18

7.3K 265 3
                                    

KEBETULAN. Inaya sememangnya perlu keluar. Rutin Inaya beberapa bulan sekali, dia perlu pergi ke suatu tempat. Inaya buang pandangan ke arah luar tingkap. Kenapa masa dia dah mula tawar hati dengan lelaki di sebelahnya ini baru dia boleh sedekat ini dengan Nufail? Sebelum-sebelum ini tak ada pula! Getusnya dalam hati.

"Maleeqa," panggil Nufail sepatah.

Sesekali rahang disentuh menggunakan tangan kiri. Tak boleh jadi! Takkan dia nak biar kesan lebam ini terpapar ketika dia turun kereta nanti? Apa pula kata orang. Tak pasal-pasal dicop samseng gara-gara lebam di muka serupa bergaduh dengan orang. Inaya sekadar berdehem. Menyahut ringkas panggil Nufail.

"Tolong ambilkan concealer dalam dashboard." Pinta Nufail. Ketika ini, dia sangat berterima kasih kepada Darya kerana suka tinggal barangan wanita itu dalam kereta Nufail semasa mereka keluar dahulu. Nufail pun tak ada tanda mahu keluarkan barang-barang tersebut. Nak pulangkan balik kepada Aryan, dia seringkali terlupa. Hasilnya, ada kebaikan juga alat solek Darya hari ini kepada dia.

Dahi Inaya sudah berkerut. Kenapa ada alat solek dalam kereta Nufail ini? Milik teman wanita dia ke macam mana? Walaupun dalam kepala Inaya penuh dengan tanda tanya. Tangan masih bergerak buka dashboard tersebut. Kening semakin bertaut apabila mata tertancap pada gambar ultrasound milik seseorang. Dan bila Nufail rasa agak lama Inaya senyap. Dia toleh ke arah Inaya.

Takkanlah Darya tertinggal ultrasound ini juga?

Agaknya betullah Darya tertinggal masa pemeriksaan kesihatannya dulu. Nufail menghela nafas. Nak tak nak nanti kena bawa keluar dari kereta ini. Tak pasal-pasal nanti orang fikir dia mengandungkan anak orang.

"Itu wife Aryan punya barang. Sebelum ni kita orang investigate kes. Dia selalu tumpang kereta aku." Nufail pun tak tahu kenapa begitu ringan mulutnya menerangkan perkara itu kepada Inaya. Mungkin dia tak mahu Inaya bertambah marah terhadap dirinya.

"Dia ada baby?" Tanya Inaya perlahan. Matanya merenung kepingan ultrasound itu dengan penuh minat. Comelnya! Macam bentuk dinasour kecil. Inaya simpan rasa teruja dalam diam. Dia mana pernah tengok kepingan ultrasound secara realiti.

"Hm, anak dia dengan Aryanlah." Beritahu Nufail lagi. Mata mengerling sekilas ke arah Inaya yang begitu minat merenung ke arah gambar hitam putih itu. Pelik betul budak ini. Gambar kabur macam itu pun dia boleh tatap. Bukannya nampak apa sangat pun.

"Dalam polaroid haritu, I tengok gambar wife Aryan cantik. Padahal masa itu zaman sekolah kau orang. Mesti baby dia orang nanti comel!" Lupa sudah perang dingin dia dan Nufail tadi. Nufail hampir saja melepaskan tawa. Semudah itu emosi perempuan berubah? Betullah, perempuan sejenis makhluk yang penuh dengan emosi. Dia tak nafikannya sekarang.

"Kau pun cantik apa," ujar Nufail tanpa sedar. Mata memerhati cermin sisi kereta apabila dia mahu tukar lorong. Lansung tak sedar dengan kata-katanya tadi. Manakala Inaya pula sudah terdiam. Arden... puji kita cantik? Getusnya dalam hati. Sesekali Nufail dijeling kejap. Benarlah, lelaki itu mana sedar dengan kata-katanya tadi. Inaya sudah kemam bibir. Kertas hitam putih itu diletak kembali ke tempat asal sebelum sebotol concealer diambil.

Sampai sahaja di perkarangan sebuah rumah agam. Kereta diparkir. Nufail masih belum buka kunci pintu. Inaya pula sudah bersedia mahu bukan penutup bekas concealer tersebut. Belum sempat gadis itu mahu pakaikan concealer kepada Nufail. Nufail sudah undurkan diri biarpun pintu kereta menjadi penghadang.

"Hands off, Maleeqa." Ucap Nufail. Inaya pula sudah terkebil-kebil.

"Haram, tak apa. Aku boleh buat sendiri." Tambah Nufail lagi apabila Inaya agak blur di situ. Inaya seakan tersedar. Terus dia pandang ke arah lain. Silap dia kerana ambil mudah.

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now