Bab 62

13.4K 275 17
                                    

Alhamdulillah. Selesai majlis perkahwinan antara Zura dan Bob juga Zil dan Damia. Aku tarik nafas lega. Walau cuma majlis kecil-kecilan tapi jemputan yang hadir sangat ramai. Sanak saudara belah abah paling ramai. Sama ada yang sempat dijemput atau tidak turut datang. Bercerita tentang abah. Mengenang semua kebaikan abah.

Walaupun abah sudah lama tiada tapi setiap kali orang cerita tentang abah, aku tetap akan merasa sebak. Air mata aku tahan agar tidak mengalir.

Allah, aku rindukan abah. Janganlah rasa rindu ini melebihi rinduku kepada-Mu dan kekasih-Mu Muhammad s.a.w.

Kalau masa aku kahwin dulu, ada joget lambak sebelah malam selepas habis kenduri, tapi untuk majlis kali ni tiada joget lambak tapi karaoke masih terpasang untuk memberi peluang untuk sesiapa yang ingin menunjukkan bakatnya. Bak kata abah dulu, sebagai tanda terima kasih pada jiran atas kesanggupan mereka membantu kelancaran majlis.

Aku masih duduk dibawah khemah. Mengambil udara malam diluar. Didalam rumah saudara mara ramai berkumpul. Bersembang. Dibawah khemah, anak-anak muda berkumpul dan memberi sorakan pada mereka yang sedang menyanyi.

“This is attention to my lovely wifey” Suara Azril berkumandang dicorong pembesar suara. Kemudian sebuah lagu dinyanyikan oleh Azril.

I fell in love with a beautiful girl
and she still takes my breath away
I fell in love in the morning sun
while the hours slipped away
Sometimes when I hear your name
a smile creeps on my face,
And for reasons I can't explain
It's never out of place

Lagu itu sampai disitu saja dan Azril mula bergerak kearah aku. Lampu dibawah khemah dimatikan.

“Cause I love you more then you think I do and I love you” Dia menghulurkan tangannya padaku.

Aku menyambutnya dengan senyuman yang sangat mekar. Yang berada berhampiran dengan aku menjerit suka.

Lagu tadi yang sudah berhenti disambung dengan satu lagu kegemaranku, ‘I will always love you’ dendangan Whitney Houston. Lagu itu dimainkan sampai habis.

Azril menarik aku berdiri rapat dengannya. Sambil kami menyanyikan lagu itu bersama tanpa menggunakan mikrofon walaupun mikrofon ada ditangan Azril. Badan kami bergerak ke kiri dan kanan mengikut rentak lagu. Yang lain bersorak selepas tamat.

Tapi lagu itu bukan tamat disitu saja. disambung dengan satu lagi lagu. Kali ini Azril menghidupkan mikrofon ditangannya. Bersedia untuk menyanyi.

Loving you is easy 'cause you're beautifull,
And making love with you is all I wanna do.
Loving you is more then just a dream come true,
And everything that I do, is out of loving you.
No-one else can make me feel the colors that you bring.
Stay with me while we grow old and we will live each day inspringtime.
'Cause loving you has made my life so beautifull,
And everyday of my life is filled with loving you.

“Zahiyanita Binti Zainul Ariffin. Will you stay with me, love me and be my wife forever?” Azril melamar aku untuk kesekian kalinya.

Menjerit mereka yang dengar. Aku senyum. Malu diperlakukan begitu dihadapan teman-teman sepermainan dan juga sanak saudara yang hadir.

“Yes” Jawabku sambil menganggukkan kepalaku. Dia menarik aku kedalam pelukannya. Dia kemudian mencium ubunku lama. Aku terasa ada air yang menitis mengenai ubunku saat itu. Aku biarkan. Air mata gembira.

“Lagu ini ditujukan khas untuk Azril dan Nita dan juga untuk pengantin kita hari ini. Lagu ini menyampaikan doa kami pada anda” Ucap DJ yang bertugas. DJ Faiq itu adalah teman sekelas aku masa kami darjah 4-6. Lagu Maher Zain, Barakallahulakuma.

Terima kasih kawan kerana mendoakan aku. Lagu itu punya banyak doa untuk pasangan pengantin. Ucapan barakallahulakuma itu sendiri sudah mendoakan rahmat Allah untuk kami.

“This is replacement for our anniversary yang ke-10 yang tak sempat kita nak celebrate. Untuk hari-hari yang kita berjauhan kerana kebodohan saya mengikut perasaan” Kata Azril membisikkan kata itu ditelingaku. Menitis air mata aku masa itu.

“Ayah Lang” Jerit Siti Sarah, anak Zira yang baru berusia 4 tahun. Dia kemudian menghulurkan jambangan bunga kepada Azril. Azril cepat mengelap air matanya sebelum mencangkung mengambil jambangan bunga itu.

“Terima kasih sayang” Kata Azril dan mencium pipi Siti Sarah.

“Ish, gelilah Ayah Lang” Dan Siti Sarah terus berlari sambil mengelap pipinya.

“Bukan semua anak orang suka awak buat macam tu. Budak berlima tu saja yang suka” Kataku. Aku ketawakan dia.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now