35

10.5K 332 9
                                        

LYDIA sudah angkat kening apabila mata menangkap susuk tubuh Nufail sedang menuruni tangga bersama seorang gadis di sisi. Tangan mereka juga bertaut erat. Dia agak, gadis itu jauh lebih muda daripada mereka berdua. Namun, dia hairan. Takkanlah Tuan Nuqman benarkan Nufail pegang tangan mana-mana perempuan sesuka hati. Lain pula dengan Tuan Nuqman. Lelaki tua itu sudah mengetap rahangnya kuat. Sakit mata melihat permandangannya sekarang. Degil kau kan, Inaya?

"Kenapa abah pang- Lydia?" Soalan Nufail terhenti apabila seraut wajah yang amat dikenali kini berada di ruang tamu rumahnya. Mana dia tak kenal. Perempuan ini merupakan bekas kekasihnya dan juga kawan baik Darya ketika bersekolah dahulu.

"Hai Pael!" Sapa Lydia pula. Sebenarnya, dia datang sini pun atas permintaan Tuan Nuqman. Bapa Nufail itu menjemput dia untuk makan malam di rumah keluarga mereka. Lydia pula tak keberatan lansung. Dia pernah kenal rapat dengan keluarga Nufail ini. Tapi dia tak perasan pula Nufail ada lagi seorang 'adik' perempuan.

Wajah gadis di sisi Inaya dia cuba amati. Macam kenal. Tapi siapa ya?

"Nyx?" Terpancul jua nama itu dari bibir Lydia. Masakan dia tak kenal gadis cantik itu apabila wajah gadis cantik itu sentiasa menghiasi majalah kecantikan. Inaya sudah tersenyum nipis. Dalam diam, sedaya-upaya tautan tangan Nufail cuba dileraikan. Dia tak mahu Tuan Nuqman membencinya lagi dan lagi.

"Apa relay kau dengan dia, Pael?" Soal Lydia apabila perasan begitu erat Nufail menggenggam tangan Inaya. Manakala gadis itu pula bersungguh mahu melepaskan tautan tangan mereka. Setahu dia, Nufail bukan jenis lelaki yang suka pegang tangan anak dara orang sesuka hati.

"Dia-"

"Kawan Aisha. I kawan Aisha. Nice to meet you, Lydia." Pintas Inaya. Dia mahu lihat sejauh mana Lydia ini bakal merenyam dengan Nufail. Sekali rentap, tautan tangan Nufail dilepaskan. Tangan disua ke Lydia. Mahu salam perkenalan. Nufail sudah pandang Inaya tak percaya. Dan Tuan Nuqman pula sudah simpan senyum. Nasib kau faham, Inaya.

"Nice to meet you too, Nyx. Dah lama I tengok you dalam media sosial. Memang kecantikan you tak dapat dinafikan lagi." Ikhlas Lydia memberi pujian. Dalam diam, dia masih tertanya apa hubungan gadis ini dengan Nufail?

Belum sempat Inaya mahu melangkah pergi, Nufail sudah merangkul pinggang gadis itu dahulu. Pandangan Tuan Nuqman dan Lydia, lansung diabaikan. Suka hatilah bini aku.

"Where are you going, Maleeqa?" Tanya Nufail dingin. Pelik bila Inaya seolah mahu menjarakkan diri darinya sejak tadi. Sebab Lydia ke? Bukan tadi dalam bilik dia sudah beritahu Inaya ke bahawa dia dan Lydia sudah lama tak ada apa-apa hubungan. Secebis perasaan dia terhadap Lydia sudah tiada.

"I nak tolong Aisha dengan ibu dekat dapur." Inaya cuba beralasan.

"I ikut." Jangan hairan. Depan keluarga mereka memang Nufail bahasakan dirinya sebegitu dengan Inaya. Lydia pula sudah pandang mereka berdua dengan penuh minat. Kenapa dia rasa Nufail dan gadis bernama Maleeqa ini sedang bercinta, ya? Jika ya dia tumpang gembira untuk Nufail. Sudah lama dia tak dengar lelaki itu berminat untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa.

"I pergi dapur, Arden." Inaya menegah. Kening Lydia sudah terangkat sebelah. Arden? Wah. Perlukah dia tanya Darya selepas balik nanti? Ada apa-apa berita yang dia ketinggalan ke tentang Arden Nufail ini?

"Nufail, duduk. Takkan kamu tak mahu berbual dengan bekas teman wanita kamu ini." Arah Tuan Nuqman pula. Sengaja perkataan bekas teman wanita ditekankan. Bagi menyedarkan posisi Inaya sekarang.

"Lydia cuma bekas teman wanita achik, abah. Betul tak, Lyd? Kita sekadar berkawan biasa." Laju Lydia mengangguk. Inaya pula sudah memboloskan diri. Tergeleng-geleng kepala Nufail. Apalah budak itu fikir sampai sanggup mengaku kawan Aisha pada ketika ini?

"Kenapa awak tak duduk depan dengan achik sekali, Inaya?" Tanya Aisha sebaik sahaja Inaya menyelit di sebelahnya. Puan Hanisa sekadar memasang telinga. Padahal dia tahu. Inaya memang suka hulurkan tangan membantunya di dapur. Inaya memang rajin. Dia akuinya. Kadang-kadang, bermacam makanan untuk sesi minum petang dibakar Inaya. Menantunya itu mempunyai bakat terpendam dalam pastri. Cuma Inaya sahaja suka merendah diri.

"Saja, nak tolong ibu dengan you." Balas Inaya bersahaja.

"Patutnya kamu teman aje suami kamu kat depan, Maleeqa." Ujar Puan Hanisa.

"Suami?" Terkejut bukan kepalang dibuat Lydia yang baru muncul pada waktu itu. Niatnya tadi mahu membantu ibu Nufail di dapur. Tak sangka pula dia dapat dengar perbualan mereka di dapur. Lebih mengejutkan lagi, dia sangka Inaya sekadar teman wanita Nufail. Ternyata lebih dari itu. Damn, betul-betul perempuan cantik luar biasa menjadi pilihan Nufail. Getusnya dalam hati.

"Lah... kamu tak tahu ke, Lydia? Memang Inaya Maleeqa ini isteri sah Nufail." Terang ibu pula. Inaya sudah tersenyum kekok. Baru saja tadi dia kelentong kata dia kawan Aisha.

"Dia cakap tadi dia ini kawan Aisha, aunty. Manalah Lyd tahu."

"Kamu ni, Maleeqa! Apa tak mengaku isteri. Ibu cubit pinggang baru tahu." Bebel Puan Hanisa. Padanlah Lydia terkejut pun.

"Nama you Inaya Maleeqa ke?" Rasa ingin tahu Lydia makin membuak. Bukan dia tak tahu gadis bergelar Nyx ini tak pernah dekat dengan mana-mana lelaki. Tahu-tahu sudah selamat berkahwin dengan bekas teman lelakinya. Lagilah dia terkejut dua kali ganda. Lain macam kejutan kali ini!

Inaya anggukkan kepala. Dah orang tanya, kita jawab.

"Umur you berapa?" Soal Lydia lagi.

"23 tahun." Membulat mata Lydia. Melampau betul si Nufail ini! Dia rembat perempuan muda terus! Rasanya dulu paling muda bekas teman wanita Nufail sebelumnya pun, muda setahun. Ini sampai empat tahun? Lydia rasa nak pitam. Rasa kelakar pun ada. Mungkin sebab wajah cantik Inaya nampak begitu muda dan suci. Bila bergandingan dengan Nufail yang dingin nampak seperti adik dan abang.

Puan Hanisa dan Aisha sudah tinggalkan mereka berdua di dapur. Membiarkan dua wanita itu berbicara sesama sendiri.

"Kenapa? Tak boleh ke? I rasa umur I legal untuk berkahwin dengan Arden." Bidas Inaya. Itulah dia, sisi lain Inaya yang orang tak tahu. Lydia sudah kemam bibir. Lucu. Pasti isteri Nufail terfikir yang dia mahukan Nufail juga, kan? Minta simpang malaikat 44! Serik nak hadap lelaki hati batu.

"Kalau I nak dia juga macam mana? You know... Kami dah kenal lama. Mesti lebih mudah untuk kenal hati masing-masing. I boleh jadi nombor dua!" Uji Lydia. Dalam hati, bergolek dia ketawa. Comel pula isteri Nufail ini. Nampak sisi protektif dia terhadap Nufail.

"Langkah mayat I dulu. I takkan benarkan I diduakan selagi I tak mati. I sanggup buat apa sahaja walaupun I perlu cemarkan imej I sendiri." Keras Inaya memberi amaran. Dia tak teragak-agak mahu pertahankan hak miliknya.

Nufail milik Inaya.

"Woo... relax little girl. I tak gila lagi mahu rampas suami orang. Perasaan I dekat dia pun dah lama mati." Lydia rasa seram pula dengan Inaya. Cara Inaya memberi amaran. Tak ubah seperti perempuan psiko. Bersama pisau di tangan sedang memotong cili. Silap haribulan, entah-entah pisau itu boleh terbenam ke dalam kulitnya.

Wajah dingin Inaya kembali manis. Makin meremang bulu roma Lydia. Serupa Inaya ini ada dua personaliti.

"Oh, baguslah begitu."

Eloklah dia dan Nufail berpasangan!

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang