Aku memegang perutku. Tiada lagi anakku disini. Air mataku mengalir lagi. Sedih rasanya kehilangan ini. Walaupun baru bersama tapi terasa sayangnya, kasihnya disitu. Anak yang ditunggu lebih 9 tahun muncul tapi hilang dalam sekelip mata. Semuanya salah aku. Aku tak pandai nak jaga anak.
'Anak, maafkan ibu. Ibu tak pandai jaga anak' rintihku dalam hati. Air mataku mengalir lagi.
"Wifey, sabarlah" pujuk Azril. Dia membelai bahuku. Dia peluk aku. Aku tidak membalas pelukannya. Entah. Langkah pertama untuk bersedia ditinggalkan. Mungkin.
"Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Insya Allah, ada rezeki kita lagi" Aku pandang Azril. Senang saja bercakap. Tak ada perasaan.
"Nita nak tidur. Nita nak balik rumah" Aku baring dan tarik selimut. Kata-kataku muktamad. Aku mahu pulang. Sudah lama sangat aku disini. Sudah hampir sebulan. Aku nak balik rumah. Aku dah sihat.
Didalam selimut sekali lagi aku mengalirkan air mata. Memegang perutku. Rahimku sudah kosong. Tak ada benih lagi yang nak membesar disitu.
Allah, berikan aku kekuatan. Pinjamkan aku kesabaran tanpa had. Aku sedih, Ya Allah. Aku sedih sangat. Setelah penantian yang lama, kau hadirkan dia dan seketika cuma Engkau mengambilnya kembali. Permainan apakah ini.
"Wifey, jangan fikir banyak sangat. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Setiap kesedihan pasti diganti dengan kegembiraan. Bila kita sabar, Allah gandakan kegembiraan itu. Bila kita redha, Allah memberi lebih lagi" Kata Azril memujukku.
Astagfirullahalazim.
Maafkan aku Ya Allah kerana mempertikaikan perancangan-Mu. Maafkan aku Allah kerana marahkan-Mu sedangkan aku tahu Engkau sedang mengujiku untuk aku dapat kegembiraan yang berlipat kali ganda.
'Hanya orang yang layak akan diuji kerana ujian itu adalah persediaan untuk menentukan sama ada kita bersedia atau layak untuk terima lebih lagi'
Kata-kata seorang guruku mengintai ruang ingatanku. Pasti. Kena yakin kalau nak tahu apa hikmah yang tersembunyi. Kena redha. Kena sabar.
Tapi aku kehilangan anak. Anak yang telah lama aku tunggu. Ketidakhadirannya pernah hampir mengoyangkan rumahtanggaku. Namun, kehadirannya juga menimbulkan ragu dihati suamiku.
Mungkin benar kata Azril. Mungkin ini yang terbaik untuk kami. Kalau anak ini hidup, mungkin selalu akan timbul keraguan dalam diri Azril walaupun Azril tak cerita tapi aku tahu pasti wujud ketidakpastian itu. Walaupun aku cerita kewujudan bayi itu sebelum kejadian pun, pasti akan ada bisikan halus yang mengganggu fikirannya.
Anak, kenapa pergi tinggalkan ibu? Kenapa tak nak hidup dengan ibu? Kenapa? Tak sayang ibu ke?
Dan air mataku tidak berhenti mengalir.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...