Menahan air matanya daripada tumpah. Maruah terasa seperti dipijak-pijak biarpun baru beberapa hari dia mula memakai tudung. Maafkan Maleeqa, hubby.

"Ellen, make sure she wears the dress. I need to check the situation outside." Wanita itu mengangguk faham. Ekor mata menghantar pemergian lelaki tersebut sebelum dia memandang Inaya bersama raut wajah simpati. Ellen tak ada kuasa untuk membantu. Silap-silap, mayat dia dihantar ke depan rumah jika dia membantu Inaya melepaskan diri.

Dia kenal Inaya. Nyx. Goddess of the night yang selalu menjadi fenomena dalam dunia tarian sehingga kini.

"Nyx," panggil Ellen perlahan. Inaya memandang Ellen melalui biasan cermin. Sebelah kening diangkat. Dia sudah tiada tenaga mahu bercakap lebih.

"I will try to help you even a little."

darah emas memang wujud ya

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang