11

3.7K 147 1
                                    

RAUT wajah lelaki yang tadinya menekup mulut Darya dipandang tajam. Dia tahu siapa lelaki ini. Aqashah Umar. Sebelum Aryan hampir berputus asa untuk sumbat semuanya ke dalam penjara. Dia dan Aryan yang siasat semua latar belakang si pelaku. Aqashah direnung dalam. Entah kenapa raut wajah lelaki itu seolah dikenali. Puas Nufail berfikir. Nak kata raut wajah Aqashah ada iras-iras Firash pun ya. Tapi dia sendiri tahu Darya dan Firash hanya dua beradik.

Rahang Nufail mengeras. Kenapa lelaki ini sesuka hati sentuh Darya? Perempuan ini isteri orang! Serentak, Nufail mendekat. Tangan Aqashah ditepis menjauh daripada Darya. Wajah Nufail berubah bengis. Mata mencerlung Aqashah tajam.

"Jangan sentuh dia lah, sial. Kau tak belajar agama ke?" Ujar Nufail keras. Memberi amaran kepada lelaki itu. Bila Aryan tak ada di sini. Nufail sendiri perlu melindungi maruah Darya sebagai isteri orang. Seperti yang dia pernah janji dengan Aryan dahulu. Dia akan sentiasa utamakan Darya. Sedia melindungi Darya bila-bila masa sahaja.

Belum sempat Aqashah mahu membalas, satu suara datang dari arah belakang menghentikan Aqashah daripada bersuara. Serta-merta mulut Aqashah terkunci. Nufail memandang Syakila kosong. Inilah dia, si jahanam perangai bangsat dah muncul. Pembunuh. Perempuan ini mana pernah ada hati perut. Suami sendiri pun dia bunuh. Atas sebab terdesak mahukan wang ringgit.

"Well, well, well..." Sinis sekali nada suara Syakila. Dia memandang Darya dan Aqashah bergilir. Kemudian hujung bibirnya terjungkit, menarik senyuman sinis. Juga tajam. Penuh dengan ejekan. Seakan mengejek Darya pada ketika ini.

"Kau nak sangat abang, kan? Inilah dia, abang kau." Riak wajah Darya berubah. Nufail pula sudah tercengang. Jadi, betullah tekaan dia tadi bila dia nampak raut wajah Aqashah ini ada iras-iras seperti Firash?

"Tak faham lagi? Aqashah Umar ini, abang kau. Lain ayah!" Nufail sudah pandang Darya. Dia tahu, pasti Darya juga terkejut. Dalam hati Nufail sudah mencarut kepada diri sendiri. Macam mana dia boleh terlepas info penting seperti itu? Salah dia... atau Syakila begitu bijak menyembunyikan identiti anak sulungnya?

"Apa mama merepek ni!" Nufail sudah berada dalam mod berjaga-jaga. Sepasang mata gelap itu turun memandang sebilah parang yang berada di tangan Syakila.

"Sebelum aku berkahwin dengan bapak kau, aku pernah berkahwin dengan bapak dia. Kau fahamkan sekarang ni?"

Saat ini, dalam kepala Nufail seolah dapat menyambungkan semua petunjuk yang dia dapat selama ini. Padanlah kenapa Aqashah dulu hanya tertuduh. Bukan pelaku sebenar. Laporan jenayah lampau Aqashah. Sekadar mahu kaburi masyarakat tempatan. Kebenarannya, Aqashah tak pernah membunuh. Bapa kandung Aqashah pun bukan mati dibunuh Aqashah. Sebaliknya, Syakila. Aqashah cuma kambing hitam ibu kandungnya.

"Kenapa mama buat semua ni..." Darya menyoal perlahan. Nufail tahu wanita itu sedang kecewa. Sebab inilah Aryan tak mahu Darya tahu siapa pelaku sebenar. Sebab ini jugalah mengapa Aryan pernah cuba untuk jauhkan diri dari Darya. Aryan tak mahu sakiti Darya. Nufail tahu. Namun pada akhirnya, Aryan cari Darya semula. Lelaki itu tak mampu bencikan Darya.

Arden Nufail saksi seorang Aryan Hameen begitu hebat mencintai seorang perempuan bernama Nurdarya.

"Soalan bodoh apa kau tanya ni, Arya? Sebab duit. Kau tak nampak lagi ke? Dengan jual organ-organ manusia bodoh ni. Aku dapat duit!"

Manusia jadi bodoh disebabkan harta.

"You killed them, mama. Mama bunuh mak dan ayah suami Arya. Mama bunuh ayah!" Jerit Darya pula. Nufail sudah naik risau. Wanita itu mana boleh terlampau stres. Dia sedang mengandung.

"Kenapa kau tak boleh ikut macam abang kau ni, Arya? Dia boleh dengar cakap aku. Kenapa kau tak boleh!" Syakila sudah naik gila.

"Umar ikut cakap mama sebab Umar tak nak mama libatkan adik-adik Umar. Umar nak cuci tangan, tapi bila Umar baru tahu yang Umar ada adik, Umar tak boleh." Aqashah kini mencelah. Kedua anak beranak itu terdiam. Dalam hati Nufail, terbit rasa simpati terhadap lelaki di hadapannya kini. Dia korbankan diri demi Darya dan Firash. Walaupun dia sendiri tak pernah rapat dengan mereka berdua. Sedangkan, dia berhak berdendam. Dia tak pernah merasa bagaimana dibesarkan ibu sendiri apatah kasih sayang seorang ibu.

Keluarga ini terlalu hancur.

"Arya minta maaf, mama. Tapi Arya tak mahu bersubahat dengan pembunuh." Jantung Nufail hampir berhenti apabila Darya angkat tangan. Menunjukkan terdapat objek berbutang pada tangannya. Shit. Kenapa kau triggered kan Syakila!

"Kau memang sial!" Syakila sudah buka langkah mahu mendekat. Nufail sudah bertekad mahu mara ke depan. Melindungi Darya. Kalau hari ini dia ditakdirkan pergi dahulu kerana mahu menyelamatkan Darya. Dia redha.

"Abang!"

"Yan!"

Serentak Nufail dan Darya menjerit. Lansung tak menjangka Aryan muncul pada saat ini. Aryan bergelut dengan Syakila. Nufail terkaku di tempatnya. Macam mana Aryan boleh ada di sini? Bukan ke lelaki itu dah tarik diri dari terus terlibat dengan kes ini? Bermacam soalan bermain dalam fikiran Nufail.

"Kau tengok apa, Aqashah! Tolong suami aku!" Nufail tersedar kembali ke realiti apabila mendengar jeritan Darya. Dia memandang Darya. Wanita itu hampir jatuh terduduk. Cepat-cepat Nufail tahan bahu Darya dari terjatuh. Kemudian tubuh mulai longlai itu Nufail lepaskan perlahan-lahan ke lantai. Kaki wanita itu melembik.

"Jaga anak kau, Arya." Bisik Nufail perlahan. Nufail sedang cangkung menghadap Darya. Dalam kepala Nufail, bermacam-macam tanggapan buruk apabila melihat darah mengalir di lantai. Kuat dia berdoa supaya darah itu bukan milik Aryan.

"Nufail! Jaga Arya!" Nufail tersentak apabila Aryan menjerkah. Segera Nufail memusingkan tubuh. Masa bagaikan berlalu begitu pantas. Nufail kini rebah di hadapan Darya akibat ditikam. Syakila sudah tersenyum sinis.

"Arya..." Panggil Nufail perlahan. Dia sedang menahan perit tikaman di bahagian dada. Bagi dia, dia lega apabila Darya terselamat daripada ditikam.

Tak lama kemudian, beberapa anggota polis datang mengambil Syakila pergi. Syakila menghamburkan ketawa bagai orang gila. Darya segera merapati Nufail.

"P-Pael..." Bibir Darya bergetar. Walaupun Nufail berada dalam keadaan sakit, dia masih cuba mengukir senyuman perih.

"A-Arya... k...kau sela..mat dalam jaga..an aku..." Ucap Nufail tersekat-sekat. Di hujung ayatnya seolah dia sedang ketawa kecil. Tak mahu wanita itu terus menangis.

"Jangan t-tinggal aku, Pael..." Darya sudah teresak.

"A-aku c..cintakan..k-kau, Arya..." Jujur Nufail. Sedangkan baru sahaja dalam kereta tadi dia beritahu Darya dia sukakan seseorang. Tak sangka pula dia sudah luahkan perasaan dia pada ketika ini. Saat dia bergelut dengan ajal maut.

"B-baha..giakan... Y..yan.. k..kau ingat.. kan pesan...aku?" Pesan Nufail pula. Dia mahu Aryan dan Darya bahagia. Dia sendiri rasa sakit apabila melihat rakan-rakannya menderita hanya sebab kesilapan orang lain.

"Diamlah bodoh. Aku tak nak dengar kau bercakap! Simpan tenaga kaulah, Arden Nufail." Marah Darya. Wajahnya sudah basah dengan air mata lansung tak dihiraukan. Dia tak mahu kehilangan sahabat baik dia. Nufail sudah banyak membantu dia dan Aryan. Bukankah takdir itu menyakitkan jika Nufail ditakdirkan pergi kerana semata mahu selamatkan diri dia daripada sikap durjana ibu kandungnya sendiri?

Nufail geleng kepala perlahan sebelum matanya terpejam rapat.

Aku sayangkan kau orang berdua sebagai kawan-kawan aku dunia akhirat.

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now