TANGAN Nufail mengepal penumbuk. Terus meja menempatkan mereka berdua dihentak kuat menggunakan buku lima. Serentak, bahu Inaya naik terjungkit. Kenapa Nufail nampak marah? Rahang Nufail mengetat. Dahi dan leher Nufail sudah timbul urat menghijau. Terlalu ketara Nufail sedang menahan diri daripada melepaskan amarah. Nasib mereka berdua berada di meja bahagian luar kafe terkemuka di kota Paris ini.
Kalau tak, mesti orang dah pandang serong.
"How many times do I have to remind you, aurora? Do not talk with anyone. And do not trust any!" Keras Nufail memberi amaran. Inaya diburu. Keselamatan isterinya sungguh terancam. Dia tak dapat bayangkan jika Inaya tiada di sisinya. Tetapi Inaya. Kenapa budak ini begitu degil? Dia sedar atau tak Nufail cuba melindungi dia?
"Hubby, Maleeqa cuma bercakap dengan bekas kawan baik Maleeqa. Dia bukan sesiapa. Takkanlah dia nak culik Maleeqa kut. Yang hubby paranoid sangat ni kenapa?" Bentak Inaya. Tak puas hati bila Nufail tak henti salahkan dia. Dia cuma 'bercakap' dengan Lara. Itupun peremuan itu yang tegur Inaya dahulu. Kalau tak memang Inaya takkan tegur orang sembarangan.
Tangan Nufail naik memicit dahi.
Serabut! Sampai naik pening kepala Nufail. Pada masa-masa genting sekarang Nufail memang tak boleh percayakan sesiapa. Inaya pula terlalu polos. Lagi menambahkan kerunsingan Nufail. Entah Inaya mahir seni pertahankan diri atau tak. Nufail pun tak tahu. Nak mengajar. Tapi Nufail rasa Inaya terlalu lembut. Susuk tubuh lembut seorang penari mahu belajar berlawan?
Silap haribulan, bukan Inaya yang pitam. Sebaliknya dia!
"Yes, aku paranoid! Kenapa? Itu semua demi keselamatan Maleeqa! Walaupun dia bekas kawan baik kau, kita tak tahu ada apa dalam fikiran dia. Boleh aje dia jumpa kau masa kita dekat Malaysia. Tapi kenapa baru sekarang dia nak jumpa dan minta maaf?" Hambur Nufail. Inaya sudah berkerut dahi.
"Kan dah cakap kebetul-" Belum sempat Inaya habiskan kata-katanya, Nufail sudah pintas dahulu.
"Nonsense. You are Nyx, Maleeqa. Berita tentang kau, dah tersebar luas. Mestilah dia sanggup terbang ke sini. Cari kau. Ada kau fikir tak pasal semua itu?" Inaya terdiam. Apa yang dikatakan Nufail. Betul belaka. Sedangkan dia pun tak terfikir begitu. Nufail menghela nafas. Betullah. Inaya terlalu suci untuk faham semua ini. Dia masih boleh berfikir positif.
Nufail mengerling ke arah jam dipergelangan tangan. Ada lagi satu jam sementara wayang dimainkan. Dia sendiri mahu bawa Inaya keluar hari ini. Cuma, Nufail jadi triggered bila ada orang asing mula ganggu Inaya iaitu Lara.
"Perempuan itu ada ayah tak?" Soal Nufail tiba-tiba. Inaya tampak sedang berfikir. Kemudian sepasang mata Inaya memandang Nufail semula.
"Tak ada. Sejak dulu lagi dia tinggal dengan mak dia." Jelas Inaya.
"Khaira Alara Binti Khalid." Inaya bingung. Betullah itu nama panjang Lara. Dan bagaimana Nufail boleh tahu? Inaya mana pernah beritahu Nufail. Nufail tersenyum senget. Sejak awal lagi dia dah rasa pelik. Tak hairanlah Dato' Khalid agak 'senyap' sekarang. Rupanya dia hantar anak dia sebagai pengantara.
Sial.
"How... did you know?"
"Dia anak Dato' Khalid. Selama ini Dato' Khalid sembunyikan kewujudan anak dia bersama bekas isteri dia. Sekarang kau dah faham kan kenapa aku marah sangat?" Nufail bersuara tenang. Tak ada gunanya dia berkasar dengan Inaya. Jika Inaya tak tahu apa erti sebenar dunia kehidupan yang kejam ini. Dengan rela hati Nufail akan mengajar isterinya. Silap keluarga Inaya, kerana terlalu menyembunyikan realiti kehidupan Inaya daripada Inaya.
Inaya sudah mati kata.
"Lepasni, dengar cakap aku, okay?" Perlahan-lahan, Inaya mengangguk.
"Macam mana hubby tahu?" Inaya masih tak dapat tutup sifat ingin tahu dia. Hairan. Nufail ini siapa sebenarnya? Manakala Nufail pula sudah angkat sebelah kening. Berlagak. Kemudian lelaki itu sandarkan tubuh pada kerusi. Tangan juga sudah memeluk tubuh.
"That is the privilege of being a software engineer, aurora." Kerana semua maklumat, terletak di hujung jari Nufail walau sesulit manapun maklumat tersebut.
Well, let's say because he is Arden Nufail.
Inaya menjuih bibir. Berlagak betul si Arden ini! Mentang-mentang dia genius! Sampai Inaya pun rasa diperlekehkan. Begini rupanya rasa duduk dengan orang pandai. Selama ini bila berada dengan Inara dan Isaac, dia tak rasa sangat. Bila dengan Nufail, makin terasa betapa kecilnya diri ini.
"Hey mr. Do you want me to take a picture of you and your girlfriend? The price of one polaroid is only 2.15 euro." Sapa seorang gadis berbangsa Perancis bersama kamera polaroid di tangan. Terselit juga pelat bahasa Perancisnya dalam berbahasa Inggeris. Nufail sudah pandang Inaya. Bulat mata Inaya memandang Nufail dengan penuh berharap. Nufail tersenyum nipis sebelum memandang gadis itu semula.
"Sure."
"S'il te plaît, fais-en deux! (Please make it two!)" Celah Inaya. Sambil bercakap, Inaya memberi isyarat dua jari. Sebelah kening Nufail terangkat. Inaya boleh berbahasa Perancis?
"Bien sûr, mademoiselle. (Sure, miss.)" Berkerut-kerut dahi Nufail cuba memahami bahasa asing tersebut. Apa yang aneh sangat bahasa Perancis ini, ya? Dan bagaimana Inaya boleh belajar dengan mudah? Kalau disuruh Nufail. Mahu pecah otak! Rela lagi dia hadap kod-kod program komputer riba.
"Hubby, kita berdiri dekat situ! Walaupun jauh kita boleh ada gambar dengan background Eiffel Tower!" Dengan pasrah, Nufail membiarkan Inaya menarik tangannya. Asalkan kau bahagia sajalah, budak.
Nufail spontan mengalih kelopak bunga di atas rambut Inaya. Entah dari mana datang pun Nufail tak tahu. Belum sempat Nufail memandang ke depan, gadis itu sudah tangkap momen tersebut.
Klik!
Tak lama kemudian, sekeping gambar keluar dari kamera polaroid tersebut.
Cantik.
"Macam mana kau tahu berbahasa Perancis?" Soal Nufail sambil berjalan menggenggam erat tangan kecil Inaya. Takut sungguh Inaya hilang dari pandangannya. Inaya menghayun kecil tangan mereka berdua. Hihi, kita dating dengan boyfriend halal dekat Paris!
"Sejak sekolah menengah lagi Maleeqa banyak perform dekat negara ni. Bila dah lama sikit, Maleeqa rasa susah nak berinteraksi dengan peminat. Maleeqa belajarlah dengan Chloé." Nufail mengangguk faham. Baiknya alahai. Sempat lagi fikirkan peminat dia faham ke tak bahasa Inggeris. Tapi ada benarnya, bangsa Perancis ini mengagungkan bahasa ibunda mereka. Sehingga ada yang tak faham lansung dengan bahasa Inggeris. Sedangkan itu merupakan bahasa universal.
"Impressive." Komen Nufail pendek.
"Hubby, tolong ambilkan gambar Eiffel Tower, boleh? Phone Maleeqa habis battery." Pinta Inaya. Terus Nufail keluarkan telefon dari dalam poket. Tangan Inaya dilepaskan sebelum dia kebelakang beberapa langkah.
Tanpa Inaya sedar, gambarnya sedang dongak memandang pokok-pokok di sekitar kawasan Eiffel Tower diambil Nufail. Spontan senyuman kecil terbit di bibir Nufail. Sempurna. Bukan sahaja gambar Eiffel Tower, malah sekali dengan Inaya.
Nufail berdehem apabila jantung mula memainkan irama. Belum lagi, Nufail. Belum masanya lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...