PANGGILAN video yang tertera nama Aryan diangkat. Pelik jugalah Nufail dibuatnya. Mana pernah Aryan video call dia. Sejak tadi lagi telefon menjerit minta diangkat. Inaya pun mana reti nak usik telefon dia. Katanya tak mahu ganggu privasi Nufail. Padahal Nufail tak kisah pun. Inaya sudah menempel di sebelah Nufail. Walaupun dia tak sentuh telefon Nufail. Perasaan ingin tahu juga begitu tinggi.
Sebaik sahaja panggilan diangkat. Terpapar wajah Aryan dan Darya pada skrin telefon. Kerana skrin telefon agak kecil. Jelas kelihatan mereka sedang menempel sama, dengan Darya sedang memeluk Aryan dari belakang. Manakala Aryan pula sedang bersusah-payah menahan Darya menggunakan kedua belah tangannya. Biarpun atas sofa, dia masih risau sebab ibu mengandung itu terlalu buas!
"Hai, Pael. Suprise!"
Inaya curi pandang dari tepi. Wajahnya masih tak masuk ke dalam skrin telefon. Dia cuma mahu 'tengok'. Dia dah okay. Cemburu itu adalah sikit. Cuma tak melampau macam sebelum ini. Bila difikirkan balik, Darya isteri orang. Nufail menjeling Inaya sekilas. Senyap pula budak ini. Darya pun satu. Suka hati dia main terjah.
"Kau punya suprise dah lapuk Arya." Balas Nufail pula. Darya di hujung talian sudah mencebik. Tak supporting lansung!
"Caramor, cuba duduk diam sikit."
Nufail tayang muka menyampah. Kalau setakat call aku nak tunjuk sweet baik tak payah! Macam kau orang saja dah kahwin. Aku pun ada lah!
"Mana wife kau! Usyar sikit. Diam-diam kau kahwin, kan? Bukan nak jemput aku."
Itulah punca Darya main terjah Nufail. Itupun sebab Aryan terlepas cakap yang Nufail sudah berkahwin. Sebelum itu, dia ada wartawam tak berbayar iaitu Lydia. Terkejut bukan kepalanglah Darya. Tapi wanita itu tumpang bahagia. Kalau itu yang terbaik untuk Nufail. Dia pun okay. Pada awalnya, dia pun risau juga kalau Nufail terus simpan perasaan terhadapnya.
"Kalau aku jemput kau, roboh majlis aku." Seloroh Nufail.
Nufail tarik pinggang Inaya lalu tubuh isterinya dibawa ke riba. Kecil sangat. Nak menempel dari tepi, nanti berhimpit pula. Darya sudah melopong. Cantiknya isteri Nufail! Sebelah tangan spontan naik menutup separuh muka Aryan. Jangan pandang, kau pandang siap kau, Aryan!
"Hai! Lawanya you! Nama you apa? You umur berapa?"
Nufail ketap bibir. Menahan tawa dalam diam. Syukur masih ada manusia sama spesies dengannya. Dia fikir sebelum ini dia seorang saja tak kenal Nyx. Rupanya Darya pun sama. Mungkin sebab wanita itu sentiasa sibuk dengan hal pejabat. Padanlah dia tak ambil tahu hal dunia hiburan pun. Inaya sudah tersengih malu. Periang rupanya kawan baik Nufail ini.
"Cuba tanya satu-satu soalan tu sayang. Kesian budak tu nak jawab semua."
Tegur Aryan. Lelaki itu sudah pasrah dengan pandangannya begitu gelap gara-gara Darya. Nak tolak, nanti merajuk seminggu. Mulalah dia kena tidur luar. Baik dia akur sahaja walaupun sudah beberapa kali dia nampak Inaya. Bukannya dia terpikat pun. Inaya mendongak memandang Nufail. Nufail sudah angkat kening. Kenapa pandang dia macam itu?
"Tu, Arya tanya. Jawablah," kata Nufail perlahan.
"Urm... Nama I Inaya Maleeqa. Panggil aje Inaya. Umur I... 23 tahun." Segan juga Inaya mahu beritahu umurnya. Nampak sangat dia paling muda antara mereka berempat. Rasa sesat pula. Macam tengah duduk antara kakak dan abang-abang biarpun secara maya. Dan dia pula sedang berada di atas riba 'abang'. Kelakar!
"Aww... Nama pun cantik! Comelnya you. Abang, kalau Arya jumpa budak cantik ni. Arya rasa nak cubit-cubit pipi dia! Geram."
Aryan menghela nafas. Sudah sedia maklum dengan perangai ibu mengandung Darya. Afsar ada beritahu, wanita itu sekarang pantang dengan benda comel. Mulalah menggedik tak tentu pasal. Tapi Aryan biarkan saja. Dah lama dia tak nampak perangai kebudakkan Darya. Sekali-sekala nak hadap. Apa salahnya.
"Ah, kau. Suka hati kau aje nak cubit Maleeqa aku. Kau pergi cubit suami kau dah lah!" Bidas Nufail. Banyak cantik muka kau nak dera bini aku. Darya sudah mencebik. Manakala Inaya pula sudah pandang Nufail tak percaya. Dia mana pernah nampak sisi Nufail yang ini. Macam budak-budak! Tak tahu pula Nufail kuat gaduh dengan Darya.
"Kalau Inaya nak tahu, I kenal Pael sejak zaman dia pergi tadika pakai pampers. Ada juga masa sekolah rendah, dia balik sekolah cari botol susu. I selalu jadi saksi masa balik kampung."
Nufail sudah ketap rahang. Habis aibnya dibuka Darya. Baru berapa belas minit mereka berhubung! Selepas ini entah apa lagi aib Nufail dibuka pun tak tahu. Inaya sudah tahan gelak. Telinga Nufail memerah. Dia malu. Sudahlah Aryan galak terkekek gelak.
"Aku ada pendrive gambar kau melalak tau, Arya. Kau tunggu lagi berapa hari elok sampai dekat Yan." Ugut Nufail. Darya sudah terbahak-bahak ketawa.
"Aku menangis pun cantik! Sebab itu abang suka Arya, kan abang? Hantarlah! Aku tak kisah. Inaya, you nak tahu tak. Suami you ni pernah try jadi mat salleh celup. Dia salah beli perwarna rambut lepas habis SPM dulu. Lepastu habis rambut dia jadi blonde."
Setelah itu, kedua pasangan itu menghamburkan tawa. Ya Allah, Kau sabarkanlah hatiku ini untuk hadap dua manusia mereng ini. Nufail beristighfar dalam hati. Ingat Allah, Nufail. Ini semua ujian. Kenapalah dia boleh berkawan dengan mereka?
"Nanti kak Arya share lah number. Boleh I contact. I nak juga gambar-gambar aib Arden." Nufail kecilkan mata. Kecil besar kecil besar saja budak ini! Ingat dia nak backup suami dia.
"Boleh!"
"Due baby tu... bila?" Soal Inaya tiba-tiba. Aryan tolak tangan Darya ke tepi. Macam mana isteri Nufail boleh tahu sedangkan selama ini dia tak tahu? Nak kata nampak dalam skrin telefon pun tak. Jelas Darya tersorok di belakang Aryan.
"Macam mana bini kau tahu, Pael?"
Tanya Aryan.
"Maleeqa jumpa dalam dashboard kereta aku. Minah tu bengap sangat tertinggal dalam kereta aku. Nanti aku balik, aku bagi dekat kau." Ujar Nufail bersahaja. Pandangan tajam Darya diabaikan. Kau ingat aku takut?
Belum sempat Aryan mahu membebel. Darya sudah tekup dulu mulut suaminya sambil tersengih tak bersalah.
"Due I bulan depan."
Inaya mengangguk faham. Tak lama lagi bolehlah dia tengok baby! Mesti comel sebab Darya dan Aryan pun sama cantik juga tampan. Apabila terdengar bunyi loceng rumah ditekan, serentak Aryan dan Darya memandang ke arah pintu rumah.
"Fir tu. Tadi dia bagitahu abang yang dia nak datang."
Kata Aryan kepada isterinya. Darya pandang ke arah skrin telefon semula sebelum tangan dilambai berkali-kali.
"Nanti kita call lagi! Adik I dah datang, bye Inaya!"
Usai panggilan ditutup. Nufail tarik Inaya bersandar. Keluhan dilepaskan. Bercakap dengan Darya memang banyak guna tenaga. Kadang kala rasa macam tak cukup oksigen. Semuanya habis sebab bergaduh dengan wanita itu.
"Chaoticnya dia." Komen Inaya.
"Indeed. Tapi kau sedar tak, kau lagi hyper daripada dia, Maleeqa."
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...