SEMALAM dia kena hadap Aryan. Hari ini perlu hadap Darya pula. Sungguh Nufail rasa tersepit antara pasangan itu. Seorang desak dia untuk simpan rahsia daripada suami. Si suami itu pula paksa dia beritahu apa-apa jika mereka berdua ada rancangan tersendiri. Akhirnya dia putuskan untuk merahsiakan daripada Aryan sebab dia dah janji dengan Darya.
"Aryan datang jumpa kau ke?" Sambil mengunyah, Darya ajukan soalan itu kepada Nufail. Dia lapar sangat-sangat. Rasa macam kebulur! Padahal sebelum keluar tadi dia dah makan dengan Aryan. Kebetulan dia keluar dengan Nufail. Boleh puaskan keinginan dia sekali. Minyak cili ditambah lagi ke dalam mangkuk berisi mi tarik bila terasa kurang pedas.
Nikmat!
"Member mana lagi tak ubah macam kaunter pertanyaan pasal kau kalau bukan aku." Balas Nufail pula. Dalam diam, dia memerhati pipi Darya yang sudah menggebu itu. Terfikir juga macam mana Aryan boleh tak perasan perubahan isteri sendiri. Huh!
Darya sekadar angguk. Makanan dalam mulut masih penuh. Belum sempat tangan mahu capai bekas minyak cili sekali lagi. Nufail sudah tarik menjauh.
"Kau tu mengandung, senah. Jaga anak tu. Bersyukur sikit aku nak layan craving kau tau." Bebel Nufail pula. Memang betul pun. Gara-gara Darya mahu rahsiakan kandungan dia daripada Aryan. Dialah mangsa keadaan. Cakap saja apa Darya mahu, semua dia turutkan. Dengan syarat jangan merapu-meraban sudah.
"Kau calon-calon suami mithali sebenarnya, Pael. Tak nak ada girlfriend lagi ke? Aku tak sabar tau nak jadi kawan girlfriend kau. Boleh kutuk kau sama-sama." Darya sudah tayang sengih bila sedar Nufail menjeling. Tahu sangat lelaki ini paling menyampah bila orang tanya bila nak kahwin.
"Kau ingat aku baik macam Yan ke?" Soal Nufail. Pandangannya kini fokus ke arah Darya. Sesekali dia geleng kepala apabila tangan wanita itu kini mencapai dumpling pula. Memang tak ada tanda mahu berhenti makan ke macam mana?
"Baik! Sebab itulah kau sanggup jaga aku. Tolong Aryan. Macam-macam kau buat untuk kita orang." Terang Darya sebaik sahaja habis mengunyah. Nufail mengukir senyuman nipis. Kalaulah Darya tahu dia sanggup buat semua ini sebab dia sayangkan Aryan sebagai kawan dan juga sebab dia sukakan Darya. Nufail sayangkan persahabatan mereka bertiga.
Nufail tak baik mana pun.
"By the way, kau ada jumpa apa-apa lagi ke pasal sindiket tu?" Suara Darya diperlahankan. Tak mahu orang sekeliling terdengar perbualan mereka.
"Ada." Nufail berfikir sejenak. Berkira-kira mahu beritahu atau tak. Dia takut mood Darya asalnya riang merundum jatuh. Dia tak sampai hati mahu beritahu Darya perkara sebenar yang dia dah tahu sejak awal lagi bersama Aryan. Apa pula penerimaan Darya bila dia tahu perangai ibu kandung dia bukan seperti manusia biasa?
Wanita itu ibarat pemangsa.
"Bagitahulah aku. Aku tak suruh kau termenung," desak Darya lagi. Dia tak suka benar orang buat dia tertanya-tanya. Nak cakap bagi habis. Jangan gantung!
"Ketua sindiket itu..." Jeda. Nufail telan liur yang mula terasa kesat.
"Mama kau, Syakila Binti Zaharin." Tubuh Darya mengeras sekejap. Kemudian dia berdehem. Nufail pandang Darya pelik. Kenapa reaksi Darya tak seperti yang dia gambarkan? Dari cara Darya begitu selamba sambung makan semula. Seolah... dia dah tahu perkara sebenar. Nufail merenung Darya lama. Mungkin wanita itu sedang menutup perasaan sendiri.
"Kenapa kau pandang macam tu? Kau risaukan aku ke, Pael?"
Nufail masih diam.
"Aku dah tau sejak bulan lepas lagi." Ucap Darya apabila Nufail masih diam tak bersuara. Dia tahu Aryan dan Nufail sedaya upaya simpan rahsia besar itu. Mereka tak mahu dia kecewa dengan ibunya sendiri. Dia sedar Aryan selalu tekankan supaya dia memaafkan ibu kandung sendiri.
