PISTOL dikeluarkan dari belakang poket. Tanpa disangka, Nufail merupakan ancaman terbesar Chloé. Untuk dapatkan Inaya, Chloé perlu hapuskan Nufail dahulu. Tak habis tercengang dengan pengakuan Nufail tadi. Kini Inaya kembali dikejutkan dengan keberadaan pistol pada tangan Chloé. Tepat menuju ke arah Nufail yang berada di hadapannya. Bibir Inaya bergetar.
Nufail tak boleh mati kerana dia!
"Pistol ni..." ayat Chloé tergantung. Matanya menikam memandang Inaya.
"Dah makan dua nyawa. Datuk kau, dan daddy kau. Aku agak lepas ini, suami kau pula?" Muncung pistol dicium Chloé sekilas. Pistol turun-temurun daripada datuk dan neneknya. Tubuh Inaya menggeletar. Tuan Irsyad dibunuh Chloé? Dan sekarang, Chloé mahu bunuh suami dia pula?
"D-Daddy..." sebut Inaya perlahan.
"Mesti kau pelik, kan? Macam mana aku bunuh Tuan Irsyad sedangkan aku sentiasa ada dengan kau? Ini, tunang aku. Xander yang bunuh. Kami pasangan yang serasi, kan?" Soal Chloé sambil terkekeh ketawa. Bangga.
"Suami kau dengan kau, dah sakitkan tunang aku." Wajah Chloé kembali dingin. Melalui skrin komputer riba, Riyaz berkerut dahi melihat tindak-tanduk Chloé. Perempuan ini ada masalah bipolar ke? Sekejap ketawa, sekejap marah. Celaru betul fikiran dia!
"Daddy kau cerdik sangat. Dia tahu niat sebenar aku. Itu yang aku perlu bunuh. Sekarang ini, suami kau pula cari nahas. Aku dah tak boleh sabar!" Inaya menggenggam sisi baju Nufail erat. Mata mulai berair. Daddy mati sebab dia. Makin berat rasa bersalah membengkak dalam hati Inaya. Masih teringat wajah sugul mummynya. Bagaimana kakaknya, Inara berubah menjadi lebih pendiam selepas kematian daddy.
Namun, tiada siapa pun menyalahkan dia.
Sedangkan Tuan Irsyad mati kerana mahu melindungi Inaya. Inaya terkilan. Selama Tuan Irsyad hidup, Inaya selalu degil. Dia tak pernah dengar kata Tuan Irsyad. Pesanan Tuan Irsyad, ibarat masuk ke telinga kanan. Dan keluar ke telinga kiri. Walaupun dia kuat membentak, Tuan Irsyad tak henti melimpahkan kasih sayang seorang ayah buat dirinya.
"Aku..." Inaya bersuara perlahan.
"Aku takkan benarkan kau bunuh suami aku!" Tempik Inaya. Belum sempat Nufail menghalang, Inaya sudah berdiri di hadapannya. Tangan didepakan. Melindungi si suami daripada disakiti sesiapa. Jangan sentuh walau seinci pun hak aku! Inaya benci sesiapa mendekati dan menyakiti Nufail.
Arden Nufail milik Inaya Maleeqa.
Bukan sesiapa.
"Aww... so sweet. Kalau macam itu, serahkan diri kau. Dan aku janji aku takkan kacau dia lagi." Pinta Chloé. Tanpa teragak-agak, Inaya mahu melangkah. Serah diri. Dia lebih rela serahkan dirinya daripada melihat Nufail berkorban nyawa buat dia. Cukuplah Tuan Irsyad sudah pergi meninggalkan mereka semua. Inaya mahu mereka hidup lama. Tenang tanpa sebarang ancaman berpunca darinya.
Nufail menahan lengan Inaya.
"Stay put, aurora." Arah Nufail dingin.
"Hubby, Maleeqa-"
"Ini arahan aku sebagai suami." Nufail gunakan kuasa vetonya. Bibir Inaya tertutup rapat. Tersepit. Bila Nufail sudah keluarkan arahan seperti ini. Bermakna, dia bakal bergelar isteri nusyuz ataupun derhaka jika dia berdegil mahu meneruskan langkah. Nufail menjeling ke arah kiri. Mencari kelibat Zati. Sejak tadi lagi perempuan itu diam. Apabila sedar kelibat Zati tiada. Nufail mula hairan. Mana Zati?
"Nufail, bertahan kejap. Riyaz tengah cuba pecahkan kod private lift ni!"
