Aku pandang sekeliling bilik aku. Rasa nak tukar cat. Bosan pula tapi kena tanya Encik Bahar dulu. Nak tukar karpet sama. Aku makin tak tahan dengan karpet ni. Habuk. Walaupun makcik cleaner tu hari-hari vacuum tapi macam tak berkesan.
"Nita, dah ok ke?" Encik Izam membuka pintu bilik aku tanpa ketuk. Biasalah dia orang ni. Bilik aku suka main redah.
"Kenapa pula tak ok?" Aku buat muka hairan. Encik Izam duduk dikerusi depanku.
"Encik Bahar kata kau semalam blur. Hari ni dah ok ke?" Encik Izam terus bertanya lagi. aku senyum menampakkan gigi. Malu pula rasanya. Macam satu pejabat dah tahu yang aku semalam blur.
"Ok dah" Jawab aku ringkas.
"Kenapa kau semalam" Encik Izam bertanya.
"Suami aku kata sebab tak dapat morning kiss" Jawab aku selamba. Bukan. Cuba untuk berlagak selamba demi menyembunyikan rasa malu.
"Amboi. Manjanya" tiba-tiba Encik Bahar dan Encik Shah bersuara hampir serentak di pintu bilik aku.
Malunya.
"Kenapa semua berkumpul kat bilik saya ni?" Tanyaku garang. Sikit je. Bukan apa, ini teknik cuba menutup perasaan malu.
Ini adalah 3 orang manusia yang mengajar aku selok belok peniagaan ini. Kami sama-sama membangunkan Maris Sdn Bhd. Dulu kami berempat saja tapi kini kami dah punya lebih dari 10 orang pekerja bawahan. Paling ramai dibawah Encik Shah.
Encik Shah kini dah menjadi Pengurus Operasi. Di bawahnya ada 7 orang pekerja. Seorang di pejabat, seorang buat urusan dengan kastam, 2 orang kerja di gudang dan 3 lagi adalah pemandu.
Encik Izam pula sebagai Pengurus Pemasaran merangkap General Manager. Lagipun pengalaman dia paling lama dan paling banyak. Dulu masa baru buka syarikat ni, dia buat hampir semua kerja. Kini dia hanya perlu buat kerja pemasaran dibantu oleh 3 orang pegawai pemasaran yang mantap kerjanya.
Aku sendiri ada 2 orang pekerja dibawahku. Seorang untuk buat urusan akaun biasa. Seorang lagi aku tugaskan untuk mengutip hutang. Kerjanya hanya kutip hutang. Aku? Aku tandatangan cek saja. Encik Bahar beri kepercayaan yang sangat besar padaku. Aku boleh tandatangan dan keluarkan wang yang bernilai kurang dari RM3,000. Kalau lebih dari itu, tandatangannya diperlukan. Katanya dia tak akan sentiasa ada di pejabat. Makanya, untuk cek untuk bayaran kos operasi syarikat cukup aku seorang.
Sebenarnya kerja aku adalah merancang aktiviti kewangan syarikat. Aku yang akan membuat jadual pembayaran kepada pembekal dan aku juga yang mengira semua kos andai ada apa-apa projek yang dilaksanakan. Ada banyak lagi sebenarnya kerja aku cuma malas nak war-warkan kepada korang. Nanti korang pening kepala nak faham.
"Ada hal nak bincang. Sepatutnya saya bincang dengan awak personally dulu semalam tapi keadaan awak dah tak berapa betul, maka saya ajak semua sekali bincang bersama" Encik Bahar memulakan mukadimahnya.
"Kalau macam tu, jomlah ke bilik Encik Bahar" Aku dah mula bangun.
"Sini saja" Kata Encik Bahar dan duduk dikerusi depan aku sebelah Encik Izam. Encik Shah keluar dan mengambil kerusi di luar dan bawa masuk ke dalam.
Antara kami berempat, Encik Shah saja yang tiada bilik khas. Dia yang tak mahu. Katanya dia tak perlukan kerana dia senang nak pantau bila duduk berhampiran mereka.
"Pertama, saya ingat nak tambah lagi lori. Saya nak ambil trailer 2 biji dan lori 10 tan lagi sebiji. Keupayaan kewangan kita kukuhkan?" Tanya Encik Bahar pada aku setelah memberitahu hajatnya.
