58

8.8K 285 0
                                        

NUFAIL termenung merenung ke luar balkoni. Lansung tak keluarkan sebarang suara. Riak wajah Nufail kosong. Tak berperasaan. Demam panasnya juga sudah surut. Semangkuk bubur yang berada di sisi meja dibiar tak berusik. Apa guna dia makan kalau Inaya tak ada untuk menyuap dia? Dan apa gunanya lagi kalau dia makan jika Inaya lansung tak ajak dia makan sekali?

"Pael, kalau kau tak makan. Siapa nak cari Inaya?" Pujuk Riyaz. Riyaz juga buntu mahu suruh Nufail makan.

Sepi.

"Laptop kau-"

"Kau rasa aku ada masa nak kisahkan laptop aku ke masa isteri aku hilang?" Pintas Nufail. Riyaz bungkam. Nufail... sudah berputus asa. Selama ini, mana pernah Nufail abaikan komputer riba dia. Walau seteruk mana pun keadaan, pasti Nufail akan melekat bersama komputer riba. Kata Nufail, bila dia hadap komputer riba. Dia dapat ilham untuk selesaikan bermacam masalah.

"Laptop kau tu penting. Boleh bagi hint dekat mana isteri kau berada. Kau lupa ke laptop tu ibarat nyawa kau?" Balas Riyaz tenang.

"Bullshit! Kau fikir dengan tekan-tekan keyboard, Maleeqa boleh muncul depan aku ke?" Bidas Nufail. Apa yang Riyaz tak faham bahasa sangat ini? Dia dah kata, dia tak perlukan komputer riba itu. Dia perlukan Inaya!

"Kau perlukan laptop kau! Macam mana kau nak cari bini kau kalau kau sendiri pun dah jadi mayat hidup macam ni!" Herdik Riyaz. Dia dah cukup bersabar dengan Nufail. Lelaki ini mana boleh ditegur baik-baik. Perlu ada seseorang yang berani cakap direct seperti Aryan dan Riyaz pada waktu ini. Kalau tak, sampai bila-bila dia akan rasa diri dia saja betul.

Nufail diam.

Isaac masuk ke dalam bilik Nufail. Nufail dan Riyaz dipandang bergilir. Dari luar dia dengar Riyaz bertempik kuat. Isaac dapat agak. Semua berpunca daripada Nufail apabila dia terlihat mangkuk berisi bubur itu masih penuh tak berusik. Isaac menghela nafas. Terasa seperti dia sedang menjaga dua budak lelaki yang sedang bergaduh. Sedangkan dia muda setahun daripada Nufail. Manakala Riyaz pula sebaya dengan dia.

"Kau nampak tak muka ni?" Bahu Nufail ditarik kasar menghadap Isaac. Wajah Riyaz mengetat. Sungguh dia marah. Jari ditala ke arah Isaac.

"Ini, abang isteri kau. Abang Inaya Maleeqa. Dia pun hilang adik dia. Tapi kau nampak ke dia putus asa cari adik dia macam kau! Kau suami dia, Nufail! For a god sake... apa aje kau buat sepanjang empat hari ni? Kau buat lembik dekat sini. Meratap macam isteri kau dah mati. Mana usaha kau!" Isaac diam. Dia faham perasaan Nufail. Kalau diikutkan hati, dia pun mahu terus bersedih macam Nufail. Akan tetapi, kalau dia dan Nufail sama-sama berputus asa. Siapa mahu cari Inaya? Riyaz?

Nufail menunduk.

Dia harapkan Inaya pulang ke pangkuannya. Tetapi dia lansung tak cari Inaya. Dia berteleku atas katil. Seperti orang lumpuh. Sedangkan dia cukup sifat. Malah mempunyai tenaga dan kudrat sebagai seorang lelaki sempurna. Entah-entah, kalau dia tak putus asa sebegini. Inaya sudah dijumpai lebih awal. Fikir Nufail.

