Hari Sabtu. Kerja separuh hari. Aku singgah rumah Mama. Sekadar nak bertanya khabar tetamu yang datang. Lagipun, memang kebiasaan aku akan singgah rumah mama dulu baru balik ke rumah aku. Terutama semenjak abah tiada. Mujur Zira masih tinggal dengan mama. Nak harapkan Zura, lepas abah meninggal dunia terus minta kerja di Terengganu. Zahran pula masih belajar di German. Kejuruteraan Automotif. Katanya nak kerja terus disana.
"Ibu Lang, Mama kita kata, kita nak dapat adik" Jerit Zil dan terus menerpa ke arah aku yang baru keluar dari kereta. Hampir terjatuh aku dibuatnya.
"Allah, Zil. Mujur Ibu Lang tak jatuh. Kalau jatuh tadi macam mana?" Marah aku pada Mirza Jazil a.k.a Zil.
"Macam nangka busuk lah" Jawabnya dan gelak. Aku menumbuk mukanya lembut dan perlahan.
"Jom masuk" aku berpimpinan tangan dengannya masuk ke dalam rumah.
Aku cadang hari ni mahu tidur disini saja memandangkan Azril juga tiada. Dia kini selalu ke luar negara. Tuntutan kerjanya begitu. Aku tiada hak untuk menghalang atau mempersoalkan ketiadaannya. Aku percaya kepadanya sepenuhnya.
"Semua ada? Habislah rumah atok kejap lagi" Kataku bila saja aku melihat Mawar, Damia, Aisyah dan Ayush berada di dapur. Sedang bersembang macam orang besar lagaknya.
Mereka kemudian bersalaman denganku sambil memelukku.
"Ini kenapa tiba-tiba peluk Ibu Lang ni? Korang nak apa?" Tanyaku. Hairan. Mereka jarang peluk aku. Lain kalau dengan Azril. Terus peluk.
"Nak ikut Ibu Lang balik rumah. Lama tak jumpa Ayah Lang" Jawab Damia. Aku senyum.
Kan aku dah kata, mesti nak sesuatu punya.
"Sorrylah anak-anak Ibu Lang semua. Hari ni Ibu Lang tidur sini sebab Ayah Lang tak ada" Balasku. Mereka membuat muka hampa.
Benar, sudah hampir sebulan mereka tak jumpa Azril. Aku ni mujur teman serumah dengannya. Teman sebilik lagi. Kalau tidak, mahunya aku pun sama tidak bertemu dengannya. Katanya dia sedang sibuk menggantikan tempat kawannya yang baru menjadi ayah.
"Tau tak? Tadi Mama Zil cakap, Zil nak dapat adik" Kata Zil dengan muka terujanya. Yang lain terus melompat riang.
"Mama Zil dah nak masuk anak kedua dah. Ibu Lang kamu tu bila entah nak mengandungnya?" Suara serangan itu muncul dari ruang tamu. Aku menoleh kearah ruang tamu dan melihat Mak Anjang, adik arwah Abah sedang menuju kearah kami.
"Sihat, Mak Anjang?" aku bersalaman dengannya.
Aku tahu Mak Anjang ada disini. Mama dah telefon bagitahu. Dia lah sebab utama aku berada disini. Bukan mudah nak jumpa Mak Anjang. Dia jauh nun dibenua Australia. Sesekali balik ke Malaysia, kenalah datang menjengah.
"Kau bila nak ada anak, Nita? Orang lain kahwin dah beranak pinak, kau masih tak ada. Berapa lama dah kau kahwin?" Mak Anjang dah mula bising. Dari tahun lepas kalau dia balik, perkara tu sajalah yang dia bangkitkan.
"Dua tahun, Mak Anjang. Kami pun muda lagi. belum 25 tahun pun lagi" Jawab aku selamba sambil mengusap rambut Mawar yang sedang menyendeng di hadapan aku.
"Nita oi. dua tahun tu lama dah tau. Masa muda ni lah elok mengandung. Takkan nak tunggu tua kerepot baru kau nak mengandung?" Bebel Mak Anjang.
Kadang aku hairan. Dia ni duduk di luar negara. Sepatutnya pemikiran dia lagi meluas. Ini aku rasa macam dia duduk kat kampung. Kahwin saja kena ada anak. Tak ada anak nanti suami lari.
"Kau nak nanti suami kau cari lain? Alasan sebab kau tak boleh bagi anak. Nak?" Tanya Mak Anjang. Aku baru terlintas dekat otak ayat tu, dia dah sebut. Memang tipikal Melayu.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...