32

9.9K 331 4
                                        

NUFAIL sekadar memerhati tingkah laku Inaya. Sedang gadis itu sibuk meratakan krim pelembap pada wajah, ada masa botol-botol serum Inaya tergolek di atas meja akibat terkena lengannya. Biasanya mana ada Inaya akan biarkan produk penjagaan kulitnya terjatuh mahupun tergolek. Gadis itu banyak termenung. Nufail nampak fikiran Inaya agak terganggu. Nufail mendekati Inaya. Elok sahaja Nufail berdiri di sisi gadis itu, satu botol toner tergolek mahu jatuh ke lantai.

Dengan pantas Nufail menyambut. Inaya seolah tak sedar.

"Maleeqa." Panggil Nufail.

Sepi. Inaya masih tak membalas. Nufail sudah menghela nafas. Takkanlah sebab artikel-artikel siang tadi Inaya jadi seperti ini? Rasanya, Nufail sudah 'bersihkan' semua artikel itu siang tadi. Cuma dia belum sempat mahu beritahu Inaya.

"Aurora," panggil Nufail sekali lagi. Kali ini, tangan naik menyentuh rambut perang Inaya. Dia pun tak tahu kenapa dia berbuat begini. Pada masa yang sama, rambut Inaya yang tak berikat tadi disatukan. Inaya tersentak dari lamunan. Dia merenung biasan dirinya dan Nufail pada cermin. Lelaki itu berada di belakangnya sekarang.

"Ya? Kenapa you panggil I?" Sahut Inaya. Dahi Inaya serta-merta berkerut tatkala Nufail menghulurkan tapak tangan. Apa Nufail nak? Dalam keadaan bingung, losyen dipicit ke atas tapak tangannya, disapu sedikit ke lengan sebelum dia menyapu lebihan losyen itu pada tangan Nufail. Nufail tergadah. Dia... pakai losyen?

"Aku nak getah rambut." Rambut Inaya yang berada dalam genggaman tangan ditunjuk melalui biasan cermin. Inaya sudah gigit bibir. Alamak, silap pula. Tanpa berbasa-basi, getah rambut dicapai sebelum diberi kepada Nufail. Sebenarnya, jujur dia terasa aneh. Mana pernah manusia berjantina lelaki sentuh rambut dia selain Tuan Irsyad dan Isaac. Itupun sekadar usap kepala.

Tapi Nufail, siap ikatkan rambut dia.

Inaya diam memerhati setiap perlakuan Nufail. Lansung tak menyakitkan dirinya. Tak adalah sehingga tahap Nufail mendadan rambut Inaya, cuma ikatan biasa sekadar mahu elakkan daripada rambutnya mengurai bebas. Siap mengikat rambut Inaya, tangan diletak pada kiri dan kanan Inaya. Mengurung gadis itu tanpa sedar. Inaya sudah telan liur. Apa Arden nak buat ini?

"Kau fikirkan apa, hm... Maleeqa?" Suara parau itu bernada rendah. Sekali lagi Inaya telan liur.

"I... I cuma... " kelu. Lidah Inaya sungguh kelu sekarang ini. Tak tahu nak kata apa. Macam-macam perkara bermain dalam fikiran Inaya. Kepala tunduk menekur lantai. Daripada hal gambar dia dan Nufail tersebar, sehinggalah permintaan Tuan Irsyad mahu dia berpisah dengan Nufail. Semua mengganggu fokusnya sekarang.

"Kau risau dengan pihak media?" Tanya Nufail. Inaya angguk pelan. Mengaku sajalah, Inaya. Itupun sebahagian daripada masalah kau juga! Kata hati Inaya.

"Aku dah clearkan berita-berita sampah itu," Nufail memberitahu selamba. Terus Inaya angkat kepala. Mendongak memandang Nufail yang sedang berdiri di belakangnya. Nufail dipandang tak percaya. Nufail dah bersihkan semua artikel berkaitan mereka berdua itu?

Tapi, macam mana?

"Your husband is a software engineer for a reason, aurora." Tanpa sedar, Nufail tunduk mencium pipi Inaya. Pipi Inaya berona merah sejak tadi buatkan Nufail tasa terpanggil mahu mengucup pipi tersebut. Benda halal apa salahnya Nufail menikmati rezeki yang ada. Nufail kembali tegakkan tubuh. Katil dituju sebelum kembali duduk melunjurkan kaki di atas katil.

Inaya diam tak berkutik. Masih terkedu.

"Sedikitpun you tak pernah sukakan I ke, Arden?" Soalan itu terpancul dari belahan bibir Inaya secara tiba-tiba. Sepasang mata itu merenung Nufail dari jauh. Lelaki itu kembali menghadap skrin iMacnya di atas katil sejak tadi. Kepala Nufail automatik terangkat. Pandangan mereka bertaut.

"I'm sorry aurora, but nope. Aku tak pernah sukakan kau walau sedikit." Bohonglah kalau Inaya tak terasa hampa. Nufail suami sah dia. Bukan setakat teman lelaki olok-olok.

"I rasa, I mula tertarik dengan plan awal you." Sebelah Nufail terangkat. Rancangan awal dia apa benda eh?

"Dalam tempoh enam bulan, kalau kita masih tak tunjuk perkembangan sebagai suami dan isteri. You boleh lepaskan I," tambah Inaya lagi. Dia rasa itu yang terbaik. Untuk kepuasan semua orang. Walaupun Nufail masih hairan dengan pernyataan Inaya yang sungguh tiba-tiba itu. Nufail hanya angguk. Bukankah pada awalnya Inaya sendiri kata dia tak mahukan perkahwinan berakhir dengan perpisahan?

"I nak turun tolong ibu dekat bawah." Pamit Inaya sebelum tubuhnya menghilang di sebalik pintu bilik. Dengan pantas Nufail mengekori langkah Inaya. Inaya sudah pandang Nufail hairan. Dah kenapa tiba-tiba menempel dekat tepi dia ini?

"Ibu nak buat apa?" Nufail dapat agak, ibunya mesti nak buat pencuci mulut atau apa-apa manisan memandangkan jam sudah menginjak pukul 10 malam. Takkanlah Puan Hanisa mahu masak makanan berat.

"Bubur pulut hitam." Nufail sudah sorok perasaan terujanya itu. Sampai sahaja di dapur, Puan Hanisa tersenyum melihat kedua anak menantunya ada di situ. Nufail mengambil tempat manakala Inaya sudah bergerak mendekati peti ais bersama sepiring pinggan kecil. Dalam diam, Puan Hanisa dan Nufail sekadar memerhati tindak-tanduk gadis cantik itu.

Dengan cermat, sepotong kek red velvet diletak ke atas piring. Inaya membawa piring itu kepada Nufail.

"Makanlah, I buat petang tadi." Ujar Inaya meninggalkan Nufail yang masih terkebil-kebil. Puan Hanisa sudah simpul senyum. Pandai melayan suami rupanya. Dia sangka Inaya lansung tak tahu apa-apa. Jika tak, dengan rela hati dia boleh mengajar menantunya itu.

Kemudian, dia memandang Nufail semula.

"Bukan Nufail tak mak-" belum sempat Puan Hanisa mahu habiskan ayat. Anak lelakinya sudah pintas terlebih dahulu. Cepat-cepat sudu berisi kek disuap ke dalam mulut. Perlahan-lahan dia mengunyah kek tersebut. Nufail terkedu. Dia rasa... sedap.

"Achik makanlah ibu." Kata Nufail pula. Puan Hanisa sudah angkat kening. Nufail pula sudah menjeling manja. Rasanya, setahu dia Nufail tak suka kek. Bergilir-gilir Inaya memandang Puan Hanisa dan Nufail. Bahasa isyarat apa pula dua beranak ini sedang guna?

"Arden tak makan kek ke ibu?" Soal Inaya polos.

Ibu sudah berdehem. Sempat dia menjeling Nufail yang sedang melahap kek tersebut.

"Makan sangat, Maleeqa. Lepasni boleh kut Maleeqa buatkan Nufail kek setiap hari." Perli Puan Hanisa dalam diam. Agak terkejut juga bila tengok Nufail begitu berselera menjamah kek. Bayangkan saja, sejak Nufail kecil mana mahunya lelaki itu makan kek. Ketika sambutan hari lahirnya sewaktu sekolah rendah dulu pun dia sanggup minta pulut kuning daripada kek. Hasilnya, satu kelas mencemuh Nufail. Mereka mahukan kek.

Namun, Nufail selamba sahaja menikmati pulut kuning tersebut. Hari lahir aku, bukan kau!

"Ibu kamu buat apa, achik?" Tegur Tuan Nuqman sebaik sahaja melangkah masuk dapur. Inaya dipandang sekilas sebelum sepasang mata tua itu memandang Nufail begitu kusyuk bersama makanan di hadapannya. Sejak bila anak aku reti makan kek ini?

"Abah nak makan kek?" Tanya Inaya sopan.

"Abah tak makan kek kalau bukan ibu atau anak aku yang buat." Dingin.

"Abah," tegur Nufail. Puan Hanisa geleng kepala. Kenapalah suaminya itu suka bersikap sebegitu rupa dengan orang lain selain ahli keluarganya? Inaya pula sudah kemam bibir. Kepala tunduk memandang lantai. Dia malu bila bapa mertuanya terang-terangan memerli dia di hadapan Puan Hanisa dan Nufail. Daddy... abah tak suka Inaya. Lirihnya dalam hati. Walaupun dia agak perkahwinan dia dan Nufail cuma bertahan selama enam bulan. Tapi mampukah dia bertahan dengan Tuan Nuqman?

Inaya tak pasti.

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang