70

10.8K 244 3
                                    

INAYA memandang kepingan kertas berbetuk segi empat bagai tak percaya. Mata Inaya berkedip perlahan. Mahu memastikan apa yang dia nampak sekarang ini betul. Sejak tadi lagi dia merenung lama. Semasa di kelas tadi, Inaya menerima panggilan daripada Riyaz. Mengatakan bahawa suaminya itu demam. Nasib sahaja waktu itu dia sudah berada di penghujung kelas.

Lekas-lekas Inaya memandu kereta menuju ke pejabat Nufail. Sebaik sahaja menyapa Eiyana di kaunter, wanita itu memberitahu dia yang Nufail tak sihat sejak pagi lagi. Lelaki itu tak henti berlari ke tandas. Muntah biarpun tiada isi. Baru sahaja Riyaz mahu mengganggu Nufail seperti hari-hari lain. Terkejut apabila Nufail tersandar lemah di sofa.

Inaya memaksa Nufail pergi klinik. Dan bila doktor memeriksa, ternyata tiada apa yang berlaku terhadap Nufail.

Salah makan tak, demam pun tak.

Akhirnya, doktor itu menyuruh Inaya berbaring di atas katil. Melakukan pemeriksaan lanjut. Dan ternyata, Nufail terkena alahan ibu mengandung yang sepatutnya dialami oleh Inaya. Pada mulanya, Inaya blur. Nufail pula sudah tayang riak gembira. Faham sangat isteri dia kadang-kadang lambat tangkap. Tapi biarlah, yang penting dia bakal menjadi ayah tak lama lagi.

"Maleeqa sayang," panggil Nufail.

"Hm?"

"Dah dah lah tu, tenung macam nak tembus. Kalau baby tahu, dia pun seram tengok mama dia tenung macam nak telan." Sakat Nufail. Nampak comel bila Inaya tak henti merenung kertas ultrasound itu. Nampak sangat polos! Dia berkahwin dengan wanita dewasa ke atau budak sekarang ini?

"Bentuk dia comel. Macam dinasour kecil." Beritahu Inaya.

"Memanglah Maleeqa sayang, bentuk zigot memang macam itu." Nufail layankan saja. Tak sia-sia dia ambil aliran sains ketika bersekolah dahulu. Boleh dia tunjuk pandai sikit.

"Hubby," panggil Inaya perlahan. Sebelah kening Nufail terangkat.

"Jom pergi rumah abah." Dahi Nufail berkerut tak puas hati. Apa yang Inaya tak faham sangat ini. Terang-terang Tuan Nuqman tak sukakan dia. Kalau boleh, Nufail mahu elak daripada mereka bertemu. Emosi Inaya perlu dijaga. Lebih-lebih lagi ketika dia sudah mengandung sekarang.

"Maleeqa sayang, hubby dah kata kan-"

"Mana tahu sebab kita ada baby, abah maafkan Maleeqa?" Potong Inaya. Dia tak suka dibenci bapa mertua sendiri. Susuk tubuh tua itulah satu-satunya figura ayah yang dia ada sekarang. Apa yang dia tahu, Tuan Irsyad dan Tuan Nuqman pernah jadi rakan sebilik sewaktu mereka sama-sama menjadi polis pelatih dahulu.

Nufail menghela nafas. Inaya memang degil.

"Kejap aje." Nufail terpaksa bersetuju.

Inaya bersimpuh duduk di hadapan sofa yang menempatkan Tuan Nuqman. Tangan berkedut itu ditarik lalu Inaya menyalam lembut. Inaya terlalu rindukan bapanya. Tuan Nuqman hanya diam. Manakala Nufail pula sudah mengetap rahang. Benci apabila bapanya melayan Inaya dengan kejam begini.

"Abah, Inaya-" belum sempat Inaya mahu habiskan ayatnya. Inaya terdiam.

Tuan Nuqman memeluk tubuh menantunya.

"Abah minta maaf." Seisi ruang tamu itu hening. Tak percaya dengan apa yang mereka dengar sekarang. Tuan Nuqman yang ego, sentiasa fikir dirinya betul. Kini meminta maaf kepada Inaya. Mungkin yang lain tak tahu, apa berlaku antara mereka bertiga. Tapi mereka pasti, Tuan Nuqman betul-betul ikhlas meminta maaf.

"Abah banyak buat salah dengan kamu, dengan arwah Irsyad. Abah berdosa dengan kamu berdua, Inaya." Inaya melepaskan pelukan.

"Abah... terima Inaya jadi menantu abah?" Tanya Inaya takut-takut. Tuan Nuqman mengangguk. Inaya punca bahagia Nufail. Walaupun dia sentiasa sakitkan hati Inaya, menantunya itu kekal setia di sisi Nufail. Lansung tak berdalih. Sejak dia mengetahui tentang status sebenar Tuan Irsyad, dia sudah ditimpa rasa bersalah.

Tetapi Tuan Nuqman ego.

"Abah akan pastikan Inaya jadi satu-satunya menantu perempuan abah selamanya." Inaya tersenyum cerah. Kepala menoleh ke arah Nufail. Lelaki itu mengangguk perlahan. Lega apabila bapanya sudah berlembut hati.

"Nufail," panggil Puan Hanisa.

"Ya, bu?"

"Sebenarnya selepas Nufail call ibu nak datang, ibu jemput Aryan dengan Darya datang makan malam dekat sini. Nufail okay?" Tercengang Nufail dibuatnya. Ibu buat lawak apa ini tanya dia okay atau tak? Sudah tentulah dia okay! Lagipun Aryan dan Darya memang rapat dengan keluarganya. Sudah tentulah Darya sejak mereka kecil lagi. Dan Aryan, ada kala lelaki itu datang ke sini juga.

"Apa tak okaynya ibu, kawan achik kut. Mestilah okay."

Suasana di meja makan pada malam itu meriah. Tambah pula dengan kehadiran cahaya mata Aryan dan Darya. Lagilah galak mereka bermain dengan bayi kecil itu. Sesekali Nufail mengerling memandang Inaya yang duduk meriba Aayan, anak lelaki Aryan dan Darya. Inaya nampak takut-takut mahu bangun dari duduk. Dia tak berani mahu dukung bayi itu dalam keadaan berdiri.

"Inaya dah boleh jadi ibu lah," kata Darya. Matanya tak lepas memandang Aayan senyap diriba. Inaya yang tawarkan diri memegang anaknya ketika dia makan. Puan Hanisa tersenyum lembut. Betul kata Darya, betapa cermatnya Inaya meriba Aayan.

"Memang dah jadi mama dah pun." Jawab Nufail selamba. Aryan yang sedang meneguk air serta-merta tersedak. Ketika ini, banyak mata memandang ke arah dia dan Inaya.

"What? Normallah kan dia mengandungkan anak aku?" Soal Nufail tak bersalah. Inaya sudah menunduk malu. Ada suami jenis cakap lepas ini kadang-kadang rasa macam memalukan pun ada. Urat malu Nufail memang dah putus gamaknya.

"Inaya pregnant?" Tanya Puan Hanisa tak percaya. Perlahan-lahan Inaya angguk.

"Alhamdulillah, lepas ini bertambah cucu ibu." Ucap Puan Hanisa. Gembira tak terkata apabila dia bakal menimang zuriat anak lelakinya tak lama lagi.

"Pael," panggil Aryan. Nufail mengangkat sebelah kening. Jarinya dibiar digenggam tangan kecil Aayan di sebelah.

"Kita lumba, tengok anak siapa paling ramai." Berdesing telinga Darya ketika mendengar ayat Aryan. Tanpa ragu, peha Aryan dicubit kuat. Kau ingat nak beranak ini macam mesin patung ke?

"Isteri aku bukan kilang." Sindir Nufail pedas. Darya mengangguk kepala laju. Bersetuju. Puan Hanisa sudah geleng kepala. Macam-macamlah budak berdua ini. Dah jadi bapa pun perangai masih sama seperti zaman remaja mereka dahulu.

"Dengar itu, abang. Pael memang dari dulu ciri-ciri suami mithali. Arya dah kata dah, untung isteri dia dapat dia." Nufail tersenyum bangga. Bibir naik mengukir senyum mengejek buat Aryan. Manakala Aryan pula sudah tayang wajah menyampah. Kau kalau Arya tahu kau pernah cakap macam-macam dekat Inaya sebelum kahwin, memang tamatlah riwayat hidup kau!

"Caramor nak tahu tak, dulu-"

"Weh, Yan! Anak kau muntah atas tangan aku!"

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now