BAB 10

12.7K 366 6
                                    

Petang baru aku masuk pejabat. Pagi tadi uruskan urusan kelas aku untuk semesta ini. Puas mengatur kelas agar waktu aku di pejabat tidak banyak terganggu. Kelas International Economic aku dengan kumpulan A dan International Culture aku dengan kumpulan B.

"Kau dah ada jadual kelas?" Tanya Encik Izam bila aku masuk ke pejabat. Aku angguk.

"Bagi kat Abang jadual kau. Nanti senang nak tahu kau ada bila" Ujur Encik Izam lagi. Aku angguk.

Aku hidupkan komputer didepanku. Aku ambil jadual kelasku yang aku dah tulis. Aku masukkan dalam Microsoft Excel. Lalu aku print bila puas hati dengan hasilnya. Kemudian aku tampalkan di belakang pintu pejabat.

Aku sebenarnya belum baik lagi dengan Encik Izam. Gara-gara dia memarahi aku atas sesuatu perkara yang aku tidak bersalah. Dia tengking aku. Dia maki aku. Bila aku cuba pertahankan diri, dia tak mahu dengar dan kata itu semua alasan. Walaupun perkara tu sudah diselesaikan oleh Encik Bahar tapi bahang marah dalam hati ni belum reda lagi.

"Kau marah kat Abang lagi ke?" tanya Encik Izam bila aku tak bercakap walau sepatah pun dengannya. Aku diam saja.

Aku bukan emosi tak tentu pasal tapi aku juga punya hati. Kenapa tak tanya baik-baik? Kenapa nak maki hamun aku tanpa usul periksa. Walaupun perkara itu dah selesai tapi sakitnya masih disitu.

Maki satu hal. Dia tengking aku satu hal. Petang tu masa balik, peniaga sekeliling di bawah semua tanya kenapa ribut diatas. Malu tahu. Pasti saja mereka tahu aku dah kena marah. Nama aku disebut dengan jelas dan lantang.

"Maris Sdn Bhd" Aku jawab telefon yang berbunyi.

Bila si pemanggil kata nak bercakap dengan Encik Izam, aku terus mengalihkan panggilan ke telefonnya tanpa tanya siapa. Nanti kalau dah tanya kena bercakap pula dengan Abang Izam. Aku kan sedang melancarkan perang dingin.

Aku bukan tak nak bersikap professional tapi aku rasa aku perlu ajar juga dia cara hormat orang. Jangan sebab aku orang bawahan kau, kau boleh sesuka hati nak ikut suka hati kau tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

"Pass kat Abang fail Tonguat yang omitted tu" Minta Encik Izam.

Aku berikan fail yang diminta. Maklumlah, semua failkan aku yang pegang. Semua update semua ada dalam file tu.

Aku sambung membuat kerja aku. Aku semak organizer besar yang tertampal di permukaan mejaku. Untuk melihat kalau ada masa tutup kontena masuk ke dalam pelabuhan. Tiada.

Kemudian aku semak buku catatan aku untuk menyemak kalau ada perkara yang aku perlu lakukan hari ni. Tiada. Aku sebenarnya dah siapkan kerja aku untuk hari ni pada hari Sabtu hari tu. Azril pun tiada dirumah. Kesempatan itu aku ambil untuk balik lambat.

Entah. Aku pun tak tahu Azril pergi kemana. Yang aku tahu, setiap kali dia kata tak balik rumah dia akan bawa beg pakaian. Dan kini makin kerap dia tak balik. Aku pun tak tanya. Urusan dia tiada kena mengena dengan aku kan?

"Abang minta maaf. Tak perasan masa semak fail ni ada catatan pasal ni" Encik Izam menunjukkan nota yang aku conteng di fail.

"Masa tu abang tengah meeting dan dia call dan marah sebab kontena dia tak boleh naik kapal. Dia kata barang tu urgent. Dia kata kita tak responsible. Dia suruh kita tanggung kos. Kau tahukan kita company baru. Reputation kena jaga. Nak kena tanggung kos tu bukan sesuatu yang baik. Tu sebab abang naik angin" Terang Encik Izam.

"Suka hati" Jawab aku acuh tak acuh. Malas nak dengar apa pun alasan.

"Nita, you know kan. Customer is always right" Encik Izam cuba menggunakan alasan itu.

Encik Hubby, Puan WifeyWhere stories live. Discover now