Paris, 2016.
TUAN Irsyad merenung dalam ke arah seorang gadis kira-kira berusia 17 tahun. Silap dia kerana terlanggar gadis muda sewaktu dia bergegas mahu menuju ke kawasan tempat tinggal sementaranya. Gadis ini comot. Rambutnya kusut. Terdapat juga luka pada lutut kanannya. Mungkin akibat terjatuh di atas jalan tar tadi. Namun, ada juga kesan luka lama yang sudah menjadi parut.
"Je suis désolé, petite mademmoiselle. J'ai été négligent. Pouvons-nous aller à la clinique maintenant? (I'm sorry, little miss. I was negligent. Can we go to the clinic now?)" Dalam hati, kuat dia berdoa agar gadis muda ini bersetuju. Kalau tak, sungguh dia bakal dihantui rasa bersalah.
"I can speak english." Beritahu gadis itu pula. Tuan Irsyad menghembus nafas lega. Baguslah. Berbelit lidahnya mahu bertutur dalam bahasa Perancis. Risau juga dia jika orang tak faham. Dia bukannya fasih mana.
"Great. Can we go to the clinic, now? The wounds needs tobe treated." Ujar Tuan Irsyad.
"Can you... give me a job? I desperately want money." Dahi Tuan Irsyad membentuk sebuah kerutan. Kenapa gadis muda ini mahukan kerja? Dia nampak terlalu muda. Sepatutnya gadis muda ini patut berada di sekolah. Tetapi, bila diperhatikan semula dengan pakaian comotnya. Tuan Irsyad agak dia orang susah. Tuan Irsyad buntu. Kerja apa dia mahu beri kepada gadis muda ini?
"What can you do?" Soal Tuan Irsyad pula. Dia cepat jatuh belas kasihan terhadap orang lain.
"I can fight. I also don't mind going anywhere. Because I... have lost my family." Luah gadis muda itu pula. Bila dengar sahaja gadis itu mengaku yang dia boleh berlawan. Fikiran Tuan Irsyad jauh melayang memikirkan Inaya. Inaya... perlukan seseorang untuk mengurus dan melindunginya.
"What is your name, little miss?"
"You can call me Chloé."
Tanpa berfikir panjang, Chloé dibawa ke rumah agam Aurélie. Kebetulan, mereka sekeluarga berada di Paris kerana Inaya terlibat dalam sebuah pertandingan di kota seni tersebut. Inaya yang baru sahaja mahu menyambut kepulangan bapanya berhenti melangkah apabila perasan ada susuk tubuh lain di belakang Tuan Irsyad. Jangan kata daddy mahu ambil anak angkat!
"Siapa itu, daddy?" Tanya Inaya. Wajah cemberut sudah dipasang. Inaya tak suka perempuan comot itu!
"Nama dia Chloé. Chloé akan menjadi pengurus Ina-" Belum sempat Tuan Irsyad mahu habiskan ayat. Inaya sudah pintas terlebih dahulu.
"Tak nak!" Tempelak Inaya. Terkocoh-kocoh Puan Maria bersama kakak dan abang Inaya menuruni tangga. Terkejut apabila si bongsu itu menjerit nyaring di tingkat bawah. Puan Maria memandang Inaya dan suaminya bergilir sebelum sepasang matanya jatuh memandang sekujur tubuh di belakang Tuan Irsyad.
"Dengar cakap daddy. Terima Chloé sebagai pengurus Inaya dan daddy akan biarkan Inaya jadi dancer." Ugut Tuan Irsyad. Ini keputusannya. Jika Inaya berdegil mahu menjadi penari. Inaya perlu ada pengurus. Inaya juga tak dibenarkan mendedahkan sebarang maklumat peribadinya. Termasuklah nama. Sebab itu dia kekal diam sebaik sahaja tarian ditamatkan.
Inaya lari memeluk Isaac. Dia tak mahu! Dia ada Isaac untuk melindunginya. Kenapa Tuan Irsyad paksa dia menerima perempuan bernama Chloé itu!
"Abang Mika, adik tak nak ada pengurus," adu Inaya. Isaac menghela nafas. Dia mana punya kuasa untuk membantah arahan Tuan Irsyad. Dan Isaac juga yakin. Pasti Tuan Irsyad tahu apa yang lebih baik untuk Inaya. Isaac pun mahu adiknya kekal selamat.
"Daddy sayang adik. Sebab itu daddy buat macam tu. Adik dengarlah cakap daddy. Adik kata, adik mahu jadi dancer. Kena lah berkorban sikit." Pujuk Isaac. Tangan mengusap belakang tubuh Inaya sambil tangan memberi isyarat sabar buat Tuan Irsyad. Isaac kenal adiknya. Inaya perlu dipujuk dengan lembut.
Inaya palingkan muka memandang Tuan Irsyad.
"Kalau nak Inaya terima dia sebagai pengurus boleh. Tapi bersyarat." Kata Inaya pula. Masing-masing diam memberi ruang gadis kecil itu bercakap. Tertanya-tanya juga mereka syarat apa yang bakal diletak Inaya.
"Perempuan itu, tak boleh masuk campur urusan peribadi Inaya." Ucap Inaya dingin. Dia benci apabila privasinya diganggu.
Manakala Chloé, sudah simpan senyuman sinis. Mereka berjaya masuk ke dalam perangkapnya sendiri. Bertahun-tahun ibu dan bapanya melatih untuk memburu Inaya. Kata mereka, Inaya merupakan lubuk kekayaan keluarga mereka. Sehinggakan ibu dan bapanya mati, mereka bukan mengucapkan bahawa mereka sayangkan Chloé ketika di akhir hayat. Sebaliknya, mereka mengingatkan Chloé untuk terus memburu Inaya.
There is, my 15 million usd girl.
Chloé tak pernah dapat kasih sayang ibu dan bapanya. Oleh sebab itu, makin kuat keinginan Chloé untuk memburu Inaya. Chloé bencikan Inaya. Tapi dia tahu, gadis yang muda dua tahun daripadanya itu bakal mengubah nasib dia suatu hari nanti.
Setiap tahun nilai darah emas itu meningkat 1 juta usd. Sungguh lumayan. Malah, boleh menjadi jutawan sekelip mata. Tambah lagi dengan sikap rakus manusia. Tamak. Bila dibida, sudah tentulah lebih tinggi nilai darah emas tersebut.
Tujuan Chloé hanya satu. Dia mahu sabar menunggu sehingga tiba masanya. Dan dia akan bida gadis tersebut.
Chloé tangkas berlawan. Semuanya dilatih sejak kecil. Kata ibu dan bapanya, jika dia mahu memburu. Dia perlu tangkas berlawan. Chloé merupakan harapan terakhir ibu dan bapanya memandangkan datuk Inaya yang turut mempunyai darah emas telah mati ditembak atas kesilapan mereka. Keluarga mereka tak susah seperti yang dijangka, mereka masih mampu ke luar negara. Cuma mereka tamak.
Mereka mahukan lebih lagi.
Keluarga Chloé sejak zaman nenek moyangnya lagi sentiasa dahagakan darah emas berharga tersebut.
"Nice to meet you, young lady."
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...