"Ayah, ibu berdarah. Banyak" Suara cemas Umar Khalif yang menelefonku meresahkan aku.
"Abang, kakak mengandung ke?" Suara Zahran cemas.
Mengandung? Entah. Aku tak tahu. Maknanya Nita mengalami pendarahan? Keguguran? Allah, selamatkan isteriku. selamatkan Nita.
Doa aku tak putus. Talian saja terputus. Diputuskan oleh mereka bila aku diam tidak bersuara. Aku mahu balik saat ini juga tapi apakan dayaku. Tiada penerbangan ke Malaysia malam ini. Untuk esok juga tiada. Aku boleh saja naik kapal terbang balik melalui Singapura tetapi siapa yang akan bawa balik kapal terbang yang aku pandu ini? Hendak mengharapkan seorang pembantu kapal terbanga? Meletakkan nyawa penumpang dalam bahaya hanya kerana aku risaukan isteriku. Tidakkah itu mementingkan diri sendiri?
Aku cuba menenangkan diriku melalui kaedah penafasan yang pernah diajar oleh Nita. Sedikit rasa tenang muncul dalam diriku. Sedikit demi sedikit.
"Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan dengan sebut Allah. Lepaskan perlahan-lahan sehingga habis nafas dihembuskan"
Suara Nita terngia-ngia ditelingaku.
Aku terus buat sehingga aku capai tahap ketenangan yang aku inginkan. Tahap ketenangan yang boleh buat aku bercakap dan berhenti risau perkara yang tidak-tidak. Aku mengambil telefon.
"Assalamualaikum. Umar, bagi telefon dekat Pak Su" Umar Khalif yang menjawab telefon Nita.
"Macam mana keadaan kakak?" Aku terus bertanya pada Zahran selepas menjawab salam yang diberikan.
"Doktor sedang periksa lagi" Jawab Zahran lemah.
"Ok. Tak apa. Insya Allah tak ada apa tu. Cuma bleeding" Aku cuba tenangkan Zahran. Walaupun aku rasa lebih untuk diriku.
"Nanti bila doktor dah settle, do call abang immediately. Abang cuba balik esok tapi masih belum pasti. Harap Allah permudahkan segalanya" Pesanku.
Aku memberi salam sebelum menamatkan panggilan.
Setengah jam sudah berlalu. Masih lagi tiada panggilan masuk dari Kuala Lumpur. Hatiku tidak keruan. Aku capai telefon dan mendail nombor Nita. Tiada yang angkat. Aku taip whatapp. Harap ada yang membaca dan membalasnya. Masih tiada. Aku dail lagi sekali nombor Nita setelah 20 minit berlalu.
"Zahran, macam mana kakak?" terus aku menerpa bertanyakan tentang keadaan Nita. Lupa segala salam kerana terlampau risaukan keadaan isteriku.
"Kakak tidur dah. Baby selamat. Kakak pun selamat. Abang tak payah risau, ya. Saya jaga kakak. Umar pun ada ni. Tak nak balik. Nak tunggu sini" Kata Zahran. Suaranya lebih tenang dari tadi.
"Alhamdulillah. Umar memang duduk dekat hospital saja sejak kakak masuk hospital hari tu. Dia tak nak balik. Boleh bagi telefon dekat Umar" Pintaku. Perasaanku sedikit lega.
"Ayah, Ibu dah tidur. Mak Uda dengan kawan dia pun dah balik. Ayah jangan risau, ya. Umar jaga Ibu" Kata Umar selepas memberi salam.
"Pandainya anak Ayah. Anak Ayah kuatkan? Jangan menangis depan ibu. Nanti ibu dah bangun, peluk cium ibu untuk Ayah. Buat macam selalu Ayah buat pada ibu. Pesan dekat ibu, Ayah selalu ada dalam hati ibu dan Ayah selalu doakan yang baik-baik buat ibu. Umar kalau lapar, minta Pak Su belikan apa-apa. Jangan pergi mana-mana sendiri. Jaga diri Umar. Jaga ibu untuk Ayah" Panjang pesanku.
Umar Khalif hanya mengiakan segala kata-kataku. Setelah itu, aku meletakkan telefon. Aku duduk di kerusi kayu didalam bilik ini.
"Kalau ditakdirkan kita punya anak nanti, kalau lelaki Nita nak hantar sekolah tahfiz. Kalau perempuan, biar dia sekolah perempuan. Jangan nak bergaul bebas dengan lelaki"
"Nita, anak-anak kita nanti biarlah mereka tentukan dimana mereka nak pergi. Kita tunjuk saja tapi biarkan pilihan ditangan mereka. Jangan paksa mereka ikut apa yang kita nak"
Masih terkenangkan perbualan aku dan Nita beberapa bulan lepas. Perbualan kami beberapa bulan ini asyik berkisarkan pada anak. Rupanya Allah nak beri kami rezeki terhebat didunia ini.
"Seperti yang awak jangka, ada kesan diperkosa"
Tiba-tiba suara itu bergema dan mengganggu ketenangan fikiranku.
"Anak itu anak aku. Nita mengandungkan anak aku. Nita baru diperkosa seminggu yang lepas. Tidak mungkin ada janin yang berkembang sedangkan air mani tidak dijumpai" Kataku kepada diriku sendiri.
Aku seakan menjerit. Aku beristighfar. Segera aku mengambil wuduk. Lagipun aku masih belum solat isyak. Sewaktu Umar telefon, aku baru selesai solat Maghrib.
usai solat isyak, aku bertelaku diatas sejadah. berzikir tanpa henti sambil didalam hati tidak putus-putus doa untuk keselamatan isteri dan anakku. aku juga titip doa agar aku tidak meragui kesucian anakku. dan doa agar aku sentiasa menghormati, mengasihi, mencintai dan mempercayai isteriku.
entah bila aku tertidur. bila aku sedar, aku sedang bermain dengan seorang kanak-kanak lelaki. Mukanya mirip aku tapi kulit dan senyumannya mirip Nita. Kami ketawa bersama. Kami berlari bersama. Namun seketika itu, dia mencium aku dan melambaikan tangannya.
"Ayah, Muhammad pergi dulu. Nanti adik-adik Muhammad datang temankan Ayah dan Ibu" Kata kanak-kanak lelaki yang membahasakan dirinya Muhammad.
"Astagfirullahalazim" Aku beristighfar setelah terjaga dari tidur. Aku meraup mukaku. Air mataku mengalir tanpa aku sedar. Apakah maksudnya?
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...