Aku duduk dimeja kerjaku. Mataku memandang gambar yang tergantung diatas televisyen. Gambar yang diambil sewaktu kami sedang berbulan madu. Gambar selfie menggunakan nikon D5000 yang diambil dari atas memungkinkan untuk mempunyai latar belakang air di gigi pantai. Di sunting dengan cantik oleh Azril. Menampakkan gambar itu sangat hidup. Aku menarik nafas sedalam mungkin.
Benarlah orang kata, lima tahun pertama perkahwinan adalah waktu yang paling kritikal dalam sesebuah perkahwinan. Masa untuk menyesuaikan diri. Masa untuk mengenal hati budi pasangan. Inilah saatnya rumahtangga selalu bergolak dan berlaku perceraian kalau tidak sabar.
Benda yang sama berlaku pada aku dan Azril cuma yang membezakan, aku dah Azril punya masalah dengan orang luar. Antara kami seperti semuanya berjalan dengan baik. Aku cepat saja boleh sesuaikan diriku dengan kehidupannya begitu juga dia.
Masalah kami adalah orang yang cuba nak masuk dalam kisah cinta kami. Yang pertama, Dura tu walaupun kes lama tapi masih belum selesai. Walaupun sudah diterangkan Nenda sebelum dia meninggal tapi Dura tetap nak kejar Azril. Katanya sudah terjatuh cinta pada Azril dan tak mungkin melepaskannya pergi. Drama sangat.
Yang kedua, Amirul. Walaupun kes terpencil tapi tetap menserabutkan kepala otak. Masa aku nak dinikahkan dengan Azril, tak ada seorang pun mengaku sukakan aku. Tak ada siapa pun nak selamatkan aku dari mengahwini seorang lelaki yang aku tak kenal. Sekarang ni bila aku dah bahagia, semua sibuk nak datang mengaku macam-macam.
Dan yang terakhir, Fayas. Ini benar-benar buat aku rasa nak tembak dia berkali-kali. Mati senang tau dia ni. Sangat menyusahkan hidup aku. Kalau sebelum ini, aku dan Azril cuma bergaduh manja, tapi sejak kemunculan Fayas, sudah beberapa kali kami bergaduh. Bukan sebab cemburu ataupun tak percaya tapi sebab rimas bila asyik diganggu.
Mereka ni kalau bergabung, mahu meletop rumahtangga aku.
Nauzubillahiminzalik.
Ting tong!
Aku lihat jam didinding. Pagi lagi ni. Baru pukul 11. Siapa yang nak datang ni? Guard tak ada telefon bagitau ada orang nak datang rumah aku. Aku bangun mencapai tudung dan membuka pintu.
"Surprise" Kelly menjerit.
"Khalida. Umar pun ada ni" Ujarku bila melihat Kelly dan Umar Khalif diluar pintu rumah.
Aku senyum.
Aku terus buka pintu pagar. Memeluk kelly dan mencium Umar Khalif dahulu sebelum mengajak mereka masuk ke rumah.
"Berdua saja ke?" Tanyaku.
"Haah. Senang nak bercerita. Tak adalah kau kekok dekat rumah sendiri" Kata Kelly.
Dia sengih.
Aku tahu ada benda yang dia nak cerita ni. Mesti isu besar. Kalau isunya tak besar, Kelly tak akan datang ke rumah aku. Aku yang selalu ke rumahnya untuk menziarah mereka.
"Duduk dulu. Aku pergi buat air dulu. Kau dah sarapan ke? Kalau belum, kau duduk dekat meja makan tu. Aku hidangkan sarapan. Aku masak cincai tadi. makan seorang" Kataku dan menyangkut semula tudung tadi.
Aku melangkah ke dapur. Kelly turut serta. Umar dibiarkan lepas. Umar sudah berumur 3 tahun lebih. Sudah lama aku tidak berjumpa Umar. Rasanya dekat sebulan aku tak pergi menjengahnya dek kerana kesibukan yang entah apa-apa.
Kadang betul kata Azril.
"Allah tu nak berikan kita anak-anak hebat. Lalu Allah nak kita bersedia. Kita pula rasa kita sudah bersedia mahu jadi ibu bapa tapi hakikatnya Allah rasa kita belum bersedia untuk jadi ibu dan Ayah yang sempurna untuk anak-anak kita. Bagaimana ibu bapa yang belum bersedia untuk menjadi ibu bapa, hendak mendidik anak-anak jadi hebat?"
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...