Peninglah fikir masalah ni. Nak cerita kat siapa pun tak tahu. Nak cerita kat Azril macam cari masalah. Kalau tak cerita pun macam menempa masalah yang lagi besar.
Serabut!
"Nita lebih faham kerja Izam. So, kalau ada apa-apa boleh tanya Nita since Izam tak nak involve apa-apa dalam syarikat ini lagi" Aku masih ingat kata Encik Bahar itu.
Tapi tak perlu nak jadikan kata-kata Encik Bahar itu umpama racun untuk aku bila dia sering kali menggunakan ayat itu untuk menggangguku.
Apahal setiap masa pun nak telefon aku bertanya macam-macam soalan? Kalau semua benda pun kau tak tahu buat. Baik cari orang lain saja ganti. Lagipun kalau kau tak ada pun, budak-budak pemasaran tu boleh buat kerja.
Arh...!!!
Bila teringat kembali saat pertama kali kami berkomunikasi, aku rasa macam nak sepak dia laju-laju. Dasar tak sedar diri.
Geramnya aku....!!!
Muhammad Fayas Iskandar. Kelulusan University of Wales. Seorang yang pernah mempermainkan perasaanku suatu ketika dulu.
"Nita, we never been a friend before. Macam mana awak boleh perkenalkan saya sebagai kawan zaman sekolah saja? Don't you remember our relationship?" Kata-kata yang diucapkan oleh Fayas bila kami keluar dari bilik Encik Bahar.
Aku bergerak ke bilikku tanpa mempedulikan dia. Dia mengikut aku. Aku tak mahu ada drama swasta berlaku disini. Cukup di pejabat Datuk Kamal. Bukan di sini.
"Kita ada sebarang hubungan lain kah Encik Fayas?" Tanyaku sinis setelah kami berada didalam dibilikku.
"Kita couple dulu. Very loving couple" Jawabnya dengan penuh perasaan.
"Very loving couple, hangguk kau" Kataku sendirian.
Perasaan marahku meluap. Marah kepadanya yang tak tahu nak hormat aku sebagai seorang perempuan dan marah kerana dia muncul kembali dan menyingkap kenangan silam.
"Tak kisah pun kalau nak bercerita tapi tak payah nak kembalikan zaman silam. Aku sayang Azril seorang" Aku masih lagi berkata sendirian.
Azril.
Aku dah biasa menceritakan semua yang ada difikiranku kepada dia. Tapi bila masuk bab ni, aku tak rasa sesuai nak ceritakan kepadanya. Memikirkan dia buat aku makin serabut. Aku pernah bercerita dengan Azril tentang lelaki bernama Fayas itu. Walaupun dia kata
"Itu kisah lama. Kita sekarang menuju masa depan bukan lagi yang belakang. Kita toleh belakang bukan untuk mengenang masa silam tapi untuk mengambil ikhtibar dari segala kesalahan lampau"
Tapi aku tahu, andai Fayas muncul lagi pasti perasaan cemburu itu akan ada. Walaupun dia kata dia boleh abaikan kisah lama.
Aku ambil kunci kereta. Aku memandu keluar ke Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) menuju ke Jalan Duta. Pedal minyak aku tekan dalam. Kelajuan 130/kmj dengan Honda City yang baru aku beli setahun yang lalu itu bagai tiada apa rasanya. Aku tambah lagi kelajuan keretaku. 140/kmj. 150km/j. Memandu laju begini buat aku lupa sebentar masalah yang melanda.
Sampai di tol, aku berhenti seketika di Shell. Menarik nafas dalam. Rasa puas pecutan itu bagai membawa pergi masalahku. Telefon bimbitku berbunyi.
"Wifey tidur rumah Mama ke?" Tanya Azril selepas salamnya aku jawab.
"Tak. Ada kat Tol Jalan Duta" Aku terus matikan telefon dan memandu kearah Jalan Kuching untuk membuat pusingan U di simpang Kompleks Kerajaan Persekutuan dan masuk kembali ke Jalan Duta untuk balik ke rumahku.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...