BAB 4

15.1K 523 13
                                    

"Nita, kita sekarang sudah menjadi suami isteri. Saya tak nak ada pergaduhan lagi antara kita selepas ni. Apa-apa kita bincang bersama. We solve everything together. Okey?" Katanya sambil memegang erat tanganku. Dia merenung tepat ke mataku. Aku melarikan pandanganku.

Aku hanya mengangguk. Faham benar kenapa. Sepanjang tempoh pertunangan selama hampir 3 bulan, sudah banyak kali kami bertelagahan atau tidak senang hati sewaktu berpisah. Semua gara-gara aku marah dengan diriku yang menurut kata-katanya dan kerana aku marahkan dia yang selalu membangkang aku.

"Tapi kalau sekali sekala nak bergaduh pun tak ada masalah kan? Gaduh-gaduh sayang" Aku cuba merenung matanya. Aku lihat dia senyum. Manis. Aku cair. Dia menarik aku ke dalam pelukannya.

"Gaduh-gaduh sayang tak apa" Kemudian dia mengucup dahiku. Aku terasa tenang dan damai saat itu.

"Kejap. Bukan kita dah setuju ke malam pertama kita hanya akan berlaku di rumah kita sendiri? Ni awak kenapa nak ambil kesempatan ni?" Aku menolaknya.

Aku lihat dia senyum.

Allah, sungguh senyuman itu menyamankan hati aku yang panas.

"Nita, saya ingat janji tu. Tak mungkin saya mungkiri setiap janji yang saya buat pada orang yang saya sayang. Tapi saya mohon pada awak. Jangan buang saya walaupun seketika dari hidup awak kerana janji tu. Saya tak nak kerana janji tu kita hidup berjauhan. Tidur sekatil baring sebantal tak bermakna kita jalani malam pertama kita kan?" Cukup lembut kata-katanya. Aku angguk. Tanpa bantahan.

"Awak guna ubat pengasih ke kat saya?" Tiba-tiba aku bersuara.

Aku sendiri terkejut dengan kata-kata aku. Bukan aku nak cakap dalam hati ke? Kenapa keluar suara ni?

Aku lihat dia gelak. Alamak, ini bukan sekadar cair tapi aku rasa dah tak boleh nak dibentuk lagi dah ni. Tak ada acuan yang boleh bentukkan hati aku jadi normal.

"Mestilah. Cepatnya dapat tangkap" Jawabnya sambil tersenyum menahan ketawa.

"I knew it. Kalau tidak takkan saya ikut saja apa yang awak cakap ni. Sampai hati saya cair hanya bila awak senyum. Awak bagi penawarnya sekarang" Aku memang dah agak. Zaman dah moden ni pun ada lagi manusia yang guna bomoh. Dia tergelak besar.

"Boleh nak bagi tapi awak bagi penawar rindu saya ni. Awak depan mata pun saya rindu"

Pula dah.

"Saya mana ada guna apa-apa benda syirik ni. Itu perasaan awak. Saya tak boleh halang. Awak tu, kenapa guna benda kotor nak dapatkan saya ni? Cuba tackle gaya lelaki sejati sikit. Zaman dah modern pun nak guna cara kuno. Cepat bagi penawarnya" aku menadah tanganku dihadapan mukanya.

Aku mula nak marah tapi macam tak sampai hati nak marah. Ini semua sebab ubat pengasih yang dia bagi lah ni. Macam mana aku boleh terkena ni?

"Puan Zahiyanita Zainul Ariffin. Awak tak sedar ke yang perasaan awak dan suami awak ni sama. You are melting because you are so in love with me" Dia kembali serious.

"Mana ada" Aku menafikan.

Dia senyum lagi.

Aku cair lagi.

"Ok. Mungkin kot" Lepas tu aku terus baring dan tarik selimut menutupi seluruh tubuhku.

Malu.

Dia ketawa.

Seketika ketawanya reda. Aku terus mengkakukan diriku didalam selimut. Aku rasa dia baring sebelah aku. Aku rasa dia senyum. Aku rasa dia tengah sengeh. Senyum senget. Mungkin dia tahan gelak. Yang pasti, tangan dia tengah peluk aku.

"Tangan tu gatal sangat. Baru cakap dah lupa. Kata takkan lupa janji. Ini dah nak mungkiri janji dah ni" aku keluar dari selimut. Duduk dan menepis tangannya. Dia juga duduk menghadap aku.

"Berdosa tau isteri buat suami macam ni. Minta maaf sekarang. Saya terasa ni" Tuturnya. Tiada senyum. Aku mula rasa bersalah.

"Saya minta maaf. Tapi boleh tak awak tidur kat bawah ke. Tak pun saya je tidur bawah" Kataku dan bersedia untuk turun katil.

"Nita, awak ni baca novel banyak sangat. Terpengaruh pula tu. Tak salah baca novel sekadar baca dan ambil ilmu dan pengalaman hidup orang lain tapi jangan sampai bawa dalam kehidupan reality kita. Novel itu karangan si penulis sedangkan hidup kita ini adalah karangan dari Dia Maha Pencipta. Kita nak ke hidup macam dalam novel tu. Mana lagi baik? Dunia rekaan si penulis atau takdir yang telah ditulis oleh Allah kepada kita? lagipun, kita bukan kahwin paksa, kan? Kalau pun awak rasa terpaksa, tak ada salah awak tidur sekatil dengan saya. Tak haram pun. Tak salah saya peluk awak. Halal dan dapat pahala lagi. Baik untuk kurangkan kolestrol dalam badan dan awet muda. Tak nak?" aku diam. Dia ni suka membebel. Comel.

Pula dah.

"Baik. Sekarang ni saya nak tidur. Esok saya ada kelas" Kataku.

"Bukan awak masih cuti ke? Cuti semesta belum habiskan? Esok kita nak pergi honeymoon, kan?" Katanya.

Alamak. Kantoi.

Aku sebenarnya nak mengelat. Rupanya dia tahu. Macam mana dia boleh tahu ni? Bulan madu? Aish. Terasa geli pula ni.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now