"Aku nak cari Maleeqa semula. Mana laptop aku? Ada apa-apa info ke yang kau jumpa?" Riyaz dan Isaac memandang sesama sendiri sebelum mengangguk perlahan. Syukurlah. Akhirnya lelaki itu sedar. Isaac keluar dari bilik itu. Bilik kerja di mana terletaknya komputer riba Riyaz dituju. Tanpa berlengah, terus dia mencapai komputer riba tersebut sebelum diserahkan kepada Nufail.

Our Nufail is back.

Nufail habiskan bubur tersebut biarpun rasanya agak tawar. Makanan orang sakit. Dulu masa dia sakit pun, dia suruh Inaya pesankan grabfood. Nufail tersenyum kecil. Inaya selalu melayan karenah dia. Walaupun ketika itu dia membenci Inaya. Inaya lansung tak berputus asa mahu mengambil hatinya. Nufail tarik nafas dalam-dalam. Jari-jemari dipatahkan. Apabila Isaac muncul di balik pintu. Tahulah dia 'kerja' dia bakal bermula.

Dan mungkin dia takkan tidur malam selagi kod-kod program belum dipecahkan dan maklumat penting belum dijumpai.

"Pael, aku sempat hack cctv kawasan sekitar kedai croissant yang ada. Bagi aku forward dekat kau kejap." Kata Riyaz sebaik sahaja melangkah masuk bersama komputer ribanya. Dengan selamba, dia melabuhkan punggung di sofa. Nufail nampak gaya macam malas mahu keluar bilik saja. Baik dia duduk sini terus. Lagipun ini hanya bilik tetamu. Tak adalah Riyaz rasa bersalah sangat.

Nufail mengangguk.

Masuk sahaja fail yang sudah dihantar. Mata Nufail mengecil. Mahu fokus dengan setiap pergerakan setiap orang melalui rakaman cctv tersebut. Sehingga sepasang mata gelapnya menangkap kelibat Inaya sedang duduk di luar kafe. Pengurusnya tiada entah kemana. Tak lama kemudian, ada susuk tubuh wanita lain duduk di depan Inaya.

"Perempuan ini macam..." Nufail sengetkan kepala. Cuba mengingat kembali nama perempuan itu.

"Khaira Alara." Celah Riyaz.

"Yep. Perempuan tu. Dia berjumpa dengan Maleeqa?" Namun, raut wajah Nufail berubah ketat apabila setelah beberapa minit. Belakang kepala Inaya dihentak dari belakang. Kelihatan Lara seolah sedang memberikan amaran sebelum memandang Inaya lama. Lalu Inaya dibawa pergi oleh susuk tubuh lelaki itu.

Sial, jantan itu sentuh hak aku.

Ingatkan Nufail untuk terajang sepuas-puasnya apabila dia berjumpa dengan lelaki itu. Nufail benci bila miliknya disentuh lelaki lain. Kalau mampu, ingin saja Nufail kerat-kerat tangan itu dan beri anjing makan. Padah apabila menyentuh Maleeqanya. Nufail mengepal buku lima erat. Ingin saja dia melepaskan penumbuk itu sekarang juga jika lelaki itu berada di hadapannya.

"Pael." Lamunan Nufail terhenti. Kepala diangkat memandang Riyaz. Sebelah kening sudah terangkat.

"Kau dengar tak aku cakap apa?" Bukan Riyaz tak nampak. Nufail menatap tajam skrin komputer riba. Seakan boleh tembus. Renungan Nufail garang. Membunuh. Posesif. Dan Riyaz agak, itu semua berpunca daripada rakaman video tersebut.

"Zati beritahu aku, kalau kita terlambat dapatkan Inaya dibawah pengawasan Dato' Khalid. Inaya akan dibida. Tak pasti dekat mana. Kau dah cukup sihat atau belum untuk dapatkan Inaya semula?" Tanya Riyaz. Berdesing telinga Nufail apabila dengar isterinya bakal dibida. Isteri dia bukan untuk dijual beli sesuka hati! Inaya Maleeqa hak milik mutlak dia!

"Aku sakit tenat sekalipun, aku kena dapatkan isteri aku balik. Hak milik aku. Bukan milik sesiapa."

[C] Bukan Bidadari NufailTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang