CHLOÉ meraup rambut ke belakang. Tak boleh jadi! Dia perlu pastikan Inaya jadi milik dia. Walaupun mungkin dia tak dapat jual Inaya dalam masa terdekat, dia akan buat juga pada tahun-tahun akan datang. Nafas Chloé menderu laju. Otak ligat berfikir bagaimana cara untuk bawa Inaya jauh daripada sini. Kawasan dewan ini tertutup. Pintu belakang sudah dikunci dari luar. Chloé gila. Gilakan darah emas Inaya!
Sama seperti mendiang keluarganya.
Minda mereka seolah sudah dilatih sejak kecil. Iaitu tujuan mereka hidup adalah untuk memburu pemilik darah emas. Mungkin tak ramai yang tahu. Datuk dan nenek Chloé pernah memburu pemilik darah emas yang lain sebelum mereka jumpa Alexandre. Senang kata, mereka boleh dikatakan pemburu terhandal.
"B-Bila kau ada dekat sini!" Jerit Chloé. Terkejut apabila Nufail sudah berada di hadapan Inaya. Inaya tergamam. Begitu juga dengan Nufail dan Zati. Bukan sebab Nufail berada di hadapan Inaya. Tetapi Chloé... boleh berbahasa melayu? Tatkala sedar mereka seakan mati kata. Chloé melepaskan tawa sinis. Kuat. Dan lantang. Sehingga tangan menekan perut akibat senak ketawa.
"Kenapa? Kau orang terkejut aku boleh bercakap dalam bahasa kau orang?" Soal Chloé bersama sisa tawanya. Gila!
"Hey, tujuan hidup aku hanya satu. Memburu darah emas. Dah tentu aku perlu arif tentang diri kau, Inaya." Ucap Chloé. Pandangannya berubah tajam semula. Inaya telan liur. Sejauh ini Chloé sanggup korbankan kehidupannya? Demi darah emas bodoh ini? Inaya pun tak minta dia dilahirkan sebegini. Kalau boleh dia mahu hidup normal seperti gadis lain. Bergembira bersama rakan-rakan, berseronok, tak perlu fikir tentang keadaan diri jika apa-apa berlaku.
Sekurang-kurangnya, orang lain jika mereka terluka parah, dan memerlukan transfusi darah. Mereka masih dapat diselamatkan kerana jenis darah mereka sudah sedia ada pada hospital-hospital tempatan. Tetapi Inaya? Sebab itulah Inaya banyak terkurung di rumah. Puan Aurélie terlalu fobia sehingga dia kerap mendesak anaknya dan Tuan Irsyad untuk sentiasa melindungi Inaya. Puan Maria naik buntu. Dia tak ingat apa-apa lansung tentang ayahnya dan darah emas.
Memori ketika berusia tiga tahun. Siapa saja yang ingat?
"Kau gila, Chloé. Kau gila!" Tempelak Inaya.
Nufail menunduk memandang bawah apabila suara Xander mendesis sakit kedengaran di telinganya. Nufail mencangkung. Sepasang mata gelap itu memandang Xander dingin. Seolah sang singa sedang mengamati mangsa di hadapan. Kau sentuh Maleeqa aku kan, tadi?
Tangan Xander dipegang.
Krak!
"Argh!"
Selamat jari-jemari lelaki berbangsa Perancis itu patah. Jeritan maha nyaring bergema di dewan tersebut. Chloé terus meluru ke arah Xander. Nufail memandang kosong. Aku benci sesiapa sentuh hak aku. Baru patah jari. Bukan dikerat.
"No, no, no!" Ulang Chloé berkali-kali. Tangan tunangnya sudah lembik seakan tak bertulang. Jelas jari lelaki itu sudah patah. Sejak tadi lagi dia berang ketika tunangnya dibelasah Inaya tanpa belas kasihan. Namun, Inaya lebih penting. Dia terpaksa mengetepikan Xander sejak tadi. Kulit wajah Xander memerah. Menahan kesakitan yang teramat. Pasangan ini gila! Hampir separuh mati Xander dilayan kasar. Buatkan Xander mahu mati sekarang juga.
"You hurt my fiance!"
Mata Chloé memerah. Dia bangun menghadap Nufail yang selamba menatapnya dengan wajah datar. Sempat Chloé mengerling ke arah Inaya di belakang Nufail.
"Kau! Kau tak habis-habis mahu mengganggu rancangan aku. Kau tak patut kenal dengan Inaya!" Pada mulanya, dia hanya merasakan Nufail tak bawa sebarang ancaman buat dirinya ketika Inaya dan Nufail bertemu di tasik dahulu. Namun, dia silap sama sekali. Inaya suka benar hadir ke pejabat Nufail. Chloé tak mampu menghalang. Dia terpaksa meneruskan lakonannya sebagai pengurus yang pendiam. Dan hanya mengikuti arahan Inaya tanpa membantah.
"Lupa, kau bukan Islam. Kau tak faham apa maksud takdir tuhan. Kalau kau tak faham lagi, walau apa cara sekalipun. Aku tetap akan berjumpa dengan Maleeqa tak kira cepat atau lambat." Perli Nufail. Apa saja yang perempuan bodoh ini faham tentang takdir? Chloé tak menganut sebarang agama. Dia berfikiran bebas tanpa sebarang pegangan. Jika agama lain, sudah tentu ada menegah kejahatan. Tetapi bagi orang tak beragama?
Tiada. Mereka berpegang pada akal fikiran yang cetek ilmunya.
"Kau ni tak ada agama kan? Macam mana kau nak kahwin eh? Pelik juga aku. Selalunya agama lain ada upacara perkahwinan. Tapi kau? Nak sah ikut celah mana?" Soal Nufail.
"Kau memang keras, Pael!"
Hampir ternganga Riyaz dibuatnya. Nufail begitu berani meluahkan isi hati. Cuma Riyaz tak pelik mana. Nufail memang begitu sejak dulu lagi. Terlalu jujur. Sehinggakan cakap pun tak bertapis. Main ikut sedap mulut!
Isaac sekadar memasang telinga. Dia tahu, Nufail sedang melengahkan waktu. Pihak interpol sedang cuba mengesan lokasi mereka. Agak susah kerana lokasi dewan ini tiada dalam pelan muzium.
"Pael,"
Panggil Riyaz. Paparan skrin pada komputer riba dibesarkan. Itu merupakan cctv di bahagian penjuru pentas.
"Kau nak cakap apa bodoh!" Bentak Nufail kasar.
"Belakang perempuan tu ada pistol!"
Rahang Nufail mengeras. Ah, dia tak patut sentuh emosi Chloé tadi. Sekarang ini nyawa dia dan Inaya terancam. Bagaimana kalau Chloé buat gila dan bawa keluar pistol tersebut.
"Track location aku, now!" Arah Nufail kuat. Pada awalnya, mereka merancang hanya pihak interpol saja bakal menjejak lokasi mereka. Namun, jika Nufail sudah turunkan arahan tersebut. Bermakna Isaac dan Riyaz perlu datang ke tempat ini sekarang juga. Atau erti kata lain, kod merah. Di mana nyawa dia dan Inaya sedang terancam.
"Pael, kau jangan kata..."
"How? Kau pun tahu sebarang alat elektronik tak dibenarkan bawa masuk ke sini." Ucap Chloé sambil ketawa kecil. Bibir Nufail terjungkit naik. Nufail tersenyum senang.
"Kau terlepas satu benda, Chloé. Aku software engineer." Mungkin pada pandangan Chloé, Nufail seolah tak berguna. Hanya seorang lelaki biasa. Tapi...
The function of a good software is to make the complex appear to be simple.
Itu moto hidup Nufail. Kedengaran merumitkan. Namun, tugas seorang jurutera adalah untuk memudahkan perkara yang kompleks. Sebarang alat elektronik tak dibenarkan bawa masuk ke dalam dewan? Jangan risau. Nufail ada insiatif lain. Yang lebih gila.
"Aku telan cip tracker."
"Aku tak pelik sial kalau kerja gila macam ni jantan ni yang buat!"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...