"In Sha Allah, Encik Bahar. Cukup bagus. Lagipun kita hutang 2 biji lori je. Satu tu kita beli cash. Lagipun, payment kita cantik. Tak pernah ada tunggakan. Kita pun tak pernah ada masalah CTOS or CCRIS. Rasanya boleh tapi kena pakai dua-dua company punya nama. Marris Sdn Bhd dan Marris Transport Sdn Bhd. Sebab dengar hari tu, BNM dah limitkan berapa saja pinjaman untuk satu individu atau company." Terang aku.
"Izam, Shah, boleh handle tak?" Encik Bahar tanya pada Encik Izam dan Encik Shah.
"Saya ok saja. Shah lah nak control nanti. Customer kita yang sedia ada pun memang ada beberapa kali tanya saya bila nak ambil trailer" Jawab Encik Izam.
"Saya boleh. Asalkan carikan saya driver yang boleh sekepala dengan saya" Jawab Encik Shaha.
Kau orang mesti pelik kan? Kejap aku-kau. Kejap saya-awak kami ni. Inilah kami. Bila masuk bab kerja, terus tukar formal. Bila masuk bab luar kerja, kami lah kawan yang paling sempoi. Dan mereka inilah kawan-kawan aku ada. Hidup aku kalau tak kat pejabat makanya dekat rumah. Sama ada rumah aku atau rumah Mama.
Aku seboleh mungkin nak lupakan kesedihan kehilangan seorang abah. Aku tak cerita sebab aku sedih. Kalau ada abah dulu, aku keluar dengan abah. Kadang teman abah kat pejabat dia lepas balik dari pejabat aku. Kadang tu bila hari minggu dan Azril tak ada, aku pergi ikut abah melepak dengan kawan-kawan dia.
Setengah tahun dah berlalu. Makanya hidup aku bosan pada pandangan orang lain. Pada pandangan aku, aku suka hidup aku. Aku tak kacau orang. Orang pun tak perlu nak kacau aku. Bahagia. Bahagia tu kita yang rasakan bukan apa yang orang nampak.
"Perkara seterusnya?" Encik Shah bertanya dan sekaligus menghilangkan bayangan silam dikepalaku.
"Saya nak bagi korang pegangan saham 10% seorang. Saya dah minta company secretary buat surat pelantikan dan nanti kita pergi sana untuk tandatangan surat tu" Kata Encik Bahar tenang.
Kami tercengang. Biar benar. Aku tahu Encik Bahar ada seorang anak dan anaknya itu masih lagi sekolah tapi takkan sampai nak bagi kami saham syarikat. 10% tu besar nilainya.
"Ini sebagai tanda terima kasih saya pada kamu semua sebab banyak bantu saya dalam membangunkan syarikat kita ni" Kata Encik Bahar nanti.
"Encik Bahar, 10% tu banyak tau. Kalau ikut record tahun lepas, 10% boleh dapat dividen lebih dari RM20,000 seorang setahun. Kalau ikutkan record setakat setengah tahun ni, rasanya lebih lagi amount yang akan dapat untuk dividen tahun ni" Kata aku.
Aku lihat Encik Izam dan Encik Shah lagi tercengang. Aku tahulah kenapa. Aku tahu gaji dia orang sebulan berapa. Jumlah itu bersamaan dengan 8 bulan gaji mereka. Bila jumlah itu cuba dibayangkan masuk ke akaun mereka selepuk, memang terasa banyaknya.
"Sebab tu saya nak bagi kamu semua saham syarikat supaya kamu boleh rasa bersama. Ini kan titik peluh kita bersama. Kita membangun bersama dengan syarikat ni. Dan sebagai tanda terima kasih saya pada kamu kerana berani bekerja dengan saya diawal penubuhan syarikat ini" Terang Encik Bahar.
Namun untuk aku, mengikut keadaan abah dulu, ini adalah cara syarikat nak pegang insan-insan berkualiti supaya tidak lari dari syarikat dan ke syarikat lain.
"Terima saja. Nanti lepas solat jumaat nanti kita pergi survey lori. Kita pergi berempat. Nanti boleh singgah makan kat mana-mana. Saya belanja" Kata Encik Bahar tersenyum. Dia bangun dan terus keluar diikuti Encik Izam.
"Betul ke ni, Nita?" Tanya Encik Shah dan dia pun terus keluar.
Macam-macam cara bila orang terkejut ni kan?
Pssssttttt : Tinggalkan dulu dengan 4 bab update. minggu depan kami bagi hangpa lagi. sabaq noh. Novel ni dah siap. dalam proses edit. so, pleeeesssseeeee komen sikit apa yang perlu ditambah dan dikurangkan. mana yang perlu dibetulkan... plizzzz....
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
AcakSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...