Aku mula bekerja hari ini. Sebagai kerani akaun merangkap penyambut tetamu merangkap admin. Sebuah syarikat kecil pemilikan bumiputera. Baru ditubuhkan 3 bulan lepas. Menjalankan aktiviti perkhidmatan agen kastam. Gaji tak banyak pun mereka bagi tapi pada aku untuk cari pengalaman yang banyak adalah disini. Aku kena membangun bersama mereka.
Bos besar kami yang temuduga aku minggu lepas. Mukanya sangat garang tapi sebenarnya dia sangat bertimbang-rasa. Dari gaya percakapannya aku tahu dia bukan orang yang meninggi diri dengan pengalamannya. Encik Bahar pesan,
"Bila bekerja, kerja sungguh-sungguh. Tak faham tanya. Ada pendapat lain, bagitahu. Kita kerja berpasukan. Tak ada lama atau baru. Kita semua sama"
Syarikat ni baru saja. Termasuk aku, ada 4 orang semuanya. Aku ditugaskan untuk menjaga pejabat dan buat semua kerja-kerja dipejabat. Untuk permulaan, aku akan dipantau oleh Encik Izam. Dia selaku akauntan di syarikat merangkap pegawai pemasaran dan operasi. Seorang lagi Encik Shah. Dia adalah pegawai operasi yang akan berurusan sepenuhnya dengan Kastam. Tugasnya tiada lain selain dengan Kastam.
"Nita, abang nak kau ambil Request of Transport. Form tu ada dekat mesin fax tu. Letak dekat meja kau. Lepas tu kau amek satu set. Duduk depan abang. Abang ajar kau macam mana nak isi form ni" Arah Encik Izam.
Aku cepat saja buat apa yang dia suruh dan menarik kerusi duduk dihadapannya. Sebenarnya, tempat duduk aku dihadapan mejanya saja.
"Ini file untuk letak job kita. Bila kau nampak saja ada fax masuk yang macam ni, kau terus buka file baru. Lepas tu, kau tulis dalam buku job ni. Ikut apa yang abang dah letak detail untuk diletakkan dalam buku job ni" Encik Izam menunjukkan sebuah fail warna coklat yang telah ditampalkan dengan kertas berwarna Ungu. Kemudian dia membuka sebuah buku folder berwarna ungu dan menunjukkan detail yang telah dituliskan didalam buku itu. Aku angguk.
"First kau kena tahu, urusan kita melibatkan dua perkara utama. Import dan Export. So, masa kau nak buka job, kau kena tahu import ke export. Import maknanya bawa barang masuk negara. So, kau kena tahu Port of Loading kat mana. Kalau export kau kena tengok Port Of Discharge kat mana. Faham?" aku angguk.
"So, Kalau import kau tulis dalam buku Ungu dan kau tampal kertas ungu ni kat depan file ni. Kalau export, kau tulis dalam buku Oren ni dan tampal kertas oren ni kat file ni. Ok?" aku angguk lagi. Kemudian dia menyerahkan 2 buah buku folder itu kepada aku. Aku meletakkan di atas mejaku. Tak nak sepah atas meja Encik Izam. Aku tak suka belajar tempat semak. Runsing.
"Ok. Ini kita panggil ROT. Ini kita bagi dekat haulier untuk minta dorang tarik kontena. Sama ada dari port atau masuk port" kemudian Encik Izam mengajar aku cara nak isi form mengikut maklumat yang diberikan pelanggan kepada kami.
"Bila kau dah fax, abang nak kau call diorang tanya dah terima ke belum. Kalau dah, tanya siapa yang terima. Catat dekat file tu nama orang yang terima, tarikh dan masa. Minggu ni kau buat benda ni je dulu. Nanti pergi beli buku catatan. Setiap apa yang orang cakap, biasakan tulis dalam buku tu supaya kau tak lupa. Atau kalau kau tak faham, kau tak akan terlepas maklumat tu. Faham?"
"Faham" Jawab aku. Diorang ni memang jenis tak reti senyum ke? Walaupun taklah kasar sangat bunyi cakap dia. Tak juga marah atau garang tapi senyuman macam payah sangat nak melekat kat bibir. Pagi tadi masa diperkenalkan dengan Encik Shah pun macam tu.
"Marris" Suara Encik Izam mengangkat telefon yang berdering pada deringan pertama. Mesra suaranya. Lepas tu aku dengar dia cakap 'Ya' dan 'Ok'.
"Abang keluar dulu. Ni nombor abang, Encik Bahar dan Shah. Apa-apa hal telefon abang. Ingat, catat apa saja yang orang cakap. Jangan tinggalkan apa-apa maklumat pun" Pesan Encik Izam. Kemudian dia terus keluar.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...