BAB 16

9.6K 303 3
                                    

                  

Surat perletakan jawatan aku sudah aku siap cetak. Sudah ku masukkan kemas ke dalam sampul surat. Aku juga sudah meminta setiausaha syarikat untuk menyediakan surat pemulangan semula saham aku kepada Encik Bahar. Teringat perbincangan aku dengan Azril semalam.

"Saya tak kisah wifey nak berhenti. Insya Allah saya mampu menyara wifey kalau wifey tak bekerja. Saya cakap kat wifey dulu lagi seawal perkahwinan kita. Saya berikan kebebasan dan kepercayaan sepenuhnya pada wifey untuk buat apa yang terbaik untuk wifey dan keluarga kita" Kata Azril.

Memanglah dia mampu sara aku kalau pun aku berhenti kerja. Aku bekerja pun, tak sedikit pun duit gaji aku luak. Semuanya aku pakai duit dia. Duit gaji aku, aku simpan masuk Fixed Deposit. Bagi dia kembang dan bercambah.

Keputusan ni dah lama aku fikirkan. Rasanya bermula saat Mak Anjang bersuara dulu. Mulanya aku hanya pandang benda ini enteng saja. Namun, aku mula berfikir tentangnya semula semenjak dua menjak ni. Bila soal anak asyik timbulkan bila bertemu Nenda atau bila berjumpa dengan kawan-kawan. Walaupun Azril kata dia tak kisah tapi aku tahu dia sangat inginkan anak.

Mana mungkin aku tak faham bila setiap kali bertemu dengan budak tak kira baby atau yng sudah sekolah, dia mesti senyum. Senyuman yang membayangkan itu adalah anaknya. Itu belum lagi setiap kali memelukku, tangannya akan mengusap perutku. Seolah membayangkan aku sedang mengandungkan anaknya.

Itu dia kata tak kisah? Aku dah sangat kisah dah ni. Dah empat tahun kahwin dan masih belum ada anak. Kau rasa?

"Nita, buat apa? Nak bersembang sikit dengan kau boleh?" Tiba-tiba Kelly atau nama sebenarnya Khalida masuk ke bilik aku.

"Kau tak ada kerja ke?" Tanyaku pula.

"Kau kenapa? Hari ni hari Sabtu. Half day. Ini dah pukul 2. Nanti kau kena bayar OT aku" Katanya.

Aku cebik. Tak ada maknanya.

"Sejak bila ada OT?" Aku buat blur.

Aku tahu dia bergurau. Kelly adalah seorang pekerja Maris Sdn Bhd dan merupakan anak saudara kepada isteri Encik Bahar. Dia merupakan pembantu Encik Shah dan dia antara yang rapat dengan aku. Masih bujang tapi sudah punya teman lelaki yang aku rasa tak semenggah perangai.

"Gurau je. Weh, aku nak cerita hal personal dengan kau ni. Sangat peribadi" Katanya memulakan mukadimah.

"Kenapa? Kau mengandung ke?" Aku saja serkap jarang.

Entah kenapa aku boleh fikir begitu. Mungkin kerana aku langsung tak percaya pada teman lelaki Kelly.

"Haah" Jawabnya dan menundukkan kepalanya.

"Kau serius ke?" Aku terkejut. Aku rasa aku cakap tadi serkap jarang dalam bentuk gurauan. Adakah benar atau halusinasi?

"Nampak macam aku main-main ke?" Dia mula nak meradang.

Aku geleng.

"Kan aku dah cakap dengan kau. Jangan nak serah diri" Aku dah mula nak membebel. Aku memang tak suka dengan teman lelakinya itu.

Matanya memandang perempuan macam nak telan. Bukan aku rasa memang dia dah telan. Ada sekali tu aku keluar bersama mereka. Berempat. Aku dan Azril. Kelly dan teman lelakinya, Nazri. Sewaktu tu aku cuba untuk berbaik sangka dengan Nazri sewaktu pertama kali Kelly kenalkan Nazri padaku. Kerana itu aku terima double date yang dirancang oleh mereka.

Aku perhatikan saja. Walhal kelly disebelahnya tapi bila nampak perempuan cantik dan seksi lalu dihadapannya, matanya sedikit pun tidak lari. Dan aku nampak dia telan liur. Bodoh punya lelaki. Otak kotor.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now