Setelah berkali-kali meminta untuk dibenarkan pulang, akhirnya Doktor Imran membenarkan aku pulang. Aku rasa tak sanggup nak tengok betapa hipokritnya Azril menjagaku.
Aku kenal Azril. Dia seorang yang menjaga nama baiknya. Menjaga maruahnya. Takkan dia nak biarkan aku tanpa pengawasan. Malulah dia nanti bila orang kata dia tak reti nak jaga isteri. Takut nanti orang kata dia suami yang tidak bertanggungjawab. Sebab itu dia sentiasa ada disisi aku di hospital ini.
Cukuplah menyeksa dia. Balik rumah, dia dengan hal dia. Aku dengan urusan aku. Kalau perlu berpisah pun, aku tak boleh nak kata apa. Aku redha. Aku sedar yang aku sudah dinodai lelaki lain. Aku cukup sedar.
Air mataku tidak semena mengalir. Sedih mengenangkan diri yang sudah kotor dan sedih mengenangkan apa bakal berlaku dalam rumahtangga kami. Andai Azril ingin berkahwin lain, mungkin aku masih boleh terima. Aku kan pernah bersedia untuk menerima madu. Bagaimana kalau Azril ceraikan aku? Bersediakah aku untuk hidup tanpa dia disisi?
Aku kena bersedia dari sekarang. Kena sedia menghadapi saat, dia tidak lagi denganku. Tapi belum buat lagi dah rasa sakit.
'Tak apa. Tahan sikit sakit tu. Bersedia dari sekarang agar kesakitan itu tidak terlalu dalam'
Satu suara memberikan aku semangat. Semangat untuk menjauhi Azril. Tanpa aku sedar itu suara syaitan yang mahu mengeruhkan hubungan kami suami isteri.
Perkara pertama yang kena buat adalah menjarakkan hubungan kami. Tiada lagi panggilan mesra. Kena kekal kaku seperti mula-mula kami kahwin. Saya-awak.
Kedua, tiada lagi adegan manja dan minta dimanjakan. Segala jenis cara meransang hubungan yang harmoni kena dihentikan serta merta. Rasanya ini tak perlu aku buat. Tentu saja bila sudah sampai dirumah dia sendiri yang akan menjauhkan diri dari aku. Itu sangat pasti.
Ketiga adalah menghentikan hubungan seksual dan sebarang sentuhan yang meransangkan. Langkah ini paling perlu kerana aku tahu tahap keinginan aku. Andai aku tidak bendung dari sekarang aku khuatir aku merana teruk bila kami sudah berpisah.
"Wifey, betul nak balik ni?" Azril bertanya aku sekali lagi.
Aku angguk.
"Tapi wifey belum betul-betul sihat" Katanya.
Entah kenapa aku rasa menyampah sangat dengan lakonan bagai tiada apa berlaku itu.
"Saya nak balik" Tegas aku.
"Wifey balik bila betul-betul dah sihat. Janganlah berdegil. Wifey balik bila dah sihat sepenuhnya ya?" Pujuk Azril.
"Nak balik" Aku sudah separuh jerit.
"Ok. Tak perlu jerit. Jangan pergi mana-mana. Duduk saja atas katil tu sampai hubby datang balik" Pesan Azril dan berlalu bersama Umar Khalif.
Aku hendak turun dari katil. Entah dimana silapnya. Sekali lagi aku terjatuh. Termeniarap dilantai hospital.
"Aduh" Aku mengaduh.
Sungguh Allah balas perbuatan isteri derhaka secara tunai. Tanpa tangguh. Tengok apa dah jadi padaku bila aku melawan cakap Azril.
Aku cuba untuk duduk sebelum berdiri semula.
"Darah" Dan aku pengsan.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...