"How? Aku tak bermaksud nak sorok hal itu daripada kau. Tapi, Yan..."
"Aku faham. Aryan tak nak aku tau. Tapi masa aku lari keluar gudang itu, aku nampak kereta mama aku, Pael. Tipulah aku tak sedih. Mak sendiri bunuh ayah aku, mak Aryan dan ayah Aryan. Dia siap plan nak bunuh aku, Pael. Sebab itu aku nak tolong dapatkan keadilan untuk dia orang. Aku tahu Aryan tak mampu. Biar aku sendiri hantar dia ke tali gantung." Terang Darya panjang lebar.
Dia nak tamatkan semuanya.
"Aku minta maaf." Darya tersenyum tawar. Dia menggeleng kepala. Kenapa Nufail perlu minta maaf dekat dia? Sepatutnya dia yang patut minta maaf dekat semua orang. Melutut, dan kalau boleh dia mahu sujud sekali. Dia malu. Hidupnya dihurung rasa bersalah.
"Aku yang patut minta maaf."
Telefon Darya berdering minta diangkat. Darya kini berdiri. Skrin telefon dihala ke arah Nufail. Ternyata suami tersayang sedang menghubungi. Nufail sekadar angguk. Faham akan situasi Darya. Mestilah suami dia cari. Hampir tiga jam juga mereka keluar. Merata mereka pergi. Mahu dapatkan keizinan turut serta dalam operasi tumpaskan sindiket bukan mudah.
"Waalaikumsalam, abang." Lembut sahaja Darya menjawab salam. Nufail hanya memerhati. Dia tak cemburu. Cuma dia terbayangkan jika dia berada di tempat Aryan. Sungguh tak layak. Kadang-kadang, solatnya juga tak cukup. Dia tak sempurna seperti Aryan.
"Lagi 15 minit Arya balik. Muah, abang! Jangan lupa buat softcookies tau!"
Usai panggilan ditutup. Darya tersengih kambing. Nak buat macam mana. Suami terlebih sayang. Baru keluar berapa jam sudah kena soal siasat macam-macam. Nufail menjuihkan mulut. Gedik betul perempuan ni dengan suami dia!
"Kau dah habis makan, kan? Ke nak apa-apa lagi bungkus bawa balik rumah?" Soal Nufail prihatin. Darya gelengkan kepala. Cukuplah dia dah puas makan makanan yang diidamkan. Lantas Darya keluarkan beg duit dari beg tangan. Nufail sudah angkat kening.
"Kau tak payah nak bayar sangat. Biar aku belanja," kata Nufail lagi. Dia pun tak sampai hati nak biar wanita itu bayarkan makanannya. Lagipun dia senang bila dapat belanja Darya.
"Betul ni? Kau tak mengungkit kan nanti?"
"Ya, anggap ajelah aku bagi anak kau makan." Darya simpan semula beg duit itu ke dalam beg tangan. Tak lupa terima kasih diucapkan. Nufail hanya angguk. Dah biasa sangat.
"Pael, aku balik dulu eh? Aryan dah tunggu aku kat rumah." Pamit Darya.
"Pergilah. Jaga diri, aku nak balik office. Ada kerja sikit."
Mereka berpisah di restoran tersebut. Siap sahaja lakukan pembayaran. Nufail masuk ke dalam perut kereta. Terus dia pecut ke syarikat semula. Sebenarnya hari ini kerja dia agak banyak. Tapi dia tak sampai hati pula mahu biarkan Darya seorang diri. Lagipun situasi sekarang masih bahaya. Risau jika wanita itu diculik lagi.
Belum sempat Nufail menuju ke lif. Eiyana sudah tahan dulu.
"Tuan Nufail." Panggil gadis itu perlahan. Dia bingung sebenarnya. Nufail ini sedang bergaduh ke dengan Inaya? Hari ini pun gadis cantik itu datang lagi. Sekarang dia berada di bilik menunggu.
"Kenapa?"
"Tuan ada tetamu. Dia sedang tunggu tuan dekat guest room." Dahi Nufail mula berlapis. Tetamu mana pula siang-siang buta macam ini mahu berjumpa dengan dia?
"Siapa?"
"Nyx, eh maksud saya miss Inaya." Dengar sahaja nama tersebut. Nufail pejamkan mata seketika. Rasanya tak salah dah kalau selepas ini dia cop Inaya sebagai bala nombor dua. Mentang-mentang dia punya kelebihan dalam syarikat ini. Sesuka hati mereka buat pejabat dia macam tempat lepak.
"Ada lagi tuan, Tuan Riyaz juga ada dekat sini." Dan itu dia, bala nombor satu Arden Nufail.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...