39

9.8K 347 3
                                        

DENGAN pandangan tajam. Inaya merenung jam yang tergantung di dinding. Rutin Inaya setiap hari sejak dia tinggal berdua dengan Nufail. Dia akan tunggu suaminya pulang ke rumah. Jam mula menginjak ke angka 9 buatkan Inaya mula berang. Sejak bila Nufail pulang dari pejabat selewat ini? Rasanya selalu paling lewat pun pada pukul 6 petang. Dengar sahaja pintu sedang diakses. Mata Inaya terpaku pada pintu rumah.

"Assalamualaikum, Maleeqa." Inaya menjawab salam dengan senang.

Nufail yang tampak keletihan itu melangkah masuk ke dalam rumah bersama helmet di sisi. Sambil itu, Nufail melepaskan keluhan panjang. Lega tatkala kaki menjejak masuk ke rumah. Terus Inaya bangun dari duduk.

"You balik lambat? Banyak sangat ke kerja you dekat office?" Inaya kini menghampiri Nufail. Tubuh tegap Nufail dipeluk kejap dari tepi. Nufail kerutkan dahi. Dia tak selesa. Badannya melekit. Sejak siang tadi dia masih belum mandi. Spontan, tubuh Inaya ditolak sedikit. Mengelak dari dipeluk Inaya. Pada masa-masa ini dia agak serabut. Tambah lagi dengan hal di pejabat. Dengan hal Inaya lagi.

"Ya, Maleeqa. Aku penat. Banyak sangat kerja dekat office. Kenapa kau tunggu aku balik?" Bukan Nufail tak perasan. Setiap hari Inaya sambut kepulangan dia. Mula-mula dia terasa agak janggal. Tapi dia lama-lama sudah terbiasa.

"I mana boleh tak tunggu you. Siapa nak jaga you kalau I tak ada? Siapa nak pastikan you selamat? I risau... bila you keluar terlalu lama." Inaya sudah obses dengan Nufail. Terlalu obses. Dia rasa seolah tak boleh bernafas selagi dia tak nampak batang hidung Nufail. Inaya mahukan Nufail setiap masa. Tangan naik merangkul lengan Nufail. Sebelah lagi tangan Nufail sudah naik garu kepala.

"Kau dah solat isyak?" Tak ada cara lain. Nufail rasa dengan cara ini sahaja dia dapat hindar Inaya daripada berfikir bukan-bukan. Terus dia memimpin Inaya masuk ke bilik. Gadis itu didudukkan ke atas katil. Inaya sudah pandang Nufail tak berkelip.

"Bagi aku mandi, lepastu kita solat isyak sama-sama okay?" Pujuk Nufail lembut. Bukan dia tak sedar, semakin hari Inaya semakin obses akan dirinya. Puas dia berfikir bagaimana caranya untuk kurangkan sifat obses Inaya terhadap dirinya itu. Bukan Nufail tak suka bila ada isteri yang obseskan dia. Cuma, tak elok.

"Okay, I tunggu. You mandi cepat sikit tau," pesan Inaya.

Usai menunaikan kewajipan. Nufail duduk menghadap Inaya. Sebenarnya, dia agak mengantuk. Tetapi, sudah menjadi kebiasaan untuk dia beri tazkirah ringkas buat Inaya memandangkan gadis itu tak pernah solat di masjid. Nufail pun tak mahu ambil risiko mahu dedahkan Inaya di luar. Dengan selamba, Inaya baringkan kepala ke atas peha Nufail. Bersedia mahu pasang telinga. Telekung sudah dicampak ke tepi.

"Have you... ever heard that Islam does not encourage extreme obsessiveness in every person, aurora?" Soal Nufail. Dia rasa, dengan cara ini mampu lembutkan hati Inaya agar faham akan teguran halusnya. Nak tegur Inaya, ibarat menarik rambut dalam tepung. Nufail perlu lakukannya dengan berhati-hati agar situasi yamg rumit mahupun sensitif tak tercetus.

Inaya menggeleng polos.

"Dalam Islam, sifat obses tak digalakkan. Kerana ia boleh mengganggu keseimbangan dan kewarasan seseorang. Islam menerapkan kesederhanaan, ketenangan dan pengawalan diri dalam setiap aspek kehidupan." Sesekali helaian rambut Inaya ditolak ke tepi. Nufail mengukir senyuman nipis. Ikhlas. Sehinggakan lesung pipit pada pipi kirinya mula timbul.

