Kehidupan kami sebagai suami isteri sudah masuk 3 bulan tapi tidak ubah seperti perhubungan jarak jauh. Kalau tak aku balik rumah bonda, dia akan balik rumah Abah. Kalau dia ke rumah Abah, tidak tentu hari tapi bila aku yang ke rumah Bonda, pasti hari Jumaat saja yang berkesempatan kerana aku masih dengan kelas. Dia pun begitu.
Sebenarnya bukan setiap minggu kami berjumpa. Sebulan, pasti seminggu atau dua minggu kami tidak bersua. Aku pun tak ada bertanya ke mana dia pergi. Dia pun tak ada nak cerita dia pergi ke mana. Pada aku, tak perlu nak sibuk hal orang.
Yang menjadi kemusykilan hati aku ni. Dia belajar. Aku belajar. Walaupun aku tak tahu dia punya aktiviti tapi setiap kali sebelum berpisah, dia mesti hulurkan wang belanja untuk aku. Kadang dia bank in. Bukanlah banyak tapi mampu untuk aku sara hidup aku minggu tu dan simpan sedikit. Abah pun dah tak ada bagi wang bulanan untuk aku macam selalu.
Jangan sibuk tanya PTPTN aku. Selama aku belajar 4 tahun ni, PTPTN aku tak pernah bersentuh. Dapat saja duit PTPTN, aku keluarkan semuanya untuk di masukkan ke dalam ASB separuh, SSPN-i separuh dan separuh lagi aku topup dalam Fixed Deposit akaun yang abah bukakan untuk aku. Abah kata simpan. Ambil PTPTN untuk kegunaan masa terdesak saja. Aku pula belum lagi bertemu waktu terdesak itu.
Jadinya, selama ni aku hanya gunakan duit belanja yang Abah bagi setiap bulan dan aku guna dengan cermat. Ikat perut juga kadang tu sebab ada masa, kita banyak nak pakai duit untuk siapkan assignment. Nak minta Abah, segan pula. Nak pakai duit PTPTN lagi 'segan' sebab nak kena menunggu untuk berurusan di Kaunter bank.
'Segan' bak hang.
Siapa kata aku tak pernah tanya dia mana dia dapat duit nak sara aku? Pernah lah. Aku rasa korang pun tau jawapan dia cliché.
"Macam mana saya dapat duit tu bukan masalahnya. Yang penting saya sediakan nafkah untuk awak selayaknya seorang isteri terima supaya awak tak boleh bawa isu ni ke mahkamah untuk minta fasak" Cliché kan jawapan dia?
Tak?
Lantak lah.
Aku bukan apa. Aku tau dia anak orang berada tapi aku tak nak dia susahkan Bonda dan Ayah. Aku boleh saja pakai duit simpanan aku yang dah bercambah banyak tu. Suami isterikan kena selalu tolong menolong. Tak adanya aku nak jadikan itu alasan untuk tuntut fasak. Lagipun, rugilah dah kahwin dengan orang kaya yang muda dan kacak lepas tu nak cerai.
Opssss...
Aku nak dia faham. Hal rumahtangga kami biar kami uruskan. Jangan susahkan orang lain terutama keluarga sendiri. Susah senang kita sama-sama tanggung.
Semesta depan aku dah boleh kerja sebab semesta depan aku hanya ada 2 matapelajaran saja. Itu pun sebab aku kena ulang semula setelah gagal pada semesta lepas. Semesta ini pun nak habis tak berapa bulan lagi. Minggu depan dah final exam. Sepatutunya aku dah mula melakukan latihan industri tapi kerana ketua program aku tidak membenarkan aku membuat Pengajian Luar Kampus untuk 2 matapelajaran tersebut, maka aku terpaksa lanjutkan lagi satu semesta untuk tamatkan pengajian.
Aku tak salahkan perkahwinan ini sehingga aku gagal dalam dua matapelajaran. Sebenarnya aku langsung tak susah nak uruskan perkahwinan aku.
Untuk majlis kami, semua Mama, Abah, Ayah, Bonda dan Azril yang banyak lakukan. Mereka semua suruh aku fokus pada persediaan aku untuk peperiksaan akhir semesta. Ya. Betul. Aku ditunangkan di saat aku sibuk dengan assigment akhir semesta. Kemudian, tarikh ditetapkan untuk majlis perkahwinan aku dan Azril adalah saat aku sedang cuti untuk peperiksaan akhir semesta. Dan aku dinikahkan dengan Azril seminggu sebelum habis cuti semesta. Kiranya aku dah gagal dulu baru aku nikah.
Aku ni duduk lepak sini lagi buat apa? Kereta tak akan gerak kalau kau tak masuk gear. Cepat. Nanti tersekat dalam jem pula.
Hari ni nak balik rumah bonda. Giliran ke rumah ayah dan bonda. Aku tak suka giliran ke rumah ayah dan bonda. Bukan aku tak suka duduk sana tapi nak pergi ke sana kena ikut masa. Salah masa, alamatnya aku jadi tekanan perasaan menghadapi kesesakan lalu lintas yang tak pernah selesai di Lebuhraya Persekutuan.
Stress.
Mujur jem hanya berakhir di Lebuhraya Persekutuan di persimpangan Bangsar. Kalau sambung lagi ke depan dan redah jem ke jalan yang lain. Memang aku balik rumah bonda selepas tengah malam. Aku rela di bebel dari tekanan perasaan menghadapi kesesakan lalu lintas.
Stress.
Bila sampai rumah Bonda, hilang semua stress. Bonda aku anggap dah macam Mama. Memang selayaknya begitu, kan? Walau apa pun terjadi pada hubungan aku dan Azril, Bonda dan Ayah tetap mertua aku. Tetap mahram aku sampai mati.
Kalau nak dibandingkan Mama dan Bonda. Rasanya bonda lagi sporting dari Mama. Mama tak kuat bebel tapi kalau dia tak suka, terus tegur dan cara mama bercakap agak kasar kalau nak dibandingkan dengan Bonda. Suara Bonda lembut dan menegur pun lembut saja. Dalam gelak dia menegur. Tak terasa di perli tapi terasa bersalah
Untuk masakan, masakan mama tetap yang paling sedap. Pada aku perbezaan antara orang bandar dan orang kampung memang pada masakan. Mama memang tak berapa pandai dalam bab masakan modern. Kalau bonda memang pakar makanan modern. Fusion kata bonda. Bonda pandai buat kek. Mama pandai masakan kampung. Dan untuk mereka yang selera kampung macam aku ni, memang undian untuk Mama.
Sorry bonda. Try again later.
"Awal Nita sampai hari ni. Selalu pukul 2 baru sampai. Mujur Bonda tak keluar lagi. Bonda nak pergi shopping barang dapur. Nak ikut?" Kata bonda saat aku melangkah masuk ke rumah.
"Boleh juga bonda" Jawabku. Aku terus masuk ke bilik meletakkan beg dan terus ke ruang tamu semula untuk ikut Bonda keluar membeli-belah.
FN
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...