Tuttt...
Bunyi telefon bimbitku menandakan ada mesej dari applikasi whatapp. Aku ambil dan membukanya.
Azril
Dah sampai.
"Sudah okey kah, Amoi?" Tanya taukeh kedai frame yang sedang memanjat mengantungkan frame yang terakhir.
"Boleh tu." Jawabku.
Aku kemudian membalas mesejnya dan memintanya untuk tidak terus balik ke rumah. Aku perlu masa untuk mengemas kembali rumah yang sudah berhabuk dek kerana tebukan pada dinding untuk mengantungkan frame gambar yang telah aku tempah seminggu lepas.
"Okey, sudah. Siap. Banyak cantiklah ini gambar. Pandai photographer cari angle. Editing dia pun cantik. Itu yang gambar budak ramai-ramai tu siapa amoi? Nampak alive, meh. Manyak creative lah you. Orang selalu cari gambar yang nampak formal but you cari gambar yang candid. Smart ha?" Komen taukeh kedai tu bila kerjanya dah siap.
"Anak-anak saudara saya. Bosanlah uncle gambar biasa tu. Ini cantikkan? Suami saya yang ambil gambar-gambar ni." Jawabku.
Aku memandang gambar budak berlima tu yang sedang digeletek olehku. Gambar sewaktu kami bergurau didalam bilik dirumah mama diawal perkahwinan kami dulu.
"Cantik. Manyak cantik. Itu you punya hubby, photographer ke?" Tanyanya lagi. dia menghulurkan resit untuk aku jelaskan bayaran penuh.
"Taklah. Ini hobi saja, uncle" Jawabku.
Aku kemudian mengeluarkan wang dari poket seluarku. Aku kira semula sebelum menyerahkan kepadanya.
"Kiralah, uncle" Kataku bila aku lihat dia ambil dan terus memasukkan kedalam poket bajunya.
"Tadi you dah kira. Kira sudahlah. Seronok buat kerja rumah you. Tak banyak celita. Senang kelija" Katanya.
Aku senyum.
Dia kemudian mengambil barang-barangnya dan bersedia untuk keluar. Namun, sempat dia menghabiskan air minuman yang aku sediakan tadi.
"Terima kasih, Uncle" Ucapku. Dia cuma angguk.
Sebaik saja aku tutup pintu rumah, aku pandang rumahku. Aku sangat berpuas hati dengan hasil kerjaku. Aku sentuh meja yang baru aku letakkan ditengah ruang antara ruang tamu dan dapur. Sebuah meja besar dengan ukiran mewah, gaya seorang bos. Meja itu sampai semalam. Didatangkan bersama 2 buah kerusi bos yang aku letakkan menghadap. Satu untukku dan satu lagi untuk Azril.
Seperti yang aku rancang, gambar aku dan Azril di Pulau Mabul itu aku cetak dan framekan pada ukuran frame landscape 60x40 inchi. Aku gantungkan diatas TV. 3 frame bersaiz 30x20 inchi aku gantungkan didinding meja berhampiran tangga, satu yang dalam saiz portrait adalah gambar aku dan Azril sewaktu majlis persandingan kami dan 2 lagi dalam saiz landscape yang mana satu itu gambar budak berlima tu yang diperkatakan oleh uncle tadi dan gambar kami sekeluarga yang diambil juga masa majlis persandingan kami.
Jangan tak tahu, semua itu adalah gambar candid. Gambar aku dan Azril itu adalah gambar Azril sedang mencuri menciumku. Jurugambar sempat merakamnya. Sama juga dengan gambar keluarga. Sewaktu semua sedang menyusun tempat untuk berdiri diatas pelamin. Entah, aku suka gambar candid dari gambar posing.
Frame gambar yang aku beli di Ikea, aku letakkan gambar pelbagai. Ada yang aku letakkan diatas meja baruku dan ada yang aku letakkan diatas cabinet TV. Seperti biasa, semua frame itu adalah berwarna putih dan warna bumi.
Aku mula mengambil penyapu dan menyapu dan mengelap habuk-habuk yang ada. Kemudian aku mop. Menyusun semula susun atur supaya lebih kemas. Setelah berpuas hati aku menelefonnya.
YOU ARE READING
Encik Hubby, Puan Wifey
RandomSebuah perkahwinan yang tak dirancang. Menjadi sebuah kisah yang manis dan pahit. Manis bila suami super romantik dan super sabar. Dapat isteri yang workaholic dan tak reti duduk diam. Pahit bila doa tidak dimakbulkan. Si nenek campur tangan. Memak...