3

9.8K 374 15
                                        

DAHI Nufail berkerut. Kenapa dia tak perasan polaroid itu tercicir semalam? Rasanya selama 10 tahun ini, dia sentiasa simpan rapi polaroid tersebut. Tak ada yang menarik. Cuma gambar dia bersama Darya dan Aryan ketika malam prom. Dia simpan kerana gambar itu menggamit pelbagai memori. Nufail suka hargai setiap memori dan kenangan yang ada. Bagi dia, setiap kenangan itu berharga.

He's the kind of man who holds onto the past like a precious gift, never letting the small moments slip through his fingers.

"I kutip dekat atas tanah. Terjatuh kut," teka Inaya pula. Bibir digigit resah. Kenapa Nufail tampak seolah mahu memarahi dirinya?

"Macam mana kau datang sini?" Soal Nufail lagi. Kalau ya pun Inaya mahu kembalikan polaroid tersebut. Macam mana gadis itu boleh sampai ke pejabat dia? Serentak, perlahan-lahan Inaya letakkan kad bisnes Nufail di sebelah polaroid tadi. Dia merenung Nufail dengan penuh minat. Setiap perubahan riak wajah Nufail begitu menarik perhatiannya. Sekejap tegang, kemudian berkerut, selepas itu penuh tanda tanya pula.

"Kad bisnes ni ada terjatuh sekali dengan polaroid you." Inaya beritahu tanpa menunggu soalan Nufail. Dia dapat agak Nufail akan tanya dari mana dia dapat kad bisnes itu.

"Oh," pendek sahaja balasan Nufail. Inaya sudah tercengang. Kalau lelaki lain beria mahu teruskan perbualan dengan dia. Tapi Nufail seolah mahu terus tamatkan perbualan mereka. Tapi Inaya suka. Bagi dia personaliti lelaki seperti ini menarik. Sangat-sangat menarik. Dia tak perlu risau nanti jika lelaki ini berdepan dengan perempuan lain. Cara Nufail layan dia pun tahu lelaki ini tak suka layan perempuan. Fikir Inaya.

"You tak kenal I?" Tanya Inaya pula. Dia nak juga tahu samada Nufail kenal dia atau pura-pura tak kenal.

"Kau srikandi Islam ke?" Pedas. Serta-merta bibir Inaya terkatup rapat. Tak sangka pula balasan Nufail begitu menusuk ke hati. Dia akui, dia agak sentap sedikit. Kalau bukan sebab dia suka lelaki di hadapan dia sekarang. Mungkin dia sudah menangis. Tak pernah orang bercakap kasar dengan dia macam ini, tahu?

"Tak. Tapi I Nyx. I'm a dancer. The famous one." Inaya berlagak tenang.

Nufail kembali sambung lakukan kerja yang tergendala tadi. Secara tak lansung dia mengabaikan Inaya. Dia tak berminat lansung mahu berborak dengan Inaya. Buang masa. Bagi dia, Inaya sama sahaja dengan tipikal perempuan di luar sana. Terhegeh-hegeh mahu mencuba nasib. Terdesak. Dia lebih sukakan perempuan yang selamba. Tak kontrol ayu. Lebih suka menjadi diri sendiri. Macam Darya.

"Okay."

"You memang tak nak bercakap dengan I ke, Arden?" Sebelah kening Nufail terangkat. Arden? Sejak bila pula dia benarkan sesiapa panggilnya Arden? Rasanya belum pernah lagi. Nufail toleh ke arah Inaya. Gadis itu sudah pandang Nufail hairan. Dia ada tersilap cakap ke?

"Why are you staring at me like that?" Inaya bertanya polos.

"Kau panggil aku apa tadi?"

"Arden. Nama you kan Arden Nufail. I rasa I tak salah sebut lagi." Balas Inaya. Jantung sudah berdegup laju. Renungan Nufail terlalu menikam. Sepasang mata lelaki itu gelap. Secara umumnya, warna mata orang Melayu berwarna coklat cerah mahupun terang. Namun, sepasang mata Nufail seolah coklat kehitaman.

Persis laut di malam hari.

Belum sempat Nufail buka mulut, pintu dikuak dari luar. Serentak Nufail dan Inaya menoleh. Mahu lihat hamba tuhan mana begitu berani ceroboh pejabat Nufail pada waktu ini.

"Pael! Kau-" Mulutnya terkunci. Dia memandang Nufail dan Inaya bersama seribu satu persoalan. Sejak bila jantan ini reti bercakap dengan perempuan? Selama dia mengenali Nufail, kali terakhir dia nampak Nufail ada teman wanita ketika mereka masih bersekolah. Tak lama kemudian, hujung bibir terjungkit. Mengukir senyuman sinis.

Seperti sedang mengejek Nufail.

