SETELAH penat seharian bersiar-siar bersama Nufail. Inaya baring terlentang di atas katil. Penat! Tubuh memenuhi setiap ruang katil. Nufail berdecit. Tak senonoh betul! Beg tangan diambil dari tangan Inaya. Lalu Nufail letakkan ke atas sofa. Nak harapkan Inaya, entah bila nak buat. Inaya gulingkan tubuh di atas katil. Bila mengenangkan persembahan tarian bakal diadakan esok. Bertambah malas Inaya jadinya.
Kenapalah tarikh yang dijadualkan adalah esok? Cuba buat bulan depan ke, tahun depan ke. Tak adalah Inaya rasa berat sangat.
"Mandi, Maleeqa. Waktu maghrib tak kejar kau." Inaya terus duduk tegak. Alamak. Ustaz Arden dah bersuara. Nufail mencapai botol pencuci make-up di atas meja bersama dua helai kapas. Lalu dihulurkan kepada Inaya. Inaya sudah tersengih tak bersalah sambil menyambut huluran Nufail. Lupa pula hari ini dia pakai make-up.
Lekas-lekas Inaya buang make-up pada wajah. Apabila merasakan Inaya masih sibuk mencuci muka daripada sebarang alat solek. Nufail masuk ke dalam tandas terlebih dahulu. Baik dia mandi sementara tunggu Inaya. Kejap lagi kalau dua-dua nak mandi. Haru. Tak pasal-pasal kena berebut tandas.
Siap sahaja mandi. Nufail terus melangkah keluar tandas bersama tuala dililit ke pinggang. Inaya merenung suaminya tanpa kelip mata. Walaupun dah selalu nampak. Inaya Maleeqa tetap mahu jadi peminat nombor satu roti Nufail muehehe. Nufail memincingkan mata. Nak kena betul budak ini. Bukan dia tak tahu tabiat Inaya yang satu itu. Pantang dia tak pakai baju. Nakal sahaja sepasang mata itu mencuci mata!
"Mata tengok mana?" Tegur Nufail. Terus sepasang mata itu naik memandang wajahnya bersama senyuman polos. Tangan naik membuat isyarat peace.
"Pergi mandi cepat. Kita solat sama-sama." Arah Nufail. Makin dibiar, makin menjadi-jadi.
Alang-alang maghrib sudah berada pada penghujung waktu. Beberapa minit digunakan untuk mereka berdua mengaji bersama. Sesekali kedengaran suara Nufail menegur setiap bacaan Inaya. Tak lama kemudian, mereka terus menunaikan solat isyak sebelum mereka berdua sama-sama membaringkan tubuh di atas katil. Pada awalnya Nufail mahu teruskan sesi tazkirah ringkas kepada Inaya di atas sejadah seperti biasa. Namun, Inaya mengajak Nufail berbaring di atas katil sambil menyambung tazkirah.
Lagi selesa! Boleh golek-golek atas tilam.
"Aku nak cerita pasal apa pula eh harini?" Soal Nufail. Mahu mencari idea. Jari Inaya naik mengetuk dagu. Turut sama berfikir. Kemudian, seolah ada mentol di atas kepala. Inaya memandang Nufail semula.
"Maleeqa ada idea!" Ujar Inaya teruja.
"Pasal apa tu?"
"Maleeqa... nak tahu kenapa Islam tak bagi perempuan menari." Tanya Inaya perlahan. Sudut bibir Nufail naik mengukir senyuman kecil.
"Kenapa kau nak tahu?" Uji Nufail.
"Dancing is my hobby. Tapi..." Inaya mengeluh perlahan.
"Tapi kau kecewa sebab kau fikir menari dilarang dalam Islam?" Teka Nufail pula. Inaya mengangguk perlahan.
"Dalam Islam, menari bagi perempuan tak dilarang secara mutlak. Tapi sebagai umat Islam, kita ada hukum syariah yang perlu dipatuhi. Itu semua untuk menjaga akhlak dan kehormatan umat Islam. Jadinya, kau masih boleh menari." Wajah sugul Inaya berganti dengan pandangan bersinar-sinar. Seolah dia mempunyai sinar harapan untuk terus menari.
"Cuma," sengaja Nufail biarkan ayatnya tergantung.
"Cuma?"
"Perempuan dilarang menari di khalayak umum atau di hadapan lelaki bukan mahram. Kau boleh menari depan mahram kau aje. Sebab menari boleh timbulkan fitnah dan pandangan tak baik kepada seorang lelaki. Menari juga boleh menarik perhatian lelaki dan rasa ghairah seorang lelaki. Kau tahu kan nafsu lelaki macam mana?"
Tangan Nufail naik ke pinggang Inaya.
"Tarian yang melibatkan pakaian terdedah iaitu pakaian tak menutup aurat atau gerakan yang bersifat menggoda lansung tak dibenarkan kerana bertentangan dengan prinsip menutup aurat dan menjaga kesopanan. Kau bayangkan," sengaja, Nufail gerakkan tangannya di pinggang Inaya sehingga ke pinggul. Inaya sudah telan liur. Apa Nufail nak buat ini?
"Bila lelaki tengok kau menari atas pentas, rasa nak sentuh-sentuh aje tubuh kau. Sebab itu yang aku rasa sebelum ini." Beritahu Nufail perlahan dengan nada suara yang rendah. Pandangan lelaki itu menikam sekali.
"A-Arden." Tergagap-gagap Inaya menegur Nufail. Seakan sedar, terus Nufail berdehem.
"Selain itu, menari dengan niat yang salah. Seperti untuk bermegah-megah atau menarik perhatian orang lain dengan cara tak sopan. Dianggap tak sesuai dalam Islam." Inaya senyap. Selama ini, dia menari atas dasar apa?
"Akan tetapi, menari dibenarkan dalam keadaan tertentu. Contohnya, kau menari dalam kalangan wanita. Atau dalam linkungan keluarga terdekat, kalau mahu meraikan perkahwinan atau perayaan hari raya. Ataupun, untuk aku. Selagi mana kau menjaga adab, tak melibatkan perkara haram iaitu dalam suasana tertutup tanpa lelaki bukan mahram... menari dianggap tak berdosa. Dan sudah semestinya, aku akan izinkan untuk kau terus menari." Nufail tahu. Bukan senang untuk Inaya tinggalkan perkara yang diminatinya itu.
"Tujuan utama kita sebagai umat Islam untuk menjaga kehormatan diri, kesopanan, dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh membawa kepada dosa atau kemudaratan."
"Hubby," Inaya bermain jari Nufail sambil menunduk.
"Hm."
"Maleeqa ini... memalukan hubby ke?" Soal Inaya. Kening Nufail bertaut. Dia ada tersilap kata ke sejak awal tadi?
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Hubby tak pernah dedahkan dekat sesiapa yang Maleeqa ini sudah sah jadi isteri hubby. Maleeqa terfikir, hubby malu ke ada isteri penari macam Maleeqa?" Lidah Nufail menjadi kelu.
"Ataupun, hubby memang dah tekad nak ceraikan Maleeqa lagi tiga bulan?" Siapa kata Inaya sudah lupa? Nufail pernah berjanji, dalam tempoh enam bulan dia akan cuba cintakan Inaya. Tapi tindak-tanduk Nufail, pasif sekali. Inaya tak mahu letakkan harapan begitu tinggi.
"Bukan macam itu..." Balas Nufail perlahan. Dia tak mahu hebohkan perkahwinan dia dan Inaya atas sebab-sebab tertentu.
"Maleeqa pernah tengok Tiktok. Pertunangan perlu disembunyikan, dan pernikahan perlu dihebohkan. Tapi kita tak pun." Lirih Inaya.
"Aku tak pernah malu ada isteri macam kau, Maleeqa. Kau taat pada suami. Kau selalu terima teguran aku dengan hati terbuka. Aku nampak semua itu. Cuma sekarang bukan masanya lagi. Aku janji, suatu hari nanti. Biar aku hebohkan kepada satu dunia yang kau ini isteri aku ya, Maleeqa?" Nufail pun tak dapat maafkan dirinya jika suatu hari nanti dia melepaskan Inaya. Inaya terlalu... sempurna untuk dia.
"Bila Maleeqa berpeluang menjadi bidadari buat Arden Nufail?" Nufail merenung Inaya lembut. Tangan naik mengusap pipi Inaya.
"Kenapa kau nak jadi bidadari aku, sedangkan kau dah jadi Hur al-Ayn aku?" Ucap Nufail ikhlas. Inaya sudah tayang wajah bingung. Apa pula Hur al-Ayn itu?
"Hur al-Ayn, merupakan bidadari dalam Islam. Ia digambarkan sebagai makhluk cantik, dan suci yang disediakan di syurga. Kau, ketua Hur al-Ayn aku. Hur bermaksud putih dan bersinar. Sama seperti kau, Maleeqa. Manakala al-Ayn bererti mata yang indah. Kau tahu tak... mata kau cantik? Aku suka tatap ke dalam anak mata kau." Pipi Inaya sudah berona merah.
Manisnya kata-kata Arden! Inaya cair...
"Jadi Inaya Maleeqa, sudikah kau menjadi ketua Hur al-Ayn buat Arden Nufail?"

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Bukan Bidadari Nufail
RomanceBOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhadap Inaya Maleeqa? Tutur kata lelaki itu pedas sekali. Lansung tidak menjaga sekeping hati Inaya. Dan...