Paris, 1980.
ADRENALIN merembes laju ke seluruh tubuh. Aurélie memeluk tubuh anaknya yang baru berusia 3 tahun itu erat. Dia menekup mulut Maria rapat. Tak mahu anaknya mengeluarkan sebarang suara. Risau didengari pasangan gila yang sedang menceroboh rumah percutian keluarga mereka. Suaminya, Alexandre tiada di rumah. Lelaki itu keluar pergi membeli barang dapur. Kuat Aurélie berharap agar suaminya itu tak pulang ke sini dalam masa terdekat.
Pasangan gila itu merupakan datuk dan nenek Chloé.
Mereka berdua sekarang berada dalam almari. Menyorok agar tak dijumpai. Sedaya upaya Aurélie cuba melindungi anaknya. Kepala Maria disembam pada dadanya. Maria menekup kedua belah tapak tangannya pada telinga erat. Biarpun dia masih kecil, dia tahu situasi ini begitu menakutkan. Peluh menitik di dahi.
Percutian keluarga menjadi sebuah tragedi.
Apabila pintu almari dibuka dari luar. Berderau darah Aurélie. Tubuh anaknya dipeluk kuat. Aurélie memberanikan diri. Bertentang mata dengan pasangan gila itu. Muncung pistol sudah berada pada dahinya. Mereka sudah dijumpai!
"Out." Arah wanita itu. Aurélie telan liur.
"Or I shoot your daughter." Gelabah Aurélie keluar daripada tempat persembunyian mereka berdua. Aurélie sangka, dia dan suaminya sudah aman. Sudah tiga tahun mereka tak diancam. Pembetulan, suaminya yang diancam. Pasangan gila ini sentiasa mahukan Alexandre. Kerana Alexandre memiliki darah emas. Pernah suatu ketika, Aurélie hampir gugurkan kandungannya kerana takut bakal anaknya diancam nyawa sama seperti Alexandre.
"Please do not do anything to my daughter." Rayu Aurélie. Dia lebih rela mati asalkan suami dan anaknya selamat. Jantung berdegup kencang. Maria terlalu kecil untuk lalui semua ini.
"Darling!" Laung satu suara dari arah pintu rumah percutian tersebut. Aurélie memejam mata seketika. Kenapa Alexandre pulang ke rumah pada waktu ini? Aurélie mula menangis tak bersuara. Seolah rasa hari ini merupakan hari terakhir dia dapat melihat Alexandre. Tak pasti samada Alexandre bakal hidup atau mati.
"Here you are, our 10 million dollar." Ucap wanita itu sinis. Teruja apabila apa yang dia mahu sudah muncul depan mata. Inilah dia, saat yang dia nantikan. Dia bakal menjadi jutawan sebentar lagi.
"Do not touch my family!" Tempik Alexandre. Bayangkan, muncung pistol sedang berada tepat pada dahi isterinya. Sekali tempat, pecah berderai tengkorak kepala itu. Tambahan lagi, Maria berada dalam pelukan Aurélie. Muka kanak-kanak itu disembam pada peha Aurélie. Lansung tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang. Isteri dan anaknya...
"Surrender yourself to us. Or else, they will die today."
Halkum Alexandre bergerak turun dan naik. Sepasang mata itu beralih ke arah Aurélie. Bertentangan mata. Aurélie geleng kepala perlahan. Tak mahu Alexandre serah diri. Dia lebih rela mati. Alexandre bukan sebarang objek untuk dibida. Alexandre suaminya. Ayah kepada Maria.
Perlahan-lahan, tangan Alexandre menyeluk masuk ke dalam poket. Butang SOS yang dibawa ke mana-mana cuba dicapai. Dia sentiasa simpan untuk saat-saat genting begini. Alexandre sentiasa dilindungi polis Perancis. Cuma hari ini, nasib keluarga mereka tak baik. Setelah tiga tahun mereka hidup aman dan damai. Kejadian hari ini ibarat bom dicampak tanpa sebarang amaran.
Lelaki itu mengecilkan mata. Perasan apabila tangan Alexandre seakan sedang memegang sesuatu.
Dan ya, Alexandre sempat menekan butang kecemasan tersebut.
"Damn you, Alexandre!" Carut lelaki itu. Terus dia meluru ke arah tubuh Alexandre. Tubuhnya jatuh menghempap tubuh Alexandre. Tangan Alexandre ditarik. Poket seluar Alexandre diseluk. Mengeluarkan objek itu. Wanita tadi terkejut. Pantas dia mendekati Alexandre dan suaminya. Sorotan berubah tajam apabila tahu Alexandre cuba buat benda bodoh. Tubuh suaminya ditarik dari terus menghempap tubuh Alexandre.
Alexandre bangun daripada pembaringan. Tercungap-cungap dia cuba mencari nafas.
Klik!
Picu pistol ditarik. Tepat muncung pistol ditala ke arah Aurélie dan anaknya. Alexandre membulat mata. Sebaik sahaja tembakan dilepaskan. Dengan pantas Alexandre berlari ke arah Aurélie dan anaknya. Tubuh Aurélie dipeluk erat. Melindungi daripada terkena sebarang tembakan.
BANG!
"Aurélie, loving you feels like home." Lalu, sekujur tubuh itu jatuh ke bawah. Tubuh Aurélie menggigil hebat. Bibirnya bergetar. Tak mahu Maria mendengar esakannya bakal terletus. Kepala Maria ditahan daripada menoleh ke arah ayahnya yang sudah jatuh menyembah bumi. Air mata laju mengalir membasahi pipi Aurélie. Manakala wanita itu terkedu. Lansung tak menjangka, Alexandre bakal berada di situ.
"I swear, I will let my descendants hunt every descendant of yours who has golden blood!" Ucap wanita itu penuh dendam. Dia tak mahu ambil kanak-kanak perempuan itu sekarang. Nilainya tak menguntungkan. Dan mungkin dia tak mempunyai darah emas.
Chloé.
"And I swear. My descendants who will have the golden blood will have their own protector!" Bidas Aurélie.
Inaya Maleeqa.
Itu sumpahnya. Dia takkan benarkan keturunan dia dan Alexandre musnah di tangan keturunan pasangan gila itu. Aurélie akan pastikan, cucu cicitnya yang bakal mewarisi darah emas Alexandre akan dilindungi oleh orang yang tepat.
Arden Nufail.
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...