NUFAIL menghembus asap rokok. Berkepul-kepul asap putih mengelilingi wajahnya. Sambil menunggu Inaya buka bicara, dia hanya diam. Dia pun tak ada keinginan mahu mulakan perbualan. Lagipun, gadis itu yang mahu jumpa dia hari ini. Dia sekadar mengikut saja. Inaya sandarkan tubuh pada motosikal Nufail. Sekarang ini dia berada di sisi Nufail. Mereka berada di tasik, tempat kali pertama mereka bertemu dahulu.
Inaya peluk tubuh. Kemudian dia melepaskan keluhan berat.
"What's on your mind, Arden? Sampaikan you tiba-tiba nak kahwin dengan I." Inaya masih tak puas hati. Nufail 'merisik' dia ketika dia tak tahu apa-apa. Tahu-tahu lelaki itu datang berjumpa keluarganya. Meminta izin untuk memperisterikan dia. Gila ke? Inaya masih ada impian untuk berkahwin dengan lelaki dia cintai biarpun dia tak pernah ada teman lelaki.
"Sebab aku perlu kahwin dengan kau, Maleeqa." Nufail bersuara tenang. Jika Inaya menjadi api, dia perlu jadi air. Itulah pesanan Aryan. Perempuan penuh dengan emosi.
"My love for you have changed! I dah buang perasaan bodoh itu, Arden." Bentak Inaya. Kenapa lelaki ini sungguh tak faham bahasa? Mahu jilat ludah sendiri balik ke macam mana. Nufail menyakitkan hati. Dia mahukan seseorang yang mampu jaga dia. Dari segi fizikal mahupun mental. Setakat fizikal dia saja dijaga Nufail, bagaimana pula dengan perasaan dia nanti?
Inaya Maleeqa berkeras bahawa dia sudah tak cintakan Arden Nufail.
"Aku tahu, Maleeqa. Aku pun tak cintakan kau." Jujur Nufail. Inaya menyebak rambutnya ke belakang. Dia menyirap dengar jawapan Nufail. Terang-terang dia dan Nufail tak cintakan sesama sendiri, apa gunanya perkahwinan mereka nanti?
"Great. Sekarang ini, apa lagi yang you tak faham bahasa? Perkahwinan kita takkan kekal kalau perasaan cinta antara kita berdua tak wujud!" Bidas Inaya lagi. Perlu ke dia lempang Nufail sekali lagi supaya lelaki ini faham dengan situasi sekarang?
"Bagi aku enam bulan," pinta Nufail. Cuba bertolak ansur dengan Inaya. Inaya angkat sebelah kening.
"For what?" Pelik. Lelaki ini dah nak mampus ke apa sampai minta tempoh bagai. Inaya toleh ke kiri. Memandang Nufail. Lelaki di sebelahnya ini masih tenang bersama puntung rokok di bibir. Kalau betul dah nak mampus, takkan dia tengah rosakkan paru-paru sendiri lagi? Fikir Inaya.
"Untuk cintakan kau," juga selesaikan semua ini. Sambung Nufail dalam hati. Dia perlu cari cara supaya Dato' Khalid berhenti ganggu Inaya. Kalau boleh, dia mahu sumbat lelaki tua itu masuk ke dalam penjara terus.
Hujung bibir Inaya terjungkit naik. Bukan senyuman manis, tetapi sinis.
"Kalau you tak boleh cintakan I?" Tanya Inaya pula. Inaya rasa nak gelak guna speaker masjid bila Nufail kata dia akan cuba cintakan Inaya. Lelaki. Sekali dah ada cinta pertama, mana nak pandang perempuan lain! Sebab itulah Inaya tekad tak mahu cintakan Nufail.
"Aku lepaskan kau." Senyuman sinis Inaya lansung mati.
"You bodoh ke apa, Arden? Sesuka hati you nak kahwin dengan I. Lepastu bila you rasa you tak perlukan I, you nak buang I? What a coward, huh..." Ejek Inaya. Bagi dia sekarang, pemikiran Nufail sungguh tak matang. Seolah perkahwinan itu merupakan sebuah permainan. Main kahwin-kahwin. Bila bosan, cerai.
"Ya, aku bodoh. Aku bodoh sebab terdesak nak kahwin dengan kau! Aku cakap aku akan cuba cintakan kau, kan? I'm a man of my word, Maleeqa. Aku tak mungkir janji bila aku cakap aku akan cuba cintakan kau." Ayat terakhir Nufail tekankan. Dia sedar, sampai bila lagi dia perlu biarkan isi hatinya didiami isteri kawan baik dia sendiri. Sampai satu masa, dia perlu buka buku baru. Mulakan hidup baru bersama orang lain. Bukan bersama cinta pertama dia.
Inaya terdiam.
"Aku mohon sekali ini aje, Maleeqa. Kahwin dengan aku. Jadi isteri aku, aku tak janjikan bahagia sekarang. Tapi aku akan cuba bahagiakan kau dengan cara aku sendiri. Biarpun makan masa." Nufail menghela nafas. Bila Inaya kekal diam, Nufail rasa dia perlu berterus-terang tentang Dato' Khalid. Walaupun sedikit.
"Kau kenal Dato' Khalid?" Soal Nufail. Inaya berfikir sejenak. Baru sahaja dia mahu geleng kepala, baru dia teringat sesuatu.
"Dia selalu jadi tetamu VIP dancing show I. Dua bulan lepas pun dia ada datang." Nufail ketap bibir. Dasar orang tua gatal! Masa itu pula kebetulan dia pergi serang gudang Syakila. Sah-sahlah dia tak dapat hadir ke persembahan Inaya.
"Kau nak jadi isteri aku ke isteri muda dia?" Tanya Nufail lagi. Inaya sudah tayang muka jijik. Kalau dia berada dalam situasi sebegitu, memang dia pilih Nufail. Tak sanggup mahu berkahwin dengan orang tua baya-baya ayahnya!
"Beragaklah sikit. I tak batak lagi nak kahwin dengan dato'-dato' berusia macam tu." Balas Inaya pula. Dahlah jadi isteri muda. Lagi geli bila terbayang.
"Itulah faktanya. Dia berniat mahu jadikan kau isteri muda dia. Kau sanggup?" Inaya rasa mahu lompat terus ke dalam tasik. Biar betul orang tua itu? Angan-angan Dato' Khalid begitu tinggi! Citarasa dia lain macam. Mahu juga gadis muda. Sudahlah dia mahukan Nyx. Punya ramai gadis lain di luar sana. Inaya juga dia nak.
"I ingat dia sekadar bergurau." Naik loya tekak Inaya bila teringat orang tua itu pernah 'bergurau' mahu jadikan dia isteri di belakang pentas. Tak sangka pula Dato' Khalid begitu serius. Lagipula, Inaya mana layan jenaka seperti itu. Senang kata, dia cuma tersenyum kemudian blah daripada situ ketika Dato' Khalid menyapa dia.
"Jadi, kau nak kahwin dengan aku ke dia?" Tanya Nufail sekali lagi. Kening diangkat-angkat nakal. Inaya sudah tayang muka menyampah.
"Ish, youlah!" Dalam hati, berbakul sumpah-seranah dia hamburkan kepada Nufail. Menyampah. Rasa nak meraung pun ada bila dia dipaksa berkahwin dengan Nufail. Tambah lagi keluarganya juga semua sudah bersetuju termasuk Tuan Irsyad. Entah apa jampi Nufail bagi sampaikan Tuan Irsyad pun boleh lepaskan dia kepada Nufail.
"Tak baik kutuk bakal suami dalam hati," tegur Nufail bila sedar Inaya diam menyepi seketika. Inaya sudah tayang muka cemberut. Pakcik kebayan ini ada ilmu hitam ke apa sampai boleh teka-teka macam ini?
"Bawa I makan bingsu," putus Inaya. Mahu sejukkan hati yang panas membara disebabkan Nufail. Nufail sudah pandang Inaya pelik.
"Kau ni biar betul nak makan bingsu sekarang?" Aneh-aneh betullah budak ini. Baru tadi mereka berdua bertekak gara-gara Inaya tak mahu berkahwin dengan dia. Tiba-tiba dia ajak Nufail makan bingsu?
"Ya lah!" Nufail dah garu sisi kepala. Mereka berdua datang berasingan. Takkanlah dia nak bawa anak dara orang naik motosikal dia? Lagipun, dia mana ada helmet lebih.
"Kunci kereta kau mana?" Inaya keluarkan kunci kereta dari poket seluar. Dia datang ke sini betul-betul sehelai sepinggang. Dompet pun tak bawa. Kahkah. Biar Nufail bayarkan semua!
"Pergi asing boleh tak?" Soal Nufail.
"Kenapa pula? You drive ajelah kereta I." Ujar Inaya.
"Aku taknak tinggal Peah aku kat sini," beritahu Nufail. Inaya dah blur. Pandangan diliarkan. Sedang mencari mana-mana kelibat perempuan sekitar tasik ini. Betullah Nufail ini redflag. Dah nak kahwin pun boleh pentingkan perempuan lain bernama Peah itu. Kampung betul nama minah tu. Kutuk Inaya dalam hati.
Enjin motor telah Nufail hidupkan.
Vroom! Vroom!
"Kau cari apa?" Hairan melihat Inaya seolah mencari sesuatu.
"Mana Peah tu?" Tanya Inaya balik. Nufail tunduk memandang tangki minyak di antara kedua belah peha. Tangan ditepuk ke tangki petrol tersebut.
"Inilah Peah tu. Cantik kan? Garang pun garang."
Perlu ke Inaya cipta satu rancangan baru untuk hapuskan si Peah ini? Motosikal berkuasa tinggi ini betul-betul menggugat kehadiran dia sebagai bakal isteri Nufail!
YOU ARE READING
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...