10

9.8K 328 10
                                        

NUFAIL sekadar memerhati kereta Darya diparkir dari jauh. Sambil tunggu Darya, tangan menyeluk ke dalam poket seluar. Sejak tadi lagi dia rasa ada benda terasa di peha. Kening bertaut apabila sekeping kertas ada dalam poket seluar. Duit ke? Lantas Nufail keluarkan kepingan kertas itu. Kertas yang dilipat dua dibuka. Bila nampak nama Nyx tertera pada tiket tersebut. Barulah dia ingat. Tiket ini Inaya beri kepada dia beberapa hari lepas. Ketika Riyaz ada di pejabat dia sekali. Saat ini baru dia perasan. Tarikh persembahan itu jatuh pada hari ini.

Malam.

Tapi, Nufail sendiri pun tak janji mahu pergi. Dia bukannya gemar majlis-majlis seperti itu. Ah, lantaklah! Sejak bila dia kisahkan perempuan lain? Tiket tersebut diselit ke poket tepi pintu. Segera kunci pintu dibuka apabila Darya semakin mendekati keretanya bersama fail-fail di tangan.

"Kau yakin kau nak teruskan?" Tanya Nufail. Apabila Nufail terima anggukan sebagai balasan. Tahulah dia bahawa Darya sudah tekad habis. Raut wajah Darya begitu serius. Hilang sudah sikap main-main dia selama ini. Bila Darya diam, Nufail terasa janggal. Dia sukakan ketenangan. Tapi sifat asli Darya ini banyak mulut. Bila senyap macam sekarang, macam bukan Darya.

Ke mak buyung ini tertukar roh?

"Kau nak tahu tak, Arya. Sebenarnya aku suka seorang perempuan ni," tak betah lagi dengan suasana sepi antara mereka berdua. Nufail cuba ajak Darya berbual. Dan entah kenapa dia boleh buka topik yang dia sudah simpan selama bertahun.

"Lepastu?" Nufail tersenyum senget. Agak dah. Wanita ini memang pantang bila buka topik begini. Daripada senyap sunyi terus boleh buka mulut semula. Nufail geleng kepala. Darya... Darya... Kenapa kau nak sangat aku kahwin? Bukannya mati pun kalau tak kahwin. Lagipun dia lelaki. Masih boleh teruskan hidup. Lainlah perempuan, kena kutuk sana sini dengan makcik-makcil bawang. Nufail toleh sekilas ke arah Darya. Ternyata wanita itu masih tunggu dia buka cerita.

"Perempuan tu keras kepala." Beritahu Nufail lagi. Dia tak nafikan Darya sangat keras kepala. Macam mana Aryan handle pun dia tak tahu.

"Normallah perempuan keras kepala. Bosanlah hidup kau kalau perempuan tu senyap semacam." Komen Darya pula. Tak mahu kalah. Dia perlu pertahankan air muka gadis-gadis hyper!

"Betullah tu. Tak hairanlah hari aku happening tiap hari." Nufail tersenyum nipis. Masih segar dalam ingatan bagaimana sikap Darya sejak kecil. Suka cetuskan masalah. Ada ketika bila Darya dimarahi nenek dan datuknya, pasti dia lari ke rumah Nufail di sebelah.

"Tapi aku tak pernah jujur dekat dia pasal perasaan aku."

"Kau takut kena reject, ke ngek?" Nufail spontan tergelak kecil. Bukan takut kena tolak, Darya... Kau itu isteri orang. Terasa jahat pula Nufail sebab sukakan isteri orang.

"Aku rasa dia suka orang lain." Bohong Nufail pula. Mana boleh cerita semua. Nanti minah ini terkejut beruk. Dia yang susah. Lepas itu mulalah buat drama, mengelak daripada dia terus. Nufail tahu dah perangai Darya ini macam mana. Baik dia simpan perasaan dia seorang diri.

"Rasa? Tapi kau tak pernah tanya dia pun, Pael."

"Aku yakin dia suka orang lain. Aku nampak," kata Nufail lagi. Orang lain itu Aryan. Kedua-duanya sahabat dia sendiri.

"Tak apalah, Pael. Ramai lagi perempuan dekat luar sana. Faham, sakit. Tapi nak buat macam mana, kan? Jodoh semua dah tertulis. Asal bukan bini orang sudah." Nufail rasa mahu tercekik air liur sendiri. Ayat terakhir Darya itu walaupun tak bermaksud nak perli dia. Tapi sungguh menusuk ke hati.

"Ramai tu memang ramai, Arya. Tapi tak sama dengan dia," balasnya pelan.

"Kalau kau berpeluang, kau nak cakap apa kat dia?" Nufail senyap. Berfikir sekejap. Bagi dia, kalau dia cakap sekarang. Kira berpeluanglah kan untuk beritahu Darya walaupun Darya tak faham? Kemudian dia bersetuju dalam hati.

"Aku nak berterima kasih dekat dia sebab hadir dalam hidup aku. Aryan pernah pesan dekat aku, mencintai tak semestinya memiliki. Aku setuju dengan Aryan. Tengok dia gembira pun aku dah cukup bahagia. Cinta kita terbalas itu indah, tapi bukan ke lagi indah kalau kita ikhlas mencintai dia tanpa harapkan sebarang balasan? Aku tak berharap lansung dia balas perasaan tu. Lambat-laun hilanglah tu." Hujah Nufail panjang. Ikhlas. Dia sungguh maksudkannya.

Kedua-duanya senyap. Nufail menoleh ke arah Darya sekejap. Wanita itu masih diam. Mungkin sedang hadam setiap kata-katanya.

"Pael," Darya bersuara. Nufail sudah angkat kening tanda mengapa.

"Kalau aku pergi jauh, kau sayang aku tak sebagai kawan?" Raut wajah Nufail berubah tegang. Kemudian Nufail pandang Darya sekilas sebelum memandang ke depan semula. Apa si Darya ini merepek sekarang? Nufail tak rasa soalan Darya sekarang ini macam dia selalu bergurau.

"Kau kenapa ni?"

"Aku tanya aje." Nufail tak sedap hati. Dia tahu ada yang tak kena dengan Darya.

"Sayanglah. Aku sayang kau kut, takkan tak nampak lagi selama ni aku jaga kau baik-baik masa Aryan tak ada. Tengok sekarang, aku still jaga kau tau tanpa sedar." Bidas Nufail pula. Bodohlah wanita ini kalau masih tak nampak Nufail sentiasa jaga dia.

"Kau jaga Aryan dengan Firash tau kalau aku tak ada nanti. Kau boleh jaga aku, takkan tak boleh jaga dia orang kan?" Nufail tolak lidah ke dalam pipi. Perasaan amarah mula memuncak. Sungguh dia benci bila rakan-rakan dia berpesan macam ini. Hari itu, Aryan. Kali ini pula Darya. Kenapa dua orang manusia ini tak habis-habis serabutkan akal fikiran dia?

"Kau jangan merepeklah, Arya! Kau dengan Aryan sama-sama bodoh. Eloklah kahwin dua ekor ni." Amuk Nufail. Suaranya sudah naik seoktaf.

"Jangan mencarut depan anak akulah, gila!" Mula dah. Dua orang ini bergaduh macam anjing dan kucing. Pantang ada silap pertuturan sikit!

"Tu, kau mencarut tu. Apa benda?" Nufail tersenyum senget. Bukan main suruh orang jangan mencarut depan dia. Tapi dia pun sama naik. Padahal dia itu mak budak!

"Baby, ayah minta maaf sebab mak kau dengan bapak kau otak mereng sikit. Biasalah kanak-kanak terencat." Ucap Nufail. Sempat dia kutuk Darya depan-depan. Pakej sekali Aryan di rumah. Mesti lelaki itu sudah terbatuk-batuk bila nama kena sebut tanpa sebab.

"Sejak bila kau jadi ayah anak aku ni?"

"Selain daripada Aryan Hameen, ini," Nufail tunjuk ke arah diri sendiri.

"Hamba tuhan bernama Arden Nufail inilah selalu jaga kau tau. Kau sedar tak masa kau mengidam bukan-bukan lepastu tak nak bapak dia tahu, aku mangsa keadaan nak cari natang tu?" Mulut Darya serta-merta terkunci. Dia kalah. Nufail betul.

"Itupun berkira," getus Darya perlahan. Nufail berdecit. Kau lupa ke member kau ini telinga lintah, Darya?

"Tak berkira, mengingatkan. Mana tahu lupa diri, terus bawa anak kau orang lari dari aku."

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang