BAB 41 : Nita

6.5K 374 13
                                    


"Penakut juga suami you sampai simpan you jauh dari I" Ejek Fayas.

Pedas betul ayat tu. Panas telinga aku saat ni. Fayas merenung balas sambil menongkat badan dengan tangannya diatas meja. Entah macam mana boleh terserempak dengan dia ni. Menyampah pula hati aku.

"Bukan takut tapi menjaga keselamatan dan kehormatan" Jawabku tegas.

Aku terus menyuap ais krim ke dalam mulutku. Bagi sejuk sikit. Takut nanti panas sangat, terbakar orang depan ni.

"Tak kisahlah. Janji I dah jumpa you. Lepas ni jangan ingat you boleh lari lagi dari I" Ugutnya.

"Gaya aku kisah pula" Balasku.

"Ibu Lang mana suka lari. So, tak payah risau. Ibu Lang jalan terkedek-kedek saja" Kata Mawar.

Lupa pula aku si mulut leser, Mawar ada disebelah. Kadang tu ada juga aku rasa bersalah. Aku rasa aku yang mempengaruhi budak ni. Aku pun bila marah, mulut tak ada insurance. Aku hentam sesuka hati. Budak ni pun rapat dengan aku sejak lahir lagi. Mahunya tak mengekor, kan? Ish, apa punya Ibu Lang aku ni?

"Haha..." ketawa Aisyah dan Damia.

Hari ni 'Lady's day out'. So, yang lelaki tidak ikut. Hanya kami berempat. Yang lelaki duduk rumah, teman Azril masak, kemas rumah dan apa-apa aktiviti yang dirasakan patut.

"Siapa ni? Adik-adik you ke?" Tanya Fayas.

Fayas pun baru sedar agaknya aku ditemani oleh dayang-dayang cilik. Tapi aku rasa soalan dia ni tak kena. Adik? Sahlah si Mawar tadi sebut Ibu Lang. Ke pekak?

"Anak-anak I" Jawabku selamba.

"Haha... Ya sangatlah tu" Balas Fayas dengan ketawa yang dibuat-buat.

Fayas menarik kerusi dimeja sebelah dan duduk didepanku. Selamba. Langsung tak bertanya atau pun minta kebenaran. Ini kalau orang nampak, orang ingat dia kawan aku. Kalau orang tak nampak kejadian tadi, orang ingat dia suami aku.

E... gelilah ada suami macam ni.

"Tanyalah dia orang" Kataku.

Aku cemekkan wajahku. Kemudian aku mengangkat kening pada anak-anak dara depan aku ni. Itu signal untuk diorang menjawab pertanyaanku dengan 'sopan'.

"Kita orang anak-anak Ibu Lang lah. Kenapa uncle tak percaya? Ingat ibu Lang tu muda lagi ke? Main kejar-kejar. Main aci sorok" Jawab Aisyah.

Walau aku rasa geram tapi aku sabarkan saja dengan kata-kata Aisyah itu. Aisyah ni memang 'overprotective'. So, kalau kejap lagi dia mengamuk jangan ternganga.

"Tak adalah. Girlfriend uncle ni muda lagi lah" kata Fayas sambil tangannya cuba untuk mencuit aku.

Aku mengelak. Aku rasa si Fayas ni saja cari penyakit. Aku teman wanita dia? Aku sekeh jugalah.

"Girlfriend? Uncle ni tak belajar agama, ya? Ibu Lang mana boleh jadi girlfriend uncle. Ibu Lang dah ada Ayah Lang. Dah lama dah mereka nikah" Si Mawar membahasakan Fayas.

Terkedu sebentar Fayas.

Aku senyum saja. aku kenyit mata pada Mawar.

"Dulu dia girlfriend uncle" Balas Fayas.

"Dululah, uncle. Sekarang ni bukan. Tak reti nak bezakan dulu dengan sekarang ke?" Marah Aisyah.

Aku angkat ibu jari ke atas. Bagus.

"Dulu ke sekarang ke sama saja. korang mana tahu bab-bab hati dan perasaan" Jawab Fayas.

Dia cuba meraih tanganku lagi sekali. Aku mengelak. Aku tahu dia dah mula berapi.

"Uncle ingat kami ni budak lagi ke tak tahu pasal cinta? Ingat kami tak tahu ke? Ayah Lang selalu je tunjuk macam mana orang bercinta. Ayah Lang selalu saja pesan selagi belum kahwin tak boleh pegang-pegang. Ayah Lang selalu kiss Ibu Lang depan kami sebab Ayah Lang kata dah halal. Ayah Lang kata 'this is the way we show our love'. Dulu Ayah Lang selalu kiss kami tapi sekarang dah tak boleh sebab Allah kata tak boleh. Tapi uncle tu. Tak ada apa-apa hubungan yang halal pun dengan Ibu Lang tapi dari tadi Aisyah tengok uncle cuba nak pegang Ibu Lang" Panjang lebar Aisyah membalas.

Ini mesti ikut perangai Azril yang suka buka tazkirah maghrib. Muka Fayas merah menahan marah. Atau malu? Dia reti malu ke? Tak, dia tengah marah.

"Mawar rasa betullah uncle ni tak belajar agama. Ayah Lang cakap kat Zil dengan Ayush, lelaki kalau tak reti bab agama tak layak jadi suami. Ayah Lang kata kalau nak cari suami cari suami yang tahu hormat perempuan dan tahu membimbing hidup dunia dan akhirat. Uncle tak tahu ke?" Mawar bersuara. Menambahkan minyak gas dalam api yang sedang membara.

"Yang korang ni sibuk sangat kenapa? Kecil-kecil dah sibuk masuk campur urusan orang dewasa. Pergi jauh-jauh. Jangan nak sibuk duduk sini. Orang tengah bincang ni. Hormat sikit dengan bakal Ayah Lang korang ni." Suara Fayas sudah tinggi. Walaupun dia kawal suaranya kerana ditempat awam tapi aku tetap tak suka nada itu.

"Eee... tak naklah Damia ada Ayah Lang macam ni. Dahlah tak handsome. Cakap pun kasar. Ayah Lang Azril baik. Selalu cakap lembut. Kalau kita orang buat salah pun dia tak marah. Cakap elok-elok saja. Ibu Lang, jangan kawan dengan uncle ni. Dia jahat" Damia bersuara.

"Aku pun tak nak korang jadi anak-anak aku" Tengking Fayas dalam nada yang masih dikawal.

"Kau kenapa nak tengking anak-anak aku?" Marahku. Aku pun dah naik angin.

"Dia orang tu kurang ajar" Suara Fayas kendur.

"Owh ye ke? Minta maaflah. Anak-anak I memang macam ni. Dia orang suka sebarkan apa yang suami I ajar sebab dia orang respect dia sangat-sangat" Sinis nadaku.

"Sayang, I boleh jadi lebih baik dari tu. I tak akan ajar mereka jadi kurang ajar dengan orang tua macam ni" Fayas memujuk.

Dia cuba menarik tangan aku sekali lagi. Aku tolak kerusi jauh sedikit darinya.

"Uncle yang tak ada adab" Mawar bersuara.

"Diamlah" dan Fayas bangun hampir saja penamparnya mengenai pipi Mawar disebelahnya.

"Fayas" Jeritku. Saat itu sabarku sudah hilang. Tak kisahlah kalau jadi drama tontonan ramai. Aku pantang orang naik tangan ni.

"Sayang. I minta maaf. I tak boleh control my anger. They are provocating me" Fayas kembali dekat denganku dan merayu kemaafan aku.

"Kau pergi dari sini. Jangan kau tunjuk muka kau dekat depan aku lagi" Aku menghalaunya.

Aku cuba mengawal nada marahku sebaik mungkin. Aku bercakap dengan nada paling perlahan yang aku boleh berikan. Aku tenungnya dengan pandangan tajam yang berapi. Aku tak suka orang tengking budak-budak. Itu memang kepantangan aku.

"I won't leave you" Fayas menekan suaranya.

Dia mendekatkan wajahnya dekat denganku.

Aku berundur. Tegak duduk dikerusi dan menepuk tanganku sekali.

"Ok, girls. Since ada orang nak rampas meja kita. Jom kita pergi. Beralah bukan makna kalah. Apa pesan Ayah Lang?" Aku berdiri tegak. Membetulkan bajuku.

"Kita beralah sebab tak nak jadi jahat macam orang lain" Kata mereka hampir serentak.

Aku pandang Fayas dengan muka bangga. 'this is what my husband teach them. Look how he teach them'. Itulah ayat yang aku ingin sampaikan melalui pandangan itu.

Fayas pandang aku tanpa kelip. Aku terus berjalan tanpa memandang dia. Kami kemudian beriringan keluar dari Tutti Fruitti, kedai aiskrim kegemaran kami.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now