54

3.6K 144 1
                                    

SEBELAH tangan naik mencekak pinggang. Telefon masih melekap di telinga. Menunggu pemilik nombor yang didail mengangkat panggilan. Sesekali Nufail mendengus. Tuan Nuqman sengaja ke macam mana biar dia tertunggu seperti ini? Daripada berdiri, Nufail kini duduk di kerusi yang terdapat pada balkoni. Sempat dia pesan kepada Isaac supaya mengambil alih perhatian Inaya sementara dia menghubungi Tuan Nuqman.

Sebaik sahaja panggilan dijawab, garang suara Tuan Nuqman menyapa gegendang telinga.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, abah." Balas Nufail.

"Kenapa kamu call abah ni?"

Hairan bila anak lelakinya menghubungi pada waktu sekarang. Setahu dia, Nufail kurang gemar menghubungi dia. Maklumlah, dia memang selalu berbalah dengan Nufail. Nufail berdecit halus. Tahu sangat Tuan Nuqman sedang memerli dia. Nufail berdehem.

"Ayah mertua achik, dah meninggal bulan lepas." Senyap. Lansung tiada respons. Nufail masih menunggu suara tua itu membalas kata-katanya.

"Apa kena mengena dengan abah."

Heh. Nufail dah agak. Tuan Nuqman pasti menangkan ego bodoh itu.

"Abah memang tak rasa bersalah lansung ke walau sedikit pun?" Soal Nufail hairan. Hati Tuan Nuqman ini diperbuat daripada apa sebenarnya? Batu? Simen? Kenapa sungguh susah dia mahu turunkan ego. Dan minta maaf kepada Inaya? Bukannya mati pun kalau orang tua minta maaf kepada orang muda. Nufail benci benar dengan sikap ego Tuan Nuqman.

"Dia pembe-"

"Daddy perisik negara abah. Abah tahu kan perisik negara tak dibenarkan mendedahkan identiti sendiri sehingga dia mati?" Potong Nufail. Tak sanggup mahu dengar Tuan Nuqman mencemuh arwah bapa mertuanya lagi. Tuan Nuqman selalu merasakan diri dia seorang saja betul.

Tuan Nuqman mati kata.

Betulkah apa yang Nufail katakan tadi? Dia tak salah dengar kan? Anaknya beritahu, Irsyad itu perisik negara? Sungguh. Tuan Nuqman tak tahu mahu rasa apa sekarang ini. Bersalah? Dikhianati? Tertipu? Tuan Nuqman tak tahu. Bersungguh dia panggil Tuan Irsyad pembelot. Sedangkan lelaki itu hanya mengikut skop pekerjaan yang sepatutnya.

Allah.

Namun, syaitan lebih kuat menghasut. Perasaan bersalah cuba ditepis jauh. Tuan Irsyad menyilangkan kaki. Secawan kopi dihirup. Sekadar untuk basahkan tekak.

"Silap dia. Dia sendiri rela hati digelar pembelot. Lansung tak pernah pertahankan diri dia. Bukan salah abah."

Balas lelaki tua itu tenang. Nufail sudah tercengang. Seburuk itukah sikap bapa kandung dia sendiri? Nufail mengetap rahang. Ya Allah, tolonglah kuatkan aku untuk hadap sikap ego abahku ini. Dia berharap agar Tuan Nuqman sedar akan silapnya. Tetapi, lain pula yang jadi. Jauh panggang dari api. Balasan Tuan Nuqman cukup buatkan darah Nufail mendidih.

"Apa yang abah ego sangat ni? Daddy dah meninggal abah! Orang tu dah tak ada dekat dunia ni! Achik minta abah sedar silap abah aje, bah. Abah banyak salah dengan Maleeqa. Tapi kenapa abah tak sedar lagi?" Jelas nada kecewa Nufail kedengaran di hujung talian sana. Nufail meraup rambutnya kasar.

"Sebab inilah, achik benci polis. Kebanyakan polis," jeda. Bibir dibasahkan sebelum Nufail menyambung ayatnya semula.

"Sampah." Berdesing telinga Tuan Nuqman.

"Arden Nufail!"

Suara tua itu garang menempik. Entah di mana silapnya dalam mendidik Nufail. Nufail sentiasa menguji kesabarannya. Nufail tersenyum sinis.

"Lebih-lebih lagi polis yang makan rasuah. Tak termasuk lagi pihak atasan polis. Serupa tak ada guna. Semuanya gilakan pangkat dan harta. Sampaikan ego kuasai diri. Menangkan ego. Bangga diri. Rasa diri sendiri jauh lebih hebat daripada orang." Perli Nufail lagi. Dalam diam, dia bersyukur dia tak direkrut sebagai polis. Itupun sebab sikap keras kepala dia sendiri.

Tuan Nuqman sudah naik darah.

Sungguh dia terasa dengan kata-kata Nufail bila anaknya itu sebut tentang pihak atasan polis. Dia tak makan rasuah. Tapi ada benarnya, kadang dia rasa seolah dia berkuasa. Lebih daripada orang biasa.

"Abah masih nak menangkan ego?" Tanya Nufail. Lidah Tuan Nuqman kelu. Tuan Nuqman menghela nafas perlahan sambil memicit dahi. Pandangan hairan daripada Puan Hanisa diabaikan.

"Jangan berdalih lagi, achik. Apa sebab utama kamu call abah ni?"

Pasti Nufail mahu minta sesuatu darinya. Tipikal Nufail. Bila dia mahukan sesuatu, dia akan perli Tuan Nuqman sehabis boleh. Biarlah kata-katanya itu tajam seperti pisau. Namun begitu, ada ketika Tuan Nuqman sedar juga di mana silapnya gara-gara ayat sinis Nufail.

"Achik nak abah pujuk pihak atasan investigate semua kegiatan Dato' Khalid. Achik tahu ada polis yang jadi orang dalam dia." Ujar Nufail. Lansung tiada belok-belok. Terus tuju ke tujuan asalnya. Kening Tuan Nuqman bertaut aneh.

"Untuk apa?"

"Untuk selamatkan isteri achik, abah! Nyawa dia terancam. Takkan bila dia dah mati baru abah nak menyesal?" Tuan Nuqman ketap bibir. Tengoklah, sempat lagi anak lelaki dia memerli.

"Tengoklah macam mana. Dia bukannya menantu yang diiktiraf abah pun."

Balas Tuan Nuqman bersahaja. Sejak awal lagi dia tak sukakan Inaya. Lihatlah sekarang. Inaya banyak menyusahkan Nufail. Bukan Tuan Nuqman tak tahu Nufail curi-curi ambil fail-fail penting tentang kes Dato' Khalid. Cuma dia biarkan saja kerana Nufail memang sentiasa jumpa lubuk segala kes-kes penting tersebut. Secara tak lansung Nufail telah memudahkan kerja dia.

"Abah!"

Panggilan dimatikan Tuan Nuqman. Nufail tolak lidah ke dalam pipi. Nampak gaya seperti Tuan Nuqman lansung tak mahu membantu. Nufail tumbuk penghadang balkoni itu kasar. Lansung rasa sakit di buku lima diabaikan. Sakit hati dengan sikap tak endah bapa sendiri. Sempat lagi lelaki tua itu mengatakan dia tak pernah iktiraf Inaya sebagai menantu. Entah apa salah Inaya pun Nufail tak tahu.

Kedengaran pintu dikuak dari luar mematikan lamunan Nufail. Lansung Nufail tak menoleh ke belakang. Siapa lagi masuk ke bilik ini kalau bukan Inaya? Tak lama kemudian, ada sepasang tangan menyusup di pinggang Nufail. Memeluk tubuh tegap itu dari arah belakang.

"Kenapa ni?" Pelik apabila hanya deruan nafas menyapa gegendang telinga. Selalunya Inaya banyak cakap.

"Badan hubby hangat. Selesa dipeluk." Balas Inaya. Wajah Nufail yang tadinya tegang kini mengendur. Sedikit sebanyak pelukan Inaya dapat menyejukkan hatinya. Masing-masing kembali diam menikmati kedinginan malam di kota Paris.

"Hubby rasa susah ke jaga Maleeqa?" Inaya menyoal tiba-tiba. Dia sedar, dia banyak susahkan Nufail. Suaminya ini sentiasa memastikan keselamatan dia terjamin.

"Aku sendiri serahkan diri sejak awal lagi untuk lindungi kau, Maleeqa. Hati aku kuat mengatakan yang aku perlu lindungi kau. Kau tak susahkan aku. Kalau kau betul susahkan aku, awal-awal lagi aku dah pergi jauh daripada hidup kau. Biar aku lindungi kau sehingga ke hujung nyawa aku, aurora." Nufail dongak memandang langit malap tanpa sebarang bintang. Dia agak, mungkin cuaca esok bakal mendung ataupun hujan.

"Kenapa... hubby suka panggil Maleeqa aurora?" Pelik. Aurora bukan namanya.

"Ketika kali pertama aku nampak kau dekat tasik dulu, kau terapung atas air. Seolah sedang berbaring tenang. Mata kau terpejam. Aku akui, kau cantik sangat masa tu. Aurora, the sleeping beauty."

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now