NUFAIL sandarkan tubuh pada peti ais. Sedang elok hari ini hari minggu. Apa salahnya dia 'membantu' Inaya di dapur. Sesekali ruangan dapur itu bingit dengan jeritan dan amaran Inaya. Nufail punya hauk buat kerja dapur, nak potong lobak pun hancur! Ada baiknya dia halau suaminya itu keluar dari dapur. Tak sanggup mahu lihat masakan tomyam dia bakal hancur dek Nufail.
"Arden Nufail! Jangan rosakkan carrot tu boleh tak!" Tempik Inaya.
"Mana aku tahu. Aku potong betul dah ni."
"Pergi duduk tepi sana! You tak membantu sangat pun." Nufail ditolak menjauh walaupun kudrat Inaya tak kuat mana. Nufail sudah buat muka. Over betul budak ini punya drama. Apa salahnya kalau lobak bentuk petak? Nak masukkan ke dalam kuah tomyam juga. Akhir sekali, selamat masuk perut. Bukan penting pun bentuk macam mana.
Klik!
Tajam gegendang telinga Inaya menyapa bunyi pemetik api dihidupkan. Lantas Inaya berpaling ke arah Nufail. Belum sempat lelaki itu mahu nyalakan sepuntung rokok. Inaya sudah rampas kotak rokok dahulu. Nufail berkerut tak puas hati.
"Hey, pakcik! Jangan bengap sangat boleh tak? You dekat dapur tau, sekarang? Memang you nak ajak I sama-sama mampus dengan you ke? Lepastu habis makanan tercemar dengan asap rokok you." Bebel Inaya geram. Cukup menyampah betul dengan orang merokok tak kira tempat. Sudahlah Inaya memang tak suka perokok. Tiba-tiba, suami sendiri pula merupakan seorang perokok.
"Ya lah. Masak cepat sikit. Lepas kita makan, aku nak bawa kau keluar." Nufail beralah. Kaki diatur keluar dari dapur. Mahu merokok di balkoni. Sebelum budak pendek itu membebel dengan lebih panjang lagi. Baik dia cegah dahulu.
Bunyi loceng rumah ditekan mematikan niat asal Nufail yang mahu menghisap rokok. Nufail berdecit halus. Makhluk tuhan mana pula ini sedang mengganggu ketenteraman dirinya? Ikutkan hati, mahu saja Nufail abaikan loceng tersebut. Namun, berkali-kali loceng rumah ditekan sehingga didengari Inaya. Sebenarnya Nufail dapat agak siapa tetamu diundang pada ketika ini.
Ting! Tong! Ting! Tong! Ting! Tong!
"Arden! Tolong tengokkan kejap siapa dekat luar." Laung Inaya dari dapur. Nufail mendengus. Dengan malas, dia mengatur langkah ke pintu.
"Pael, aku lapar!" Jerit Riyaz sebaik sahaja pintu rumah dibuka. Nufail pejam mata sesaat. Bala dah datang. Patut ke dia tendang punggung Riyaz dan halau lelaki ini pergi?
"Rumah aku ni nampak macam pusat kebajikan kau ke?" Perli Nufail. Baru sahaja Riyaz ingin merempuh Nufail. Nufail sudah tahan dulu.
"Tunggu sini kejap." Terus Nufail berlari anak menuju ke dapur.
"Maleeqa, pergi masuk bilik. Tukar baju. Riyaz datang," tanpa diundang. Sambung Nufail dalam hati. Nufail tak gila lagi mahu biar Riyaz tengok baju tak cukup kain isterinya sekarang. Mahu terjojol biji mata Riyaz!
"Lauk ni tak siap lagi lah, Arden."
"Biar aku sambung. Goreng ayam aje pun," tubuh Inaya ditolak ke tepi. Tangan membuat isyarat menghalau Inaya pergi.
"Pael! Dah boleh masuk ke belum?" Berdesing telinga Nufail sebaik sahaja suara itu melaung kuat dari luar pintu. Itu kalau jiran-jiran nak saman dia sebab gangguan bunyi. Memang Nufail tuntut dekat Riyaz. Setelah yakin Inaya sudah masuk ke dalam bilik. Nufail melaung semula, menjemput sepupunya masuk. Nak halau, tapi tak elok memandangkan lelaki itu merupakan tetamunya.
"Masuk ah kau!"