"Macam aku dah ganggu kau ora-"

"Masuk, Yan." Baru Aryan mahu tutup pintu semula. Terus tak jadi. Dia masuk ke dalam pejabat Nufail. Dia pandang Inaya sekilas. Gadis itu lansung tak lepas memandangnya. Aryan mula rasa janggal.

"Aku nak pergi tandas kejap." Pamit Aryan sebelum keluar meninggalkan mereka berdua. Dia dapat bayang Darya bakal ungkit tujuh keturunan kalau tahu gadis di hadapan Nufail tadi tak lepas merenungnya. Mimpi ngeri! Silap-silap dia perlu tidur luar.

"Suami orang." Ucap Nufail sebaik sahaja Aryan pergi. Dia berdecit sinis. Perempuan. Pantang betul tengok lelaki kacak. Inaya berdehem. Dia akui lelaki tadi kacak. Dia setia pada yang satu okay. Mestilah orang itu Nufail. Cuma dia tenung sebab mahu cam Aryan. Rasanya lelaki itu turut sama ada dalam polaroid tadi.

"Dia kawan you yang ada dalam polaroid tu eh?" Inaya sudah pasang wajah ingin tahu.

"Ya, perempuan tu isteri dia." Jawab Nufail pula. Dia pun tak tahu kenapa dia jawab juga soalan Inaya. Padahal sekarang ini dia rasa mahu campak Inaya dari tingkat 47 yang mereka sedang duduki. Serabut betul perempuan banyak mulut! Seolah tahu Inaya mahu teruskan sesi soal jawabnya, Nufail terus bersuara terlebih dahulu.

"Maleeqa."

"Ya?"

"Balik," halau Nufail.

"You tak ada rasa nak balas budi I ke?" Tanya Inaya. Kenapa Nufail lepaskan peluang? Lelaki kan suka kalau ada peluang macam ini? Manalah tahu Nufail mahu belanja makan tengahari ke, makan malam ke sebagai balasan. Dia harapkan balasan begitu. Mungkin sebab dia tak kenal Nufail sebetulnya.

"Kau tolong tak ikhlaslah ni?" Nufail tolak lidah ke dalam pipi.

"B-bukan, maksud I...I cuma er..." Inaya mati kata. Lidahnya kelu. Tak tahu nak beri alasan apa pula. Aura Nufail terasa semakin dingin. Inara telan liur.

"Keluar."

Inaya bingkas bangun. Dia tundukkan badan sedikit tanda mahu pamit pergi. Dia tak mahu rosakkan mood Nufail lagi. Kalau hari ini tak boleh. Tak apa. Dia ada hari-hari lain lagi. Lagipun dia sentiasa lapang pada waktu siang. Latihan tarian kebiasaannya dilakukan pada malam hari.

Dia digelar Nyx bersebab. Menari adalah hobi Inaya. Sejak kecil lagi tubuhnya lembut meliang-lentok tatkala mempersembahkan tarian. Bermula dari tarian ballet, flamenco, tango, salsa dan juga Kabuki. Semuanya dia sudah pakar. Kemunculan pertama Inaya ketika dia berumur 15 tahun. Pertandingan itu diadakan pada waktu malam. Dia tak perkenalkan diri lansung sebaik sahaja tarian ballet tamat.

Namun, gerakan tariannya begitu sempurna pada malam itu sehingga rata-rata penonton menggelar dia, Nyx. Bererti dewi malam menurut dewa dan dewi Olimpus Mitologi Yunani. Sehingga hari ini nama pentas itu sudah sebati dengan Inaya. Gadis ini sudah berusia 23 tahun sekarang.

Aryan yang baru masuk ke pejabat Nufail semula terkebil-kebil melihat mereka berdua. Apa hal pula dengan si Nufail ni?

"Kau bukakan pintu luas-luas untuk dia, Yan. Ada tuan puteri perlu disambut keluar." Perkataan 'tuan puteri' ditekan Nufail.

"Nanti Arya marah akulah, Pael!" Bentak Aryan. Bukan takut isteri. Tapi dia tak mahu Darya berdingin dengan dia. Aryan tak sanggup. Nak pujuk Darya memerlukan seribu satu effort. Tambah pula sejak dua menjak ini Darya lebih kuat merajuk.

Aryan buntu!

Inaya pandang dua jejaka itu hairan. Rasanya dia boleh keluar sendiri. Si Nufail ini melebih-lebih pula. Nufail bangun dari kerusi. Dia mendengus seraya menolak bahu Aryan ke tepi. Pintu dikuak luas. Dia renung Inaya tajam. Bersama wajah datar.

"Keluar." Berdesup Inaya berlari keluar. Nufail hempas pintu kuat.

"Kau apa hal?" Tanya Aryan.

"Tak payah menyibuk."

Your honest opinion
about this story?

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang