"Allah. Abah, cubalah faham. Nita belum habis belajar lagi. Ada lagi setahun nak habis Degree. Tunggu sampai habis Degree baru lah kahwin. Bukan lama pun. Pejam celik, dah setahun" aku dah meraup wajahku sehingga ke rambut.
Stress rasanya bila fikirkan hal kahwin ni. Aku muda lagi tapi dah dipaksa berkahwin. Bukan atas kerelaanku tapi aku ikutkan kemahuan abah sebab aku sayang sangat dekat abah. Walau aku yakin, abah buat keputusan yang terbaik buat aku tapi aku minta tempoh untuk aku yakin dan bersedia. Tanggungjawab sebagai seorang isteri bukan mudah.
"Kau bincanglah dengan tunang kau tu. Abah dah malas nak cakap dengan kau ni. Dah dapat jodoh yang baik pun masih nak macam-macam" Abah mengeluh. Aku serba salah. Aku memang tak boleh buat Abah macam ni.
"Abah, janganlah macam ni. Ya lah. Nita ikut saja kata Abah" Aku mengalah. Mengalah bukan dalam kata sebenar.
Aku tekad nak jumpa Azril. Tunang aku seminggu yang lepas. Kata Abah, dia yang minta dicepatkan dalam masa 3 bulan ni. Kata Mama, dia sebaya aku. Aku memang tak tahu apa-apa tentang dia. Aku belum pernah berjumpanya secara berdua. Belum pernah juga bersembang mesra.
Pertama kali aku melihatnya adalah sewaktu dia datang kenalkan diri pada keluarga. Itu pun aku tak mampu nak pandangnya dengan tepat. Mungkin kerana aku keletihan kerana menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah dan perlu dihantar pagi itu.
Seminggu kemudian, keluarganya datang untuk bertunang. Keluargaku tak buat majlis seperti majlis bertunang zaman kini. Majlis pertunangan aku dan Azril hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan diikuti majlis bacaan yaasin dan doa selamat. Tanpa pelamin. Aku hanya berbaju kurung moden yang ringkas tanpa taburan manik yang merimaskan tu.
Awak. Jumpa jom. –Nita-
Ok. –Azril-
Nanti ambil saya kat rumah –Nita-
Ok –Azril-
Malas mahu telefon. SMS saja. Senang. Jimat.
Aku ke dapur sebentar mahu mengambil penyapu. Hari minggu adalah hari operasi mengemas bilik secara besar-besaran. Setiap hari tu kemas biasa saja. Aku tak boleh balik dari kelas dan dalam keadaan penat kemudian melihat bilik bersepah. Mahu semua orang aku amukkan nanti. Jadi bila hari minggu, aku akan sapu dan mengemas. Habis semua habuk2 aku buangkan. Sememangnya aku alahan pada habuk.
"Nita, keluar kejap" Mama mengetuk pintu bilik aku saat aku sedang mengemop lantai bilikku.
"Kenapa ma?" aku membuka pintu bilik aku dengan kain yang masih menutup mulut dan hidung dan bersarung tangan dan kaki.
Aku dengar orang berdehem. Aku pandang wajah itu. Aku lihat dia sedang menahan ketawa. Tersengih macam kerang busuk. Aku tajamkan pandanganku.
"Lawak sangat ke? Tak pernah tengok orang pakai macam ni?" Garang aku menyembur.
Abah disebelah sudah pandang aku. Marah. Aku jelling dia sebelum masuk kembali ke bilik dan menghempas pintu bilik.
Tanda protest.
Apasal datang? –Nita-
U ask to pick at home without mentioning when. Then, I come ASAP –Azril-
Erm... ye lah. Aku pun satu gak.
Then, wait seminit. Nak pehabis kemas bilik –Nita-
Aku teruskan kemas bilik sampai siap. Lagipun, dah nak siap dah pun tadi. Biarlah dia bersembang dengan Abah dan Mama. Rancak saja aku dengar dia sembang. Tak kekok pun. Abah dan mama pun aku tengok suka kalau dia datang sini. Mesra saja.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...