Suasana di meja makan sepi. Tiada siapa pun bersuara. Masing-masing fokus dengan hidangan depan mata. Inaya senyap di sebelah Nufail. Dia pun tak ada tanda mahu bertanya khabar terhadap Riyaz. Manakala Riyaz pula melahap seolah tak makan setahun. Patut ke Nufail kata Riyaz ini melampau? Ada ke pula sampai terjilat-jilat jari. Tahulah bini aku masak sedap pun!
"Dah habis makan, kan? Balik." Halau Nufail.
"You bagi I balik tak, Maleeqa?" Bukan mahu bercakap dengan Nufail. Sebaliknya dia bertanya kepada Inaya. Dari bawah meja, kuat Nufail menendang Riyaz yang duduk berhadapan dengannya. Riyaz direnung tajam.
"Siapa bagi kau panggil dia Maleeqa?" Riyaz mencebik. Pasal nama pun jadi isu.
"Hey, Nyx. Pael memang garang dengan you juga ke? Kalau you tak tahan dengan dia, jangan risau. Abang Riyaz ada." Sepi. Mungkin Riyaz sudah lupa bahawa Inaya tak suka bercakap dengan lelaki. Nufail yang baru sahaja mahu meletup kini bertenang semula. Sesekali kening diangkat buat Riyaz. Mengejek. Terbit juga rasa bangga dalam hati bila si isteri lansung tak melayan lelaki lain biarpun di depan dia.
That's my girl.
Riyaz berdehem. Agak malu bila diabaikan Inaya sebegitu rupa. Kemudian dia pandang Nufail semula. Baru dia teringat tujuan asal dia ke sini. Sebenarnya bukan sebab dia lapar. Tapi bila dah bau kuah tomyam meruap masuk ke rongga hidung. Apa salahnya sambil menyelam minum air.
"Pael, ada benda aku nak bincang dengan kau." Ujar Riyaz. Serius. Wajah Nufail kembali dingin bila dia dapat rasa ada sesuatu tak kena dengan berita yang Nufail mahu sampaikan. Bila Riyaz mula keluarkan ayat begitu, pasti perkara tersebut betul-betul serius.
"Maleeqa," Nufail menoleh memandang Inaya.
"Hm?"
"Pergilah bersiap. Biar aku kemas semua ni." Percaya atau tak. Nufail memang sangat bertolak ansur dengan Inaya. Cuma ada ketika bila Nufail betul-betul penat. Memang Inaya sendiri tawarkan diri untuk kemas semuanya. Biasanya jika Inaya sudah memasak, Nufail akan kemaskan meja dan cuci pinggan mangkuk.
Hilang saja Inaya dari pandangan. Riyaz terus mengusik Nufail.
"Suami mithali juga eh kau ni, Pael." Tubuh disandarkan ke kerusi.
"Bertolak ansur lah, bodoh. Isteri bukan bibik tak berbayar seumur hidup." Hampir tercekik liur Riyaz. Biarpun dia tak kahwin lagi, tapi ayat Nufail sungguh makan dalam.
"Enough with the fluff. Kau nak bincang pasal hal apa?" Soal Nufail datar. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.
"Dekat pejabat semalam, aku rasa sampul ni untuk kau. Tapi tersesat masuk dalam bilik aku. Aku rasa Eiyana tak sedar masa dia letak sampul ni atas meja aku," satu sampul putih ditolak ke arah Nufail. Nufail merenung sampul yang tampak seolah sudah dibuka itu.
"Aku buka semalam sebab ingat untuk aku. Lepas dah buka, baru perasan ada nama kau dekat belakang." Terang Riyaz lagi apabila merasakan atmosfera pada ruangan itu begitu dingin.
"Kau ada tanya Eiyana tak siapa yang hantar?" Sambil membelek setiap gambar yang terdapat figura dia dan Inaya. Ringan sahaja Nufail menyoal.
"Dia kata tak tahu. Sebab sampul tu berkumpul sekali dengan sampul-sampul lain." Riyaz sudah pandang Nufail curiga. Tingkah laku Nufail begitu tenang seolah sudah biasa mendapat ugutan begini. Bukan itu sahaja, pada setiap gambar Nufail. Seperti ditoreh pisau.
"Pael," Panggil Riyaz sepatah. Nufail sekadar berdehem tanda menyahut.
"Kau kahwin dengan isteri kau, sebab benda ni kan? Dan masa kita kejar entah siapa dekat mamak dulu pun... sebab ni?" Rasa ingin tahu Riyaz semakin tinggi. Nufail sudah angkat sebelah kening.
Okay, kali ini Riyaz bijak sedikit.
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
Storie d'amoreBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...