Ujar Isaac melalui earpiece tersebut. Riyaz berpeluh dingin. Jari-jemari laju menekan di papan kekunci. Menulis pelbagai jenis kod yang Isaac tak faham apa itu maksudnya. Riyaz membasahkan bibir apabila dia masih belum dapat pecahkan kod tersebut. Ini kepakaran Nufail! Riyaz boleh buat, cuma ia memakan masa. Lainlah dengan Nufail, dia tahu caranya untuk jadikan kod begitu pendek dan mudah untuk dipecahkan.
Kelibat Zati datang dari arah langsir belakang Chloé menarik perhatian Nufail dan Inaya. Jari dilekap pada bibir. Tak mahu keberadaan dia disedari Chloé. Inaya telan liur. Mengapa situasi sekarang begitu tegang? Jantung Inaya berdegup laju. Walaupun dia tak sukakan Zati, dia risau juga jika Zati tersilap langkah. Inaya tak mahu seorang lagi rakannya ditembak semata dia.
Zati pantas menarik lengan Chloé yang dipanjangkan ke depan sambil mengacu pistol ke arah Inaya dan Nufail. Lengan Chloé ditolak ke atas.
"Merde! (Shit!)" Carut Chloé.
Dia dan perempuan tak dikenali itu bergelut. Sesekali tembakan dilepaskan secara rambang tepat di dinding dan siling apabila jari Chloé tertekan picu pistol tatkala bergelut dengan perempuan tak dikenali Chloé itu. Chloé muncul dalam hidup Inaya setelah Inaya terbang ke Perancis. Memulakan karier sebagai penari. Sebab itu Chloé lansung tak mengenali Lara dan Zati. Inaya pun tak pernah bercerita tenang mereka berdua.
Inaya mahu mendekat, membantu Zati namun dihalang Nufail. Jangan buat gila, Maleeqa!
"Biar I tolong Zati, Arden!" Hilang panggilan manja. Inaya cuba melepaskan diri daripada Nufail.
"Jangan buat gila, Maleeqa! Kau isteri aku, bukan dia!" Keras Nufail berkata.
Zati kini menindih tubuh Chloé. Cuba merampas pistol di tangan Chloé. Ini saja caranya dia mahu tebus kesalahan dia kepada Inaya. Dia sudah banyak berbuat salah terhadap Inaya tanpa alasan kukuh. Zati yakin, Inaya tak akan memaafkannya. Sebagai permohonan maaf, dia membantu keluarga Inaya mencari Inaya. Dan sekarang, dia mahu selamatkan Inaya dan suaminya.
Zati ditolak ke tepi. Chloé mulai hilang sabar. Pistol diacu pada Nufail.
BANG! BANG!
Dua das tembakan dilepaskan. Inaya pejam mata. Tak sanggup mahu lihat Nufail ditembak. Air mata Inaya tak henti mengalir. Namun, jantung seakan berhenti berdegup apabila Nufail sedang memeluk tubuhnya erat. Perlahan-lahan, mata dibuka. Inaya mendongak bertentangan mata dengan Nufail. Nafas Nufail laju menampar pipinya.
"S-Siapa..."
Inaya memandang lantai. Sudah basah dengan cecair berwarna merah pekat. Darah!
"Zati..." Nama itu terletus pada bibir Inaya apabila mata menangkap satu tangan yang sedang memakai gelang perak tanda persahabatan mereka suatu ketika dahulu kini terkulai di atas lantai. Zati mati ditembak kerana dia. Tubuh perempuan itu kaku tak bernyawa. Dia ditembak tepat di bahagian dada. Tubuh Inaya sekali lagi menggigil hebat. Nufail memeluk Inaya. Menyalurkan kekuatan dalam diam.
"Giliran kau, Nufail." Kata Chloé penuh dendam. Wajahnya sudah dicemari dengan percikan darah. Nufail menutup mata. Dia redha jika dia mati hari ini kerana melindungi isterinya.
WHOOSH!
Bunyi peluru sniper yang dipasang silencer menyapa gegendang telinga Nufail. Tepat mengena dahi Chloé tanpa sempat peluru dilepaskan kepada Nufail. Chloé rebah menyembah bumi. Tubuh Chloé terbaring kaku di sebelah Zati. Nafas lega kedengaran dari arah pintu dewan. Ternyata Isaac dan Riyaz baru sampai ke situ bersama pihak interpol yang lain.
Nufail melepaskan pelukan. Kot dibuka sebelum diletak ke atas kepala Inaya cermat.
Syukur, Ya Allah.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...