37

4.2K 150 6
                                    

SEKITAR ruangan kondominium Nufail dipandang lama. Sudut bibir Inaya terjungkit naik. Mengukir senyuman sinis. Kenapa selama ini Nufail tak biar saja mereka berdua tinggal di sini? Tak adalah dia perlu bersusah-payah hadap sikap buruk bapa mertua sendiri. Inaya berpaling memandang Nufail. Lelaki itu sedang tarik bagasi-bagasi mereka untuk dibawa masuk ke bilik tidur utama.

"Maaf kalau rumah ni banyak kekurangan. Aku dah jumpa banglo untuk kita berdua. Cuma sekarang tengah renovate." Terang Nufail apabila sedar sejak tadi gadis itu masih berdiam diri. Dia takut Inaya tak selesa dengan kondominium ini. Selama ini pun, dia hidup bujang. Sebab itu rata-rata rekaan dalam kondominium ini berwarna hitam. Dinding juga bercat hitam. Tampak elegan, tapi agak suram. Tak sesuai untuk dijadikan kediaman keluarga.

"I okay aje. Asalkan hidup berdua dengan you." Hampir tercekik liur Nufail tatkala mendengar jawapan selamba Inaya itu.

"Kenapa sebelum ni you tak bawa I tinggal sini aje?" Tanya Inaya pula. Sambil itu, langkah diatur ke dapur. Peti ais dibuka. Kosong. Ah, sudah tentulah kosong. Mereka berdua pindah masuk ke sini pun secara mengejut. Perut Inaya sudah berkeroncong lapar.

"Sekuriti kawasan kondominium ini tak berapa nak kuat. Aku risaukan keselamatan kau." Balas Nufail bersahaja. Takkan dia mahu jujur kondominium ini adalah kawasan yang sama dengan tempat tinggal Darya dahulu? Nufail sudah tak sanggup mahu lihat Inaya menggila seperti tadi. Ada baiknya dia tipu sunat. Tapi, bahagian sekuriti tak berapa nak kuat itu. Nufail berkata benar. Kalau tak, kenapa Darya pernah diserang semudah itu saja?

"Kalau kau lapar, kita order grabfood dulu sementara nak beli barang dapur." Sejak tadi lagi Nufail perasan Inaya tengah tenung peti ais lama. Serupa nak tembus. Dia sudah sedia maklum. Inaya memang cepat lapar.

"How about... maggi?" Tanya Inaya sebaik sahaja pintu kabinet atas dibuka. Kebetulan, terdapat dua bungkusan mi segera dalam kabinet. Inaya betul-betul lapar sekarang. Tak sanggup lagi mahu tunggu setengah jam semata grabfood.

"Aku okay aje. Tapi itulah, bawang dengan cili pun tak ada."

"Bila lagi nak merasa makan maggi kosong berdua dengan I?" Nufail sudah kemam bibir. Tahan gelak. Rasa lucu pun ada. Inikah orang kata kehidupan sebenar berumah tangga? Ada masa betul-betul makan sahaja apa yang ada. Seperti sekarang. Selama ini dia dan Inaya tinggal di rumah keluarga dia. Mana pernah merasai pengalaman sebegitu.

"You duduklah dulu. Biar I buatkan." Nufail duduk sambil menongkat dagu pada kitchen island. Dalam diam, dia memerhati Inaya begitu lincah di dapur. Padahal, buat mi segera saja pun. Entah apa yang menarik pun Nufail tak tahu. Mungkin sebab dia tak kenal Inaya sepenuhnya lagi. Jadi, segala tingkah laku Inaya nampak seakan baru pada pandangannya. Selalunya anak manja seperti Inaya ini mana reti buka api di dapur. Semua serba tak tahu. Lain pula dengan Inaya, seolah sudah biasa.

"Kau reti masak apa aje, Maleeqa?" Inaya mendongak. Berfikir sejenak. Dia tahu masak apa ya? Kemudian, sementara menunggu mi segera lembut. Dia pusing tubuh menghadap Nufail.

"Pastry, kek, pasta, masakan kampung boleh jugalah sebab kadang-kadang mummy ada ajarkan dekat dapur. Masa I tolong ibu pun, ibu ada ajar juga. Tapi zaman dah moden, dekat Tiktok pun ada macam-macam resepi." Terang Inaya panjang lebar. Dalam erti kata lain, kalau dia tak reti sekalipun dia boleh usahakan. Inaya mana pantang menyerah kalah. Pasti dia akan cuba sesuatu perkara sampai jadi.

Nufail angkat kening. Impressive. Tak adalah dia risau mana. Kalau tak, dia sudah berkira-kira mahu upah orang gaji. Dia pun tak mahu bebankan Inaya.

"Jadinya kau tak kisahkan kalau aku tak upah orang gaji?" Soal Nufail pula. Nampak gaya Inaya boleh diharap.

"Yes. I tak kisah. I tak mahu ada perempuan lain dalam rumah kita." Tekan Inaya. Orang gaji? Pasti perempuan. Inaya tak suka ada perempuan lain rumah dia dan Nufail. Dengan membayangkan saja Inaya sudah rasa cemburu. Perasaan cemburu gadis itu meruap-ruap. Mungkin Nufail lupa, tetapi Inaya boleh ingatkan semula. Sekali Inaya cintakan seseorang, dia akan menjadi obses. Jadi, Inaya tak akan lari daripada perasaan cemburu yang teramat.

TAP!

Api ditutup apabila air sudah mendidih. Percayalah, kalau ada orang gaji yang mahu menggatal dengan suaminya. Inaya tak teragak-agak mahu simbah perempuan itu dengan air mendidih seperti air panas di hadapannya sekarang. Inaya lebih rela uruskan rumah tangganya sendiri.

"Tapi aku tak nak kau penat. Aku upah orang gaji seminggu sekali masa hari aku bekerja. Okay?" Tanya Nufail lagi. Dia pun tak sampai hati mahu biarkan Inaya kemas rumah seorang diri nanti. Banglo yang sudah dibeli itu boleh dikatakan agak luas. Sudahlah Inaya kecil saja orangnya.

"Kalau macam tu. I okay. I tak nak perempuan lain menggatal dengan you." Mangkuk berisi mi segera dihulur kepada Nufail. Tanpa menunggu, terus Nufail mula makan usai bismillah dibaca.

"I tak teragak-agak nak simbah dia dengan air panas mendidih kalau dia berani menggatal dengan suami I." Serentak. Nufail tersedak kuah mi segera berperisa kari tersebut. Lekas-lekas dia mencapai segelas air sejuk di sisi. Inaya yang sedang fokus menghirup kuah dipandang tak percaya. Kenapa Nufail rasa Inaya sekarang ini lebih menyeramkan?

"Aku nak keluar jumpa Aryan kejap. Kau okay kan duduk seorang diri? Kalau sempat, aku beli barang dapur." Inaya sekadar mengangguk. Setakat duduk seorang saja pun. Inaya tak adalah penakut mana.

"Kalau boleh beli bagi penuh peti ais tau? Beli bahan-bahan baking sekali pun tak apa." Sempat Inaya memesan. Ekor mata sekadar menghantar pemergian Nufail.

Inaya sambung menonton drama Korea yang ditayangkan. Sesekali dia tersengih sendiri. Bantal kusyen juga ditumbuk berkali-kali apabila watak Sunjae itu begitu mabuk cinta akan Im Sol. Inaya nak Nufail jadi macam lelaki itu! Cukup cintakan satu perempuan sahaja seumur hidup.

"Ya Allah indahnya ciptaanMu." Rasa nak tergolek Inaya apabila pelakon lelaki bernama Byeon Wooseok itu sedang tersenyum manis pada kaca televisyen. Tak sangka makhluk tuhan sekacak ini wujud dalam dunia. Tak lama kemudian, Inaya tepuk pipi sendiri. Ingat suami, Inaya. Arden Nufail pun jauh lebih kacak. Tapi...

Arden kita memang kacak!

Dengan pakej imam solat setiap waktu, bersama status suami yang sah lagi. Bertambah galak Inaya berguling atas sofa. Suami kita kacak. You ada suami ke? Tak ada, kan? Kalau tak ada jangan menyibuk!

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now