Bab 54

5.1K 174 2
                                    

Sudah lebih sebulan aku menjadi pelarian. Pelarian dari rumah sendiri. Aku tinggal di hotel. Tidak tergamak nak balik rumah Bonda tanpa Nita walaupun aku yakin saat ini Bonda sudah tahu keadaan kami. Nita kan menantu kesayangannya.

Telefon dan segala jenis pesanan dari Nita aku abaikan. Tidak aku layan. Namun, aku tahu hampir semua pergerakan Nita. Tak perlu pasang pengintip. Isteri yang sedang rasa bersalah akan laporkan setiap aktivivtinya dan perasaannya.

Aku memang tahu Nita sudah rasa bersalah. Bukan saja melalui setiap pesanan melalui whatapp yang Nita kirimkan tapi juga melalui hang lima bersaudara tu. Paling kerap menghantar laporan adalah Mawar dan Aisyah.  Umar Khalif juga bersekutu denganku.

Aku telah belikan dia telefon bimbit dan aku minta dia merahsiakannya dari Nita. Aku cuma mahu pastikan Nita selamat.

Mawar dan Aisyah tidak selalu ada dengan Nita tapi Umar Khalif sentiasa bersama Nita kecuali saat dia ke tadika.

Umar Khalif sudah berusia 6 tahun. Tahun lepas dia masih belum minta untuk ke tadika tapi tahun ni katanya sudah perlu ke sekolah.

“Ayah, Umar kan dah besar. Umar kenalah pergi sekolah, kan?”

Teringat ayat Umar Khalif sewaktu minta untuk dia didaftarkan ke sekolah. Kalau ikutkan Nita, sewaktu umur Umar Khalif 4 tahun sudah mahu didaftarkan.

“Umar tak nak. Jangan dipaksa. Lagipun dia baru 4 tahun. Nanti dia bosan duduk dekat tadika belajar yang sama. Kita dekat rumah pun dah ajar dia. Dia pun sekarang dah kenal huruf”

Jawab aku sewaktu Nita menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan aku yang mendengar kata-kata Umar Khalif.

“Umar tak nak pergi sekolah? Belajar dekat tadika macam cucu Opah?” Tanya aku bila usianya mahu ke umur 5 tahun.

“Tak nak lah. Abang Iman kata penat. Lagipun, Umar lagi pandai membaca dari Abang Iman” Jawab Umar Khalif dan aku terpaksa akui perkara itu.

“Tapi budak besar kena pergi sekolah” Aku cuba berdiplomasi.

“Umar kecil lagi. Nanti Umar dah besar, Umar pergi sekolah, ya Ayah” Kata Umar Khalif dah mencium pipiku. Nita ketawa dan mengangkat ibu jarinya.

“Anak hubby memang bijak menjawab macam hubby”

“Anak wifey memamng sangat bijak mengelak”

Mujur tahun ini dia sendiri yang minta untuk ke sekolah. Mulanya dia tak nak. Nak masuk ke sekolah rendah. Puas aku terangkan yang dia perlu ke tadika dulu baru boleh ke sekolah rendah. Kena ikut system pembelajaran di Malaysia. Barulah dia ikut. Itupun bila balik dia selalu berungut.

“Cikgu tu asyik ajar benda yang Umar dah tahu. Tapi Umar belajar jugalah. Ikut kawan-kawan mengenal huruf. Belajar mengira. Nasib baik ada bahasa cina. Baru tak boring”

Sejak itu aku bercadang untuk masukkan Umar Khalif di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bila dia naik darjah 1. Bagus untuk dia belajar bahasa lain selain bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Kalau boleh aku ingin dia belajar bahasa arab juga tapi tiada sekolah arab yang aku tahu di Kuala Lumpur ini.

Tick.

Satu pesanan whatapp masuk ke telefon bimbitku.

Umar Khalif
Ayah, ibu sakit kepala.
Tak boleh nak bangun
Umar lapar

Kejap, Ayah balik

Bergesa aku mencapai kunci kereta. Check out terus? Aku fikir sejenak. Aku lihat jam. 9.15 pagi. Check out teruslah.

Aku kemaskan barang-barangku masuk ke dalam bag dan terus aku tarik ke kaunter untuk daftar keluar.

‘Nita, sabar. Sekejap lagi hubby sampai’ Jerit hatiku. Betapa risaunya aku bila dia sakit. Macam mana parah pun hatiku dirobek, dia tetap adalah kesayanganku. Tanggungjawabku. Amanahku.

“Wifey nak makan apa-apa ke?” Tanyaku sehari selepas Nita keluar hospital.

“Tak payah. Kalau saya nak makan, saya masak sendiri. Takut nanti awak letak racun dalam makanan saya” Jawab Nita dan terus naik ke atas.

Masa tu rasa nak menangis pun ada. Rasa nak marah lagilah ada. Sangat marah. Bukan takat marah. Selama ni aku masak, elok saja dia makan. Tak ada pun mati.

Benar, perbuatan Nita banyak menguji kesabaranku. Allah betul-betul menguji keimananku dengan ujian isteri yang tak nak kan aku lagi. Walaupun aku selalu pesan, sabar tanpa limit tapi hati aku hancur bila berkomunikasi dengan Nita. Pasti ada yang menyakitkan hati.

Akhirnya aku ambil tindakan berdiam diri. Tak lama pun bertahan kerana aku sangat rindukan dia. Aku buang rasa marah. Aku terus bersabar menghadapi dia. Aku pujuk hatiku dengan alasan Nita masih trauma. Nita sedang salahkan dirinya tapi dilepaskan pada aku.

Kekejaman Nita bukan hanya pada aku tapi juga pada Umar Khalif.

“Biar saya uruskan Umar. Dia anak saya. Segala keperluan dia biar saya yang sediakan. Awak jangan nak sibuk” Nita yang entah bila sampai menahan langkah kami dan terus menarik Umar Khalif yang berada disisiku.

Bila aku ajak keluar membeli-belah. Aku ingin membeli keperluan dapur dan keperluan Umar Khalif yang hendak masuk ke tadika bulan depan, dia tak mahu. Katanya tak suka bersesak kerana hari ini hari ahad. Jadinya aku keluar dengan Umar Khalif saja.

Sekarang dia ada didepan mataku dan membuat kecoh ditengah orang ramai. Umpama drama swasta aku rasa saat ini. Orang ramai memandang kami.

“Ibu, tadi kata tak nak ikut. Ni ada dekat sini pula” Umar Khalif memegang tangan aku dan Nita.

“Umar ikut ibu. Kita shopping. Suruh Ayah balik” Kata Nita dan berjalan menarik Umar Khalif.

“Wifey, kenapa ni? Kita shopping bersamalah. Kenapa nak asing-asing” Kataku lembut. Aku memintas langkahnya supaya dia berhenti.

“Kenapa awak nak sibuk? Umar ni anak saya. Bukan anak awak pun” Kata Nita sinis.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now