"You ada dimple," tegur Inaya. Baru dia sedar raut wajah tampan Nufail terdapat satu kecacatan yang indah. Sama seperti Aisha. Dengan perlahan, tangan naik menyentuh lekuk tersebut.

"Sifat obses ini muncul bila perasaan gelisah dan sikap terlalu memikirkan sesuatu perkara itu secara melampau. Dan antara cara untuk tenangkan hati adalah dengan solat dan juga zikir. Solat sunat banyak sangat, Maleeqa. Kita boleh luangkan masa lapang untuk berhubung dengan Allah supaya Allah bantu hilangkan sikap kegelisahan dan overthinking melampau itu." Terang Nufail lagi.

"Lagi?" Inaya suka dengar Nufail bercerita sebegini. Suara parau itu jauh lebih tenang ketika menyampaikan ilmu agama. Selalu nada suara Nufail dingin sekali. Tapi seksi. Mana-mana pun Inaya suka.

"Zikir. Zikir yang berterusan kepada Allah juga dapat tenangkan hati. Dalam Islam, zikir dan doa membantu kita menjaga fikiran daripada fokus kepada sesuatu bersifat sementara. Selain itu, kita boleh amalkan wasatiyyah yang bermaksud kesederhanaan. Bersikap wasatiyyah membantu menghindari setiap perkara yang berlebihan. Ada dalil mengatakan, Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat pertengahan (wasatiyyah). Dalam surah Al-Baqarah ayat 143." Nufail berdehem di hujung ayat. Membetulkan anak tekak.

"Can you teach me to recite quran later?" Inaya rasa tertarik. Nufail selalu sebutkan dalil ketika 'bercerita'. Selalunya dia hanya baca muqaddam. Itu pun sebab mahu hafal surah-surah lazim.

"Sure. Dengan senang hati aku boleh ajar isteri aku baca al-quran nanti." Balas Nufail pula. Rasa teruja mula menyusup ke dalam hati bila Inaya selalu tertarik untuk belajar lebih lagi dengannya.

"Sambung lagi, please."

"Hindarkan diri daripada perasaan was-was. Was-was adalah bisikan syaitan yang akan buat kita ragu-ragu, gelisah, atau obses dengan sesuatu perkara. Islam mengajar kita menghindari was-was dengan memperkuatkan keimanan, mengabaikan keraguan tak berasas, dan terus mempercayai keputusan yang telah dibuat. Can you imagine kalau kau rasa ragu-ragu dalam solat? Mesti kita lupa rakaat ke berapa, kan?" Inaya angguk laju. Kadang-kadang rasa mahu jerit kuat-kuat halau syaitan itu daripada terus ganggu dia solat.

"Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi aku akan terangkan satu aje lagi sebab suami kau ini dah mengantuk, Maleeqa." Mulut ditekup apabila dia mula menguap. Inaya pula sudah terkekek ketawa. Barai-barai pun ada effort nak tazkirah dekat kita!

"Aku tekankan, kita perlu bersyukur dan berpuas hati dengan ketetapan Allah. Sifat obses biasanya sebab ketidakpuasan ataupun ketakutan yang berlebihan. Islam mengajar betapa pentingnya bersyukur dan menerima ketetapan Allah dengan hati yang terbuka. Orang yang sentiasa bersyukur akan lebih tenang dan tak mengejar kesempurnaan yang melampau. Daripada surah Ibrahim ayat ketujuh, Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah nikmat kepadamu. Jadi, belajar untuk bersyukur ya, Maleeqa sayang?" Hidung Inaya dicuit sekilas.

Pipi Inaya pula sudah berona merah.

"Jom tidur, Maleeqa? Aku tak larat sangat-sangat sekarang ni." Adu Nufail tanpa sedar. Dia rasa mahu tidur puas-puas. Inaya sudah bangun dari baringan. Nufail juga turut bangun. Belum sempat Nufail mahu angkat sejadah, Inaya sudah tahan dahulu.

"Tak apa, biar I lipatkan. You tidurlah."

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang