13

3.6K 155 2
                                    

INAYA sekadar memerhati tingkah laku Nufail sejak tadi. Nufail nampak lost. Jasadnya berada di sini, fikiran sudah entah ke mana. Pada mulanya dia rasa kecewa. Lelaki itu tiada pada malam persembahan dia. Keesokan harinya, terus dia terpacak depan Eiyana. Bertanya ke mana perginya Nufail. Dan bila dia tahu Nufail tak sedarkan diri di hospital. Terus dia datang dan cari di mana terletaknya wad Nufail. Sudah tentulah dia bertemu Aryan. Pada awalnya, dia relakan diri untuk jaga Nufail semasa Nufail masih tak sedarkan diri.

Tapi, Aryan menegah.

"Aku tahu niat baik kau nak jagakan Nufail. Tapi, kita ni Islam. Mesti kau pun tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, kan? Biar aku jaga dia. Kau boleh datang hari lain."

Itulah ayat Aryan.

Inaya pun tak jahil lagi sehingga mahu bantah Aryan. Dia terima dengan hati terbuka. Tapi dia tak lupa untuk singgah ke hospital setiap hari. Dia mahu pastikan Nufail sudah sedar atau belum. Hasilnya, hari ini Nufail dah sedar. Kata Aryan, Nufail sudah sedar sejak petang semalam. Dalam hati, Inaya sudah mencebik. Dia nak Nufail nampak dia dahulu masa lelaki itu sedar!

"You tak nak makan ke?" Tanya Inaya. Memecah kesunyian antara mereka berdua. Nufail mengetap rahang apabila gadis itu masih ada di sini. Dalam wad persendiriannya. Bukankah tadi Nufail sudah halau?

Nampaknya dia masih tak faham bahasa.

Soalan tadi dibiar sepi. Lansung tak berniat mahu jawab. Macam mana dia nak bagi gadis ini faham bahasa? Dia dah tak ada sebab untuk biarkan Inaya terus mengganggu dia. Syakila juga sudah ditangkap. Tanggungjawab Nufail sudah terlepas. Walaupun gadis ini tak tahu sebelum ini dia diancam bahaya.

"Makanan you tak berusik, Arden." Ujar Inaya lagi. Tak puas hati apabila Nufail masih berdingin. Lelaki ini tak suka benar layan dia. Hairan. Cuba berlembut sedikit? Pasti Inaya akan bahagian tujuh hari tujuh malam. Sebenarnya, dia mahu tanya kenapa Nufail ditikam. Tapi soalan tersebut macam tak sopan sebab dia pun tiba-tiba datang tanpa diundang.

"Kenapa you tak datang malam dancing show I?" Jadi, soalan ini dikira paling bertapis. Namun, Nufail masih diam membisu.

"Arde-"

"Shut up, Maleeqa." Akhirnya. Suara emas itu keluar juga. Namun intonasinya datar. Lansung tak berperasaan. Pada masa yang sama, Nufail bengang. Kenapalah budak ini gedik sangat suka panggil dia Arden? Arden, Arden, Arden!

Inaya serta-merta diam. Bibirnya dikemam. Sekurang-kurangnya Nufail bersuara. Perlahan-lahan, sudut bibir naik mengukir senyum. Baginya, bila Nufail bersuara tandanya lelaki itu sudi bercakap dengannya. Kamus bahasa hidup Inaya sungguh aneh. Kalau orang lain, mesti dah faham sikap lelaki itu terang-terang sedang tolak dia menjauh. Namun disebabkan dia Inaya Maleeqa.

She doesn't give a single damn.

"Kau tak nak balik ke?" Nufail bersuara. Semak bila tengok Inaya tak habis-habis datang mengganggu. Inaya geleng kepala. Riak wajah comel ditayang. Nufail mendengus.

"Bila kau nak balik?" Soal Nufail lagi. Inaya angkat bahu. Sungguh, kesabaran Nufail tercabar ketika ini. Memang budak ini suka jawab main-main ke? Sekejap geleng kepala, sekejap angkat bahu.

"Mulut kau mana, Maleeqa?" Tanya Nufail dingin. Segera Inaya buat syarat mulutnya sedang berzip. Tadi suruh kita diam. Bila kita dah diam dia pergi tanya pula mulut dekat mana! Cakap macam kelinglah Nufail ini. Nasib Inaya Maleeqa ini penyabar orangnya.

"Speak, Maleeqa. Sebelum aku humban kau sekarang." Inaya sudah senyum lucu. Sedaya upaya suara ditahan dari keluar. Comel pula bila tengok Nufail bengang. Dan paling penting, Inaya punca Nufail banyak cakap sekarang! Pok pek pok pek tanya macam-macam soalan. Semuanya gara-gara berangin dengan Inaya.

Inaya berani mati sungguh.

"I balik lepas you dah habis makan. Kawan you tu ada hal tadi. Dia pesan dekat I pastikan you makan." Terang Inaya. Kali ini dia tak tipu. Ketika dia sampai tadi Aryan nampak tergesa-gesa di luar koridor. Terus dia berpesan kepada Inaya supaya pastikan Nufail menjamah makanan. Nufail pejam mata sekejap. Kemudian dia mengeram.

Yan...

Kalaulah kau tahu budak ini lagi tunggu dapat peluang macam itu. Secara teknikalnya, Aryan lah punca dia sangkut dengan Inaya hari ini. Selagi dia tak makan, selagi itulah Inaya tak mahu balik. Ataupun, entah-entah Aryan sudah tahu ini antara salah satu cara supaya dia habiskan makanan hospital. Nufail memandang makanan hospital itu jijik. Dia bukan macam Darya dan Aryan. Main telan saja makan apa pun. Nufail terlalu memilih!

Nufail tenung Inaya sekejap.

"Kau nak aku makan?" Rasanya tak salah kalau dia gunakan Inaya demi kepentingan diri. Seperti diagak, laju sahaja Inaya angguk.

"Tolong order grabfood untuk aku, boleh? Aku tak nak makanan hospital." Tolonglah faham dia. Dia rasa boleh muntah darah kalau dia terus hadap makanan hospital. Semalam mulutnya disuap paksa oleh Aryan. Memang dia tak dapat nak lari. Hari ini, alang-alang dah ada Inaya. Boleh juga dia gunakan budak ini.

"You nak order apa?" Seolah dipukau. Inaya lansung bersetuju. Telefonnya dikeluarkan. dari beg tangan. Dia mahu berjasa dengan Nufail! Biar nanti lelaki itu rasa terhutang budi. Boleh dia tuntut balasan semula. Inaya bukan tak ikhlas. Tapi dia kena bijak mengambil kesempatan. Sebab manusia macam Nufail ini susah didekati.

"Nasi ayam panggang ajelah." Beritahu Nufail. Lupa sudah tadi dia beria-ria mahu Inaya balik. Terus dompet dalam laci di sisi katil diambil. Sekeping not RM50 dihulurkan. Inaya sudah pandang pelik.

Ingat ini tepi lorong ke lima puluh, lima puluh?

"Aku tak suka makan guna duit perempuan." Jujur Nufail. Dia rasa aneh. Kadang-kadang rasa macam biawak hidup pun ada.

"Tak apalah, I belanja." Supaya nanti you terhutang budi hihi. Sambung Inaya dalam hati. Namun senyuman Inaya lansung mati bila Nufail terus letak kepingan not tersebut ke atas telapak tangan Inaya. Dahi Inaya sudah cemberut. Apa ini! Lain yang orang rancang, lain pula jadi. Cuba bagi peluang sikit Inaya nak tumpang dalam hati itu.

"Ambil. Sebelum aku halau kau keluar," ugut Nufail apabila Inaya berura-ura mahu pulangkan kembali not rm50 itu. Lima puluh ringgit saja pun. Dramalah budak ini. Kalau perempuan lain laju dah ambil duit. Tak cukup beli skincare pun sekurang-kurangnya boleh beli makanan.

Inaya mencebik dalam diam.

Mummy! Kenapa susah sangat nak mengorat Arden Nufail ni? Bentak Inaya dalam hati. Rasa macam nak ubah cara kampung sebab cara moden pun tak jalan. Kecil-kecil Nufail makan ais batu ke sampai dingin serupa kutub utara sana. Inaya kuatkan hati. Mana pernah Inaya mengalah.

Mana boleh Inaya mengalah hanya sebab Nufail!

[C] Bukan Bidadari NufailWhere stories